Dr's Dessert

Dr's Dessert
Follow our instagram @drsdessert. Base in Kota Bharu, Kelantan. msg/whatsapp 019-4424904 untuk order.

Thursday 27 December 2012

Kek Span Strawberry

Assalamualaikum and a very good day.

Kek Span Strawberry or strawberry spongue cake which I'm going to share is seriously SEDAP, GEBU and most important is SIMPLE. Tak menyesal buat. Buat sekali nak lagi. =D


Resipi ini saya ambil kat My Resipi shared by sweet 4ever. Credit to her. =D

Bahan-bahan:-

1) 150 gm tepung superfine
2) 120 gm gula kastor
3) 5 biji telur
4) 1 sudu besar ovalette
5) 80 ml susu segar
6) 80 ml minyak masak
7) 1 sudu teh pes strawberry
8) 1 sudu teh serbuk penaik
9) Sedikit pewarna pink
10) Jem strawberry secukupnya untuk filling

Cara-cara:-

1) Satukan gula, ovalette, tepung, serbuk penaik dan telur dalam mangkuk adunan. Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi (depends kepada kelajuan pengadun masing-masing).
2) Perlahankan kelajuan dan masukkan susu segar, pes strawberry dan sedikit pewarna pink. Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 5 minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
3) Tuangkan minyak ke dalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
4) Bakar selama 45 minit atau hingga masak pada suhu 170°C.
5) Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek untuk lebih kurang 5 minit bagi mengelakkan kek kempis.
6) Selepas kek dibiarkan sekurang-kurangnya 2 jam untuk sejuk, potong kek kepada 2 atau 3 lapisan dan disapu jem strawberry secukupnya. SIAP!

MINE!

Tak sempat nak snap pictures from side view untuk tengok kek with filling sebab bila start potong jer, semua duk makan and sekejap jer dah habis. Alhamdulillah. =D

Selamat mencuba dan peace be upon you.

"Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan lain)," (Asy-Syarh:7)

4 comments:

  1. NAMPAK SEDAP!:)

    ReplyDelete
  2. nila 1st time sy smp kat blog lelaki yang buat kek. hahaha... ada bakat ni.. boleh buat kek kat anak2 awk nanti...

    ReplyDelete

Kongsi Resepi