Dr's Dessert

Dr's Dessert
Follow our instagram @drsdessert. Base in Kota Bharu, Kelantan. msg/whatsapp 019-4424904 untuk order.

Sunday, 14 April 2013

Banana Chocolate Cake

Assalamualaikum and happy sunday guys.

Today, I want to share with you recipe of banana chocolate cake. Memang sedap tambah2 dimakan sejuk dari peti ais. Terangkat wa cakap lu. Hehe. Resepi credit to DrIntan.

Bahan-bahan:-

1) 2 cawan gula (400gm)
2) 1 3/4 cawan tepung (245gm)
3) 3/4 cawan serbuk koko (75gm)
4) 1 1/2 sudu teh serbuk penaik
5) 1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
6) 1/2 sudu teh garam
7) 2 biji telur
8) 2 biji pisang besar (1 cawan pisang yang sudah dilenyek)
9) 1 cawan air suam/panas (240ml)
10) 1 sudu teh esen vanilla
11) 1/2 cawan susu segar (120ml)
12) 1/2 cawan minyak (120ml)

Cara-cara:-

1) Ayak tepung, serbuk koko, serbuk penaik, soda bikarbonat dan garam.

2) Lenyek pisang dalam satu mangkuk, kemudian campurkan gula dan kacau sampai sebati.

3) Dalam satu bekas lain, pukul 2 biji telur sampai kembang. Kemudian campurkan pisang yang dah dilenyek, minyak, susu segar, esen vanilla dan air suam/panas. Kacau sampai sebati menggunakan senduk.

4) Dalam satu bekas lain, kacau bahan-bahan yang diayak sampai sebati.

5) Buat lubang di tengah-tengah bahan kering, tuangkan bahan-bahan basah tadi ke dalam bekas berisi bahan kering. Kacau bahan-bahan tadi menggunakan senduk supaya sebati dan tak berketul-ketul.

6) Sapukan minyak/butter pada permukaan loyang dan tuangkan bahan-bahan tadi. Masukkan ke dalam oven pada suhu 175°C selama 35-40 minit.

Done! Kek belum pakai baju. O.O
Untuk topping, saya guna resepi ini.





Jemput makan!
Sekian sahaja untuk kali ini. Selamat mencuba and assalamualaikum.

Sunday, 7 April 2013

Jelly Berkuah Cocktail

Assalamualaikum and salam sejahtera semua.

So, ape perancangan hujung minggu ni? Keluar berjalan-jalan atau hanya berehat di rumah? Walau apapun plan kowang, hopefully it goes well. Cuaca kat Malaysia sekarang sangat panas kan? I can see grass at field kering kekuningan and when you step on it, you can hear sound of "krik2 garing". Memang panas. So, nasihat saya, banyakkan minum air kosong untuk mengelakkan dehydarated.

Cuaca panas memang BEST kalau pekena dessert yang SEJUK contohnya ABC. Terangkat seyh! Hari ni saya nak share satu dessert yang kalau makan masa hari panas cam ni, sangat melegakan!

Bahan-bahan:-

1) 1 paket jelly berperisa (beli je yang dh siap tu ;)
2) 1 tin susu cair
3) 1 tin buah-buahan cocktail
4) Air jika perlu

Gambar jelly berperisa, picture credit to here

Cara-cara:-

1) Cara yang senang, campurkan kesemua bahan ke dalam 1 bekas termasuk air buah-buahan cocktail.
2) Tambah air kosong jika perlu atau jika ingin tidak terlalu pekat.
3) Simpan di dalam peti ais untuk beberapa ketika sebelum dihidang.
4) Boleh ditambah ais semasa dihidang.

Jemput makan!

Sekian sahaja entry kali ini dan selamat mencuba!

Friday, 5 April 2013

Resipi Spaghetti Carbonara Senang!

Assalamualaikum and salam sejahtera semua.

Selamat berhujung minggu kepada semua. So, mesti kowang tengah pikir apa nak masak untuk esok sama ada makan tengah hari atau makan malam. Mesti dah boring dengan gulai, tomyam dan sup? Hehe. Jom beralih kepada hidangan barat pulak. Resepi spaghetti carbonara yang saya nak share senang jer dan tak rumit pun. CONFIRMED!

Bahan-bahan (4-5 orang makan):-

1) 300-350g spaghetti
2) 1 tin sos spaghetti carbonara Prego
3) 1 tin cendawan butang
4) 4-5 batang sosej
5) 8-10 ekor udang saiz sederhana
6) 3-4 ulas bawang putih
7) 1 labu bawang besar
8) 1/2 cawan susu segar
9) Serbuk lada hitam
10) Air, minyak dan garam secukupnya

Cara-cara:-

1) Rebus spaghetti dengan air secukupnya. Masukkan juga garam dan sedikit minyak bersama-sama air. Siap dan toskan.
2) Bawang besar dan bawang putih dipotong dadu.
3) Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga kekuningan.
4) Masukkan udang dan sosej. Biarkan seketika.
5) Masukkan sos carbonara Prego.
6) Toskan cendawan butang dan potong kepada beberapa bahagian. Masukkan cendawan butang.
7) Seterusnya, masukkan susu segar dan juga sedikit air. Biarkan reneh seketika. SIAP!
8) Untuk dihidangkan, tabur sedikit serbuk lada hitam ke atas hidangan.

*Minyak dimasukkan semasa merebus spaghetti bagi mengelakknya melekat.
*Air yang ditambah adalah mengikut kesesuaian. Bagi saya yang suka sos spaghetti yang tidak terlalu pekat, saya tambah 1 cawan++ air ketika mereneh sos.
*Bagi saya, garam tidak perlu dimasukkan kerana masin sos Prego sudah cukup. Less Salt. =D


Sekian sahaja untuk kali ini dan selamat berhujung minggu. Gunalah waktu hujung minggu dengan sebaiknya bersama-sama keluarga tercinta. Assalamualaikum.=D


p/s: Sape2 yang suka membeli-belah di ZALORA, bolehlah guna code ni, ZBAP1An semasa nak check out buat payment untuk dapatkan 15% discount. SELAMAT BERSHOPPING!

To those staying in Kota Bharu and nak order cake dari SALAM DUNIA, dialu-alukan untuk follow our ig >>>  @drsdessert.

Wednesday, 3 April 2013

Red Velvet Cupcake

Assalamualaikum and what's up there?!

How are you doing? Harap2 sihat with the blessings from Allah S.W.T. Today, I want to share some pictures of red velvet cupcake that I made. I just used same recipe. You can always click here for the recipe. For the topping, I made both vanilla frosting and cream cheese frosting. For cream cheese frosting, you can refer here.

Bersedia untuk letak frosting =D
Done!

Jemput makan! =D
Sekian sahaja untuk entri kali ini. Moga bertemu pada lain hari dan ketika. Assalamualaikum.

Kongsi Resepi