Dr's Dessert

Dr's Dessert
Follow our instagram @drsdessert. Base in Kota Bharu, Kelantan. msg/whatsapp 019-4424904 untuk order.

Thursday 30 January 2014

Red Velvet Cupcake

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

First of all, Salam Dunia just would like to wish "Happy Chinese New Year" to everyone. May good luck and good fortune always be with you.


Merah sangat sinonim dengan kaum Cina dan dikatakan warna merah memberi tuah. Ape yang terlintas kat fikiran saya if ask about suitable dessert to be served during Chinese New Year, my answer would be Red Velvet Cake. But today, I want to make a little difference which is I'm going to make red velvet cupcake. Resepinya tak susah pun. :D This red velvet cupcakes are layered with cheese on the top.

Bahan-bahan cupcake:-

1) 250g tepung gandum
2) 1/2 sudu teh garam
3) 2 sudu besar (15g) serbuk koko
4) 1/2 cup (113g) unsalted butter
5) 230g gula kastor
6) 2 biji telur
7) 1 sudu teh esen vanilla
8) 1 cup (240ml) buttermilk
9) 2 sudu besar pewarna merah
10) 2 sudu teh cuka
11) 1 sudu teh baking soda

*kalau takde buttermilk, ambil susu segar pada suhu bilik sebanyak 240ml kemudian tambahkan 1 sudu besar cuka @ lemon juice. Biarkan selama 5-10 minit.

Bahan-bahan lapisan cheese:-

1) 250g cream cheese
2) 80g gula aising
3) 80g tepung gandum
4) 2 biji telur
5) 40ml air
6) 1 sudu teh esen vanilla


Cara-cara:-

1) Ayak serbuk koko, tepung, baking powder dan garam dalam satu bekas dan kacau.

2) Campurkan buttermilk dengan pewarna merah.

3) Dalam bekas lain, mix kan butter dengan gula dan pukul sampai sebati. Masukkan telur satu persatu. Pukul sampai kembang. Masukkan esen vanilla, mix.

4) Kemudian masukkan bahan-bahan yang sudah diayak secara berselang seli dengan buttermilk. Masukkan tepung, mix, then masukkan buttermilk mix sampai habis kesemuanya.

5) Bila dah sebati, campurkan 1 sudu teh baking soda dan 2 sudu teh cuka sampai ada bubbles. Then cepat-cepat masukkan dalam batter yang dah dimix tadi ok! Kemudian terus masukkan cawan cupcake. Bakar selama 25-30 minit atau sehingga masak. (Preheat oven 175°C)

6) Sementara tunggu cupcake masak, pukul cream cheese dengan gula sampai kembang. Masukkan telur dan pukul lagi. Masukkan pula tepung dan gaul rata. Akhir sekali masukkan air dan esen vanilla.

7) Bila cupcakes dah masak, masukkan pula adunan cheese ke atasnya.

8) Kali ini, bakar dengan cara water bath pada suhu 160°C dengan menggunakan api bawah sahaja selama 15-20 minit atau sehingga masak.


Sekian sahaja untuk kali ini. Selamat mencuba dan assalamualaikum.

Tuesday 21 January 2014

Resepi Kuih Lapis Pelangi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pejam celik pejam celik, sekarang dah minggu ke-3 bulan Januari 2014. Cepat sungguh masa berlalu.

”Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." (Surah Al-'Asr)

Gunalah masa sebaiknya. :D Hari ni saya nak share resipi Kuih Lapis. Kuih tradisional ni memang sedap dengan rasa ros serta lemak santan. Kuih ini sesuai dijadikan juadah sarapan pagi dan juga minum petang.


Resepi ni saya ambik kat sini. Credit to citarasawan.

Bahan-bahan:

1) 240g tepung beras
2) 120g tepung gandum
3) 240g gula
3) 200ml santan pekat (saya guna santan kotak jer)
4) 1 liter air
5) 1 sudu teh garam
6) 1 sudu teh esen rose
7) 1 sudu teh minyak jagung
8) perwarna biru, oren dan merah


Cara-cara:

1. Masukkan gula, santan, tepung beras, tepung gandum, minyak jagung, esen ros dan garam dan separuh air ke dalam pengisar dan kisar hingga adunan tepung tidak berketul. Tambah baki air, kacau rata dan tapis.
2. Bahagikan aduanan kepada 3 bahagian dan warnakan setiap lapisan dengan warna yang berlainan.
3. Kukus lapisan pertama selama 5 minit dan diikuti dengan warna lain ulangi proses melapis hingga habis.
4. Untuk lapisan yang terakhir, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus lagi lebih kurang 20 minit.
5. Sejukkan dahulu sebelum dipotong.


Make sure kuih lapis betul2 sejuk sebelum dipotong untuk hasil potongan yang smooth. Sekian sahaja untuk kali ini. Selamat mencuba dan assalamualaikum. :D

Wednesday 1 January 2014

Tahun baru dengan Kek Coklat Moist Buttermilk

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat tahun baru semua, 01/01/2014. Selamat bercuti bagi yang bercuti dan pada negeri yang tak bercuti, mulakan tahun baru ini dengan fikiran yang positif. InsyaAllah. Jangan lupa tingkatkan amal dan ibadah kepada Allah S.W.T. Ikhlaskan hati dan semoga amalan kita sentiasa diterima-Nya.

Untuk yang bercadang mengadakan jamuan tahun baru, bolehlah kalau nak try buat kek coklat using buttermilk. Bagi kelainan sikit. Sebelum ni, saya duk asyik guna buttermilk nak buat red velvet cake. Actually, this is my 1st time baking chocolate cake using buttermilk. Alhamdulillah, rasanya moist dan lemak berkrim disukai ramai. Hehe. Resepinya saya ambik di sini. Credit to Kak Wan.


Bahan-bahan:-

1) 300g tepung gandum
2) 400g gula perang
3) 50g gula kastor
4) 100g serbuk koko
5) 1 sudu teh serbuk penaik
6) 2 biji telur
7) 1 sudu teh garam
8) 240ml buttermilk
9) 240ml minyak masak
10) 1 1/2 sudu teh esen vanilla
11) 240ml air panas


Cara-cara:-

1) Panaskan oven pada suhu 150°C.
2) Masukkan semua bahan di atas ke dalam mangkuk pengadun kecuali air panas.
3) Putar pada kelajuan sederhana selama lebih kurang 1 minit. Kemudian masukkan air mendidih dan teruskan memutar hingga sebati.
4) Tuangkan ke dalam loyang yang sudah digris dengan mentega. Bakar selama 1 jam atau sehingga masak.

Kongsi Resepi