Dr's Dessert

Dr's Dessert
Follow our instagram @drsdessert. Base in Kota Bharu, Kelantan. msg/whatsapp 019-4424904 untuk order.

Friday 17 May 2013

Chocolate Mousse Brownies

Assalamualaikum and happy weekend to everyone.

Dah lama tak update my blog. Hehe. Sebab busy with study and projects. Too much things to handle. Alhamdulillah, I still can cope with that. Still a long way to go.

Forget about that. Today, saya nak share a very fantastic recipe of chocolate mousse brownies. Dah lama nak buat tapi ni baru ada kesempatan. Resipi ni saya dapat dari myresipi.com. Credit to Kak Yani.


Bahan-bahan:-

Brownies

1) 45g butter/minyak
2) 65g gula halus
3) 1 biji telur
4) 50g tepung gandum
5) 1/2 sudu kecil baking powder
6) 1 sudu besar serbuk koko

Chocolate Mousse

1) 140g coklat masakan
2) 1 sudu besar gelatin
3) 100ml air
4) 2 biji telur putih
5) 200g whipping cream
6) 40g gula halus (boleh kurangkan gula kalau whipping cream dah manis)


Cara-cara:-

1) Penyediaan Brownies. Pukul butter dengan gula sehingga kembang/putih.
2) Kemudian masukkan telur. Pukul lagi dalam 3-4 minit.
3) Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko ke dalam no.2 tadi. Kacau rata.
4) Masukkan adunan ke dalam loyang. Kemudian bakar dengan suhu 190 degree selama 12-15 minit.
5) Bila dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.
6) Penyediaan Mousse. Masukkan gelatin ke dalam bekas yang mengandungi 100ml air. Biarkan dalam 5 minit. AWAS!!. Jangan masukkan gelatin dulu kemudian air. Ini akan menyebabkan gelatin berketul2 dan tidak larut sepenuhnya.
7) Cairkan coklat masakan dengan kaedah 'double bowl' (Guna 2 periuk, 1 periuk letak air dan 1 periuk letak coklat. Periuk yang ada coklat ni, letak pulak ke dalam periuk yg ada air. Kemudian panaskan sehingga coklat cair).
8) Bila coklat dah cair, padamkan api dan keluarkan periuk coklat dari periuk yg ada air tadi. Masukkan campuran gelatin tadi ke dalam coklat cair. Kacau sehingga gelatin sebati dengan coklat tadi. Biarkan sehingga sejukkan.
9) Pukul putih telur sehingga kembang atau sehingga bertanduk.( Kalau diterbalikkan bowl, telur x jatuh). Sambil pukul telur tu, masukkan gula sikit demi sedikit.
10) Dalam mangkuk lain pula, pukul whipping cream sehingga jadi btk krim.
11) Masukkan no.10 dan no.7 ke dalam no.9. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati. Tuangkan adunan ini ke dalam loyang brownies. 12) Simpan dalam peti sejuk sehingga mousse keras dan bolehlah dihidangkan.
13) Sebelum dihidangkan tu, boleh dihias dengan serbuk koko dipermukaan mousse.
14) TIPS: Kalau guna loyang 23cm, buat 1 1/2 resipi ni untuk mengelakkan terlalu nipis.

Jemput makan!

Sekian sahaja untuk entri pada kali ini. Assalamualaikum and selamat mencuba. =D

Kongsi Resepi