Dr's Dessert

Dr's Dessert
Follow our instagram @drsdessert. Base in Kota Bharu, Kelantan. msg/whatsapp 019-4424904 untuk order.

Saturday 14 April 2012

Nasi Arab

Assalamualaikum and what's up there?

It has been a long time my brother (Abe) didn't cook Nasi Arab for us. Nasi Arab known for its spice. Totally delicious! So, yesterday, Abe come to cook Nasi Arab. But, yang lainnya hari ni, dia akan guna ayam kampung.


Terung.Kubis Bunga.Ubi Kentang

Saya tak belajar lagi resipi nak buat nasi arab. Tapi, sayur kat atas tuh, sayalah yang goreng. Hehehe. Penat jugak tunggu sebab Abe kata kena betul2 garing baru sedap nasi arab tu nanti. Guna 3 jenis sayur- terung, kubis bunga dan ubi kentang.

Ayam direbus terlebih dahulu menggunakan beberapa rempah. Beras digaul dengan beberapa rempah termasuk serbuk lada hitam. Lepas tu, time nak tanak nasi, just aturkan sayur yang telah digoreng garing kat base periuk diikuti ayam yang direbus. Then baru nasi. Gunakan air rebusan ayam untuk menanak nasi arab ni. Basically, nasi arab ni guna banyak rempah-ratus dari timur tengah. Dah nama nasi arab kan, mestilah berempah! Mmmmm, sedapnya.


Dah siap!

So, buat punya buat, akhirnya siap lah nasi arab kegemaran kami sekeluarga. Rupa dah jadi macam nasi goreng sebab semua mixed together- sayur, ayam and nasi. So, nasi arab ni sangat healthy.


Acar

Nasi Arab ni lagi sedap makan dengan acar. Senang jer buat acar ni. Timun dan tomato dipotong dadu. Daun ketumbar dihiris halus. Gaul semua sekali then tambah perahan lemon or cuka. Letak gula sikit. Siap! Saya sangat suka acar ni kerana rasa daun ketumbar!


Untuk dihidang.

Menu hidangan makan tengah hari dan makan malam kami ialah Nasi Arab! Sangat tak puas makan nasi arab ni. Kalau boleh, tiap-tiap hari mahu makan nasi arab ni. Tapi, apekan daya.
=(

Itu sahaja entry pada kali. Moga bersua di lain ketika. Assalamualaikum.

"Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.- Adh-Dhuha 93:11"


Thursday 12 April 2012

US$7 in Less Than 24 Hours

Assalamulaikum and hello there!

This going be a very short entry! As mentioned in title, I got US$7.00 with GushCloud in less than 24 hours. Sangat best kut and sangat lumayan! Saya pikir duit jer sekarang ni. Hehehe. So, a reminder to those yang tak join lagi, join lah GushCloud. For more info nak buat duit ni, click here.


Percaya tak? =D

That's all and do join! =D

"Rezeki tak datang bergolek."

Wednesday 11 April 2012

Gushcloud!

Assalamualaikum and hello there.

Today, I just know the other way of making money online without any registration fee and what you need is facebook acccount and might be better having twitter account. I cannot sleep without telling this first to you guys. =D

Konsep yang digunakan sebijik sama cam 8share and Churpchurp! Web yang saya maksudkan sekarang tak lain dan tak bukan ialah Gushcloud!

Gushcloud ini bukan semata-mata suruh kita share link iklan. Kadang-kadang, dia akan ada task and bila kita complete task dia, dia akan bagi up to US$1. Lupa nak cakap, yang menariknya Gushcloud ialah ganjaran duit dia dalam bentuk US$! Great kan??

Saya baru join jer petang tadi dan incomer terkini saya ialah US$5.50! Sangat terkezut saya. Minimum amaount untuk membolehkan kita cash out ialah US$20. InsyaAllah, bulan ni, saya dan anda semua boleh cash out. Dapat duit pocket makan pizza hut or kfc or makanan mewah2. Hehehe.


Terkezut tgk US$5.50 lepas beberapa jam join Gushcloud. =D

That's all from me. So, jangan lupa join semua web iklan yang 3 ini, berbaloi sangat berbaloi!:-

1) Gushcloud
2) Says.my
3) Churpchurp

Any question, feel free to ask! Assalamualaikum.

"Barangsiapa menanam, dia yang akan menuai."

Dental Night Out

Assalamualaikum and what's up there?

Last night, as today (11th April 2012) is the public holiday, so we decided to go out eat at one of nearby restaurants - Restoran Platinum Ikan Bakar. It's located behind Radix Fried Chicken and near to Nirwana supermarket in Kubang Kerian.

The service is too slow. Maybe tak cukup staff. However the food is nice especially Ikan Pari Bakar Berempah, so worth jugak to wait.

Macam tahu lama tunggu (sebab tengok guest lain tak dapat makan lagi), ak pun pergi Nirwana jap beli aiskrim Wall's Gold Series untuk makan ramai-ramai. Beli dua perisa which are Hazelnut Brownies and Chocolate Truffles. Promotion price- RM4.38 each. Semua cakap Hazelnut lagi sedap except Pyy who prefer Chocolate Truffles.


Pekena Wall's dulu!

Lepas habis tibai aiskrim, order pun sampai satu persatu. Macam dah rancang dengan tuan restoran.


Tomyam Udang.Bistik Telur.Ayam Goreng Kunyit.Kangkung Goreng

Tomyam dia ok, cukup rasa. Tapi sangat kosong, udang semata-mata. Bistik ok tapi kalaulah lagi banyak daging, sure lagi sedap! Ayam Goreng Kunyit lak nama jer ayam, tp ayam dua, tiga ketul jer. Kangkung Goreng boleh tahanlah rasanya.


Ikan Pari Bakar Berempah

Specialty kat sini memang ikan bakar pun. So, the main dish, kitaorg order Ikan Pari Bakar Berempah. Sedap kut dengan rempah yang asli ditambah ikan yang segar dan makan panas-panas. Betul-betul melantak kitaorg malam tu. Kenyang sampai nak tidur situ jer.


Myself.Ila.Pyy.Hanisah.Farah.Ilman

Overall, food kat sini memang nice and tak rugi to try. Tapi saya nasihatkan datang order siap-siap and kata nak makan pukul berapa and pergi shopping dulu, baru datang makan. Jimat sikit masa.


Sempat lagi!

Itu sahaja for this entry. Sekian and assalamualaikum.

"Sebelum tidur niat untuk bangun esok dengan iman yang lebih baik, hati yg lebih tenang dan kesihatan yg lebih baik dengan muhasabah diri dan memaafkan semua orang dan bersyukur."

Friday 6 April 2012

Yummy Egg Tart

Assalamulaikum, salam jumaat and hello there.

Today is Jumaat- the barakah day. So, recite more du'a to Allah for His blessing.

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (HR Muslim).

As usual, I went back home every weekend since there's nothing to do at USM. For me, I'll cover pulun2 lecture notes during weekdays so that I no need to think about it during weekend. Being student in medical field (dentistry), if u didn't cover lecture notes each day, then it'll become disaster and burden for you to cover in future especially when it comes to exam. I tell you tak sempat and will make us stress like crazy! No study last minute if u're taking the medical course. ('.')

By the way, just forget about it. Today, actually I'm going to share with you that last night i made egg tart! Alhamdulillah, tart telur tu menjadi compared to first time I buat memang tak jadi. Memang teribble rasa dia time tuh and jawabnya buang dalam tong sampah je.

Here you are, my egg tart:-

Before baked

In the making, macam lava gunung berapi jer.

Kept fresh!

Ready to be served.

Lone ranger! Bersedia untuk di'ngap'!

Resipi saya ambik kat myresipi. Resipi di bawah ini saya olah sedikit dari segi bahan and caranya bagi mengurangkan manis dan memastikan egg tart betul2 masak.

Bahan-bahan:-

Pastry

1) 200g butter
2) 50g gula aising
3) 380g superfine flour
4) 1 biji telur
5) 1/2 sudu kecil esen vanila

Filling

1) 1 cawan susu cair
2) 4 biji telur
3) 1 cawan gula (saya kurangkan gula supaya kurang manis)
4) 1 cawan air
5) 1 sudu besar tepung kastard
6) 1/2 sudu kecil esen vanila
7) pewarna kuning

Cara-cara:-

1) Pukul butter dan gula sampai kembang.
2) Masukkan telur sedikit demi sedikit.
3) Masukkan tepung sampai jadi doh.
4) Terap dalam acuan setebal 1/2cm.
5) Cucuk dengan garfu supaya tidak kembung. Dan bakar selama 6 minit pada suhu 180°C- gunakan api bawah sahaja.
6) Untuk filling. Campurkan semua bahan dan gaul hingga sebati.
7) Keluarkan dan masukkan filling. Bakar lagi 7 minit guna api bawah sahaja dan 7 minit guna api atas sahaja. Suhu 180°C juga. (Bagi saya, trial dilakukan untuk first batch so that kita dapat tahu bila egg tart ni masak disebabkan setiap oven lain-lain)

That's all from me. Assalamualaikum and selamat mencuba!
Rasulullah s.a.w bersabda, "Pada hari Jumaat terdapat satu waktu, tidaklah seorang hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Allah akan mengabulkannya. Carilah ia di akhir waktu selepas asar.” (HR Abu Daud)

Monday 2 April 2012

Fluffy Cream Puff =D

Assalamualaikum and a very good day to all.

Diharapkan semua sihat2 ya. By the way, last Thursday, I already bought my own oven. Hehehe. Sebelum ni, kat rumah ni tak de oven. Sebab tulah resipi yang saya share before this tidak ada yang menggunakan oven pembakar. So, sekarang makin aktiflah mencuba resipi-resipi baru. Dalam waiting list sekarang, ada tart telur and red velvet untuk dicuba. Oven tu beli kat Tesco, jenama Pensonic. Promotion price:RM 99 jer, sebab tu mampu beli. Credit to Tesco!

Pensonic AE-19N

Jadi, bila dah beli, excited lah kan nak try resipi2 yang menggunakan oven. So, untuk merasmikan oven ini, I decided to bake Cream Puff. Bersungguh-sungguhlah bersengkang mata buat di pagi hari Jumaat yang mulia itu. Ikut betul-betul method yang diberi takut2 tak jadi. Alhamdulillah, dengan usaha yang murni ini, maka my 1st Fluffy Cream Puff menjadi! Lagi creamy dari yang dijual di kedai dengan pastrynya yang fluffy. Here you go, Fluffy Cream Puff:-

Sedap! Melimpah ruah fillingnya

Resipi ni saya ambik kat sini. Great thanks to izatul azma!

Fluffy Cream puff pastry

Bahan-bahan:-

1) 100ml air
2) 45g butter - suhu bilik
3) 60g tepung gandum - ayak
4) 2 biji telur

Cara-cara:-

1. Panaskan oven pada suhu 200C.
2. Masukkan telur ke dalam mangkuk, pukul biar telur putih dan kuning bercampur.
3. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehingga mendidih. Bila dah mendidih, tutupkan api.
4. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
5. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga terbentuk doh. Kemudian, padamkan api.
6. Masukkan telur, kacau cepat-cepat.
7. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Gunakan nozel 1 cm. (Kalau takde, boleh potong aje bucu plastik anggaran 1 cm). Pipekan ke atas dulang, tekan bahagian bertanduk supaya cream puff nampak cantik.
8. Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selamat 25 minit.
9. Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan cream custard.

Fluffy Cream puff filling

Bahan-bahan:-

1) 1 sudu besar tepung gandum
2) 1 sudu tepung jagung
3) 4 sudu besar gula
4) 200 ml susu segar
5) 1 biji telur size A
6) 1 sudu besar mentega
7) 1 sudu teh esen vanila

Cara-cara:-

1. Masukkan tepung, tepung jagung dan gula ke dalam periuk.
2. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul.
3. Masukkan telur dan kacau lagi.
4. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
5. Masak bancuhan ni atas api sederhana sehingga menjadi pekat. Adunan hendaklah sentiasa dikacau untuk mendapatkan cream custard yang licin.
6. Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata.

Disimpan di dalam bekas yang ditutup bagi memastikan kesegaran untuk minum petang. Nomnomnom!

Sekian sahaja untuk entry pada kali ini. Hope you guys can try this recipe of Fluffy Cream Puff. Serious tak menyesal and lepas ni, tak perlu perlu beli lagi. Hehehe. Assalamulaikum w.b.t.
Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan.

Kongsi Resepi