Dr's Dessert

Dr's Dessert
Follow our instagram @drsdessert. Base in Kota Bharu, Kelantan. msg/whatsapp 019-4424904 untuk order.

Friday 9 November 2012

Chilled Blueberry Cheesecake

Assalamualaikum and hello everyone.

It had been a long time I didn't update my blog. So sorry since I've been busy for my 2nd year of dentistry. Banyak sangat things that I have to do.

Today, pada hari Jumaat yang mulia ini, saya nak share resipi Chilled Blueberry Cheesecake. Nyum, nyum!! Senang dan sedap!


Bahan-bahan (base):-

1) 180 gm biskut digestive
2) 90 gm mentega

Bahan-bahan (cake):-

1) 200ml krim putar (whipping cream)
2) 200ml blueberry yoghurt
3) 500gm krim keju (Cream cheese)
4) 240gm gula kastor
5) 2 sudu besar jus perahan lemon
6) 30gm gelatin "halal"
7) 180ml air panas

Topping:-

1) 250gm blueberry filling
2) 50ml air
3) 1 camca teh gelatin "halal"
4) 1 camca teh jus perahan lemon
5) 2 sudu besar gula (ikut rasa masing, kalau suka manis lebihkan)

Cara-cara:-

1) Sediakan loyang yang boleh bukak base dia.
2) Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk.
3) Cairkan mentega dan kacau dengan biskut yang dihancurkan dengan rata.
4) Tuangkan adunan tersebut ke dalam loyang tadi. Tekankan adunan ini agar menjadi rata. Sejukkan dalam peti ais selama lebih kurang 30 minit agar menjadi keras.
5) Putar whipping cream sehingga bertanduk. Kemudian campurkan yoghurt dan gaul sebati. Ketepikan dan simpan dalam peti ais.
6) Masukkan gelatin ke dalam air panas dan kacau hingga sebati. Untuk lebih sebati, masukkan dalam microwave. Sejukkan sebelum digunakan.
7) Putar krim keju bersama-sama gula dan jus perahan lemon sehingga sebati.
8) Masukkan larutan gelatin dan putar.
9) Kemudian tuangkan adunan ini ke dalam bekas yg berisi whipping cream + yoghurt tadi dan gaul rata dengan menggunakan whisk atau spatula.
10)Keluarkan adunan biskut dalam peti ais. Tuangkan adunan cake base biskut dan ratakan. Sejukkan semula dlm peti ais.

Cara-cara (topping):-

1) Masak blueberry filling + air + jus perahan lemon + gula untuk seketika sehingga adunan sebati. Sejukkan sebelum digunakan.
2) Setelah filling sejuk, larutkan gelatin dengan sedikit air panas.
3) Gaul larutan gelatin dengan blueberry filling yang telah dimasak hingga sebati.
4) Tuangkan topping ke atas adunan cake dan sejukkan untuk 3-4 jam sebelum dihidang.

Sebab hari tu buat blueberry cheesecake untuk anak saudara, Angah, so buatlah sedikit childish deco. Hehehe.


Jemput makan!

Kalau orang tanya cheesecake, saya prefer chilled cheesecake compared to yang bakar sebab cheesecake yang bakar cerewet cikit sebab guna teknik water bath. :P

Sekian sahaja untuk entry kali ini dan Selamat mencuba! Assalamualaikum.

"Dan kepunyaan Allah-lah apa yang di langit dan apa yang di bumi. Cukuplah Allah sebagai Pemelihara."﴾An Nisaa:132﴿

2 comments:

  1. Hebattttnya. Jarang seorang doktor pakar jugak di dapir. hehe. fie pun selalu buat non baked cheesecake nie, memang simple sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa jer fie.. yup non baked senang.. x leceh mcm baked.. =D

      Delete

Kongsi Resepi