Dr's Dessert

Dr's Dessert
Follow our instagram @drsdessert. Base in Kota Bharu, Kelantan. msg/whatsapp 019-4424904 untuk order.

Friday 5 April 2013

Resipi Spaghetti Carbonara Senang!

Assalamualaikum and salam sejahtera semua.

Selamat berhujung minggu kepada semua. So, mesti kowang tengah pikir apa nak masak untuk esok sama ada makan tengah hari atau makan malam. Mesti dah boring dengan gulai, tomyam dan sup? Hehe. Jom beralih kepada hidangan barat pulak. Resepi spaghetti carbonara yang saya nak share senang jer dan tak rumit pun. CONFIRMED!

Bahan-bahan (4-5 orang makan):-

1) 300-350g spaghetti
2) 1 tin sos spaghetti carbonara Prego
3) 1 tin cendawan butang
4) 4-5 batang sosej
5) 8-10 ekor udang saiz sederhana
6) 3-4 ulas bawang putih
7) 1 labu bawang besar
8) 1/2 cawan susu segar
9) Serbuk lada hitam
10) Air, minyak dan garam secukupnya

Cara-cara:-

1) Rebus spaghetti dengan air secukupnya. Masukkan juga garam dan sedikit minyak bersama-sama air. Siap dan toskan.
2) Bawang besar dan bawang putih dipotong dadu.
3) Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga kekuningan.
4) Masukkan udang dan sosej. Biarkan seketika.
5) Masukkan sos carbonara Prego.
6) Toskan cendawan butang dan potong kepada beberapa bahagian. Masukkan cendawan butang.
7) Seterusnya, masukkan susu segar dan juga sedikit air. Biarkan reneh seketika. SIAP!
8) Untuk dihidangkan, tabur sedikit serbuk lada hitam ke atas hidangan.

*Minyak dimasukkan semasa merebus spaghetti bagi mengelakknya melekat.
*Air yang ditambah adalah mengikut kesesuaian. Bagi saya yang suka sos spaghetti yang tidak terlalu pekat, saya tambah 1 cawan++ air ketika mereneh sos.
*Bagi saya, garam tidak perlu dimasukkan kerana masin sos Prego sudah cukup. Less Salt. =D


Sekian sahaja untuk kali ini dan selamat berhujung minggu. Gunalah waktu hujung minggu dengan sebaiknya bersama-sama keluarga tercinta. Assalamualaikum.=D


p/s: Sape2 yang suka membeli-belah di ZALORA, bolehlah guna code ni, ZBAP1An semasa nak check out buat payment untuk dapatkan 15% discount. SELAMAT BERSHOPPING!

To those staying in Kota Bharu and nak order cake dari SALAM DUNIA, dialu-alukan untuk follow our ig >>>  @drsdessert.

4 comments:

  1. Salam...tak pernah makan lagi...rasa2 nak cuba buat nanti...
    Terima kasih share ...

    ReplyDelete
  2. As salam..tima ksih atas resipi yg sedap ni..sy dh cuba buat smlam..mmg menjadi..tqvm

    http://bit.ly/1qSQitC

    ReplyDelete
  3. Cef Rosli & cef bujang sdah mncubany, ok

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Kongsi Resepi