Dr's Dessert

Dr's Dessert
Follow our instagram @drsdessert. Base in Kota Bharu, Kelantan. msg/whatsapp 019-4424904 untuk order.

Friday 14 June 2013

Rainbow Cake

Assalamualaikum and happy Friday guys.

Sedar tak sedar, ini merupakan entri saya yang ke-50. Hehe. Bangga. :3 Untuk seorang blogger yang liat nak update blog, ini adalah satu pencapaian yang boleh dikatakan ok lah kan.

Ok enough with that. Hari ni, saya nak share resepi yang saya dah baru cuba ni- Resepi Rainbow Cake.


Resepi ni saya ambik kat sini. Credit to kak Jue.

Bahan-bahan:-

1) 200 gm butter
2) 330 gm gula castor (kurangkan kalau tak nak manis sangat)
3) 5 biji putih telur A
4) 2 sdk esen vanilla
5) 400 gm tepung gandum*
6) 4 sdk baking powder* - *satukan dan ayak
7) 290 gm susu segar
8) Beberapa pewarna yang digemari (minimum 3)

Cara-cara:-

1) Dalam mixer, pukul butter dan gula sehingga kembang.
2) Tuang putih telur dan esen vanilla, kemudian pukul lagi sehingga adunan sebati.
3) Masukkan adunan tepung bergilir2 dengan susu segar, gaul sebati dengan menggunakan spatula, jika nampak berketul2, gunakan mixer dengan kelajuan paling perlahan selama beberapa saat.
4) Bahagikan adunan kepada 3-6 bahagian, tambahkan pewarna berlainan kepada setiap bahagian adunan.
5) Tuang ke dalam 3-6 loyang saiz 8 inci yang telah digris dan dilapik kertas minyak.
6) Bakar dalam oven yang dipanaskan terdahulu 170°C selama 15-20 minit.
7) Keluarkan kek dan sejukkan atas redai.


Setelah kek benar-benar sejuk, bolehlah disapu frosting. Antara frosting yang boleh digunakan termasuklah buttercream, cream cheese ataupun non-dairy whipping cream. Bagi saya, saya pilih non-dairy whipping cream.


Nyum-nyum. Sekian sahaja untuk entri kali ini. Moga bersua di lain ketika. =D Selamat mencuba.


Assalamualaikum and have a blessed weekend.

2 comments:

  1. Salam. Non-dairy whipping cream pnya resepi mcmna eh? :)

    ReplyDelete
  2. Fify: Salam. untuk non-dairy whipping cream, time beli ianya dalam bentuk liquid macam susu. So, putar sampai dia jadi bertanduk atau senang cerita dah jadi cream and liquid tu semua dh jadi cream. Jangan over putar sebab risau dia akan jadi liquid balik. Tak yah tambah gula sebab ianya dah manis. Tapi klu rasa tak manis, bolehlah letakkn sedikit gula ising.

    ReplyDelete

Kongsi Resepi