Dr's Dessert

Dr's Dessert
Follow our instagram @drsdessert. Base in Kota Bharu, Kelantan. msg/whatsapp 019-4424904 untuk order.

Saturday, 24 March 2012

Sardin Crust

Assalamualaikum and hello there!!

Hari ni, saya nak share resipi sardin crust. Sardin Crust sesuai dihidangkan sewaktu sarapan pagi dan minum petang. Dah boring kan asyik makan pisang goreng jer petang2. Resipi ni sangat simple dan yang pasti sedap!

Bahan-bahannya:

1) Roti sandwich secukupnya (1 packet besar punya)
2) Sardin (1 tin kecil)
3) 3 ulas bawang putih (dipotong dadu)
4) 1 labu Bawang besar (dipotong dadu)
5) Hirisan lada (jika gemarkan sedikit pedas)
6) Sedikit perahan limau nipis (untuk hilangkan rasa hanyir sardin)
7) Minyak untuk menumis dan menggoreng
8) 2 Biji telur
9) Serbuk roti

Cara-caranya:

1) Untuk inti, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar sehingga layu dan kuning keemasan.
2) Masukkan sardin, perahan limau nipis dan hirisan lada.
3) Lenyekkan sardin sampai hancur dan biarkan seketika.
4) Biarkan inti sardin untuk sejuk.
5) Gelek roti hingga nipis dan masukkan inti sardin secukupnya.
6) Gulung roti dan gunakan putih telur untuk gamkan roti di bahagian hujungnya.
7) Pukul telur dan celupkan roti yang siap digulung ke dalam telur tersebut.
8) Lumurkan roti dengan serbuk roti.
9) Panaskan minyak dan goreng roti sehingga masak. =D

Tips:

1) Untuk mengurangkan roti menyerap minyak ketika menggoreng, saya hanya gunakan pan dan sedikit minyak sahaja untuk memasaknya.

2) Roti yang siap digulung dan dilumurkan dengan serbuk roti boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk 2-3 hari.

3) Bagi mereka yang tidak suka rasa garing serbuk roti, bolehlah terus menggoreng roti sebaik sehaja dicelup ke dalam telur. Tapi dah tak jadi Sardin Crust lah. Jadi Sardin Roll jelah. =P

4) Boleh diganti dengan tuna sekiranya tidak suka sardin.

Ni dia Sardin Crust yang siap digoreng:

Sardin Crust!!

Sardin Crust dan Sardin Roll Yang Siap Untuk Dihidang.

Bersedia Untuk Dingap! (^.^)

Sardin Roll

Nampak sedap tak?? Hehehe.. So, ape lagi, cubalah. Sangat senang. Petang klu makan panas-panas, kena pulak dengan tea'o, memang ummphhh! Oklah, sekian sahaja untuk entri kali ni. Bersua kita di lain hari. Assalamualaikum s.w.t.
"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan." [Surah Al-Insyirah,94:5-6]

No comments:

Post a Comment

Kongsi Resepi