Dr's Dessert

Dr's Dessert
Follow our instagram @drsdessert. Base in Kota Bharu, Kelantan. msg/whatsapp 019-4424904 untuk order.

Friday 3 August 2012

Rawatan Gigi Ketika Berpuasa

Assalamualaikum and hi guys.

Cam maner dengan ibadah puasa? Diharapkan semakin hari semakin bertambah amalan sunat sahabat semua untuk topup dan cover amalan wajib seharian.

Hari ada ni yang bertanya "dental treatment tak membatalkan puasa ker?". So sebagai dentist-to-be, rasa terpanggil nak share dengan semua tentang hukum rawatan gigi ketika berpuasa.

Dari artikel yang ditulis oleh Dr Tuti Ningseh Mohd Dom dan juga Dr. Shahida Mohd Said yang telah diberi oleh persatuan doktor gigi Malaysia kepada semua doktor gigi di Malaysia dan juga dari Persidangan Akademi Fiqah Islam Antarabangsa yang berlangsung di Maghribi dan Putrajaya beberapa tahun lalu merumuskan, ada kaedah rawatan yang tidak membatalkan puasa.

Perkara-perkara yang tidak membatalkan puasa:-

1. Membuat dental check up
2. Membuat rawatan gigi (tampal, cuci, cabut, rawatan akar , membuat gigi palsu etc)
3. Mengambil x-ray mulut
4. Injection ubat kebas dalam mulut utk cabut gigi
5. Tak sengaja tertelan air semasa doktor membuat rawatan gigi
6. Memberus gigi
7. Menggunakan floss utk membersihkan celah gigi
8. Berkumur dengan ubat kumur
9. Menelan air liur

Sumbernya dari sini. Blogger ni seorang dentist. Thanks Dr Leen! =)

Harap dapat memberi panduan kepada semua yang ingin membuat rawatan pergigian ketika berpuasa tertutamanya pada bulan Ramadhan yang mulia ini.

Sekian sahaja untuk entry pada kali ini. Selamat menunaikan ibadah puasa. Assalamualaikum. =D

2 comments:

  1. kalau tukar band braces?
    hihi!
    maj, kita dah nak tukar retainer!
    ;)

    ReplyDelete

Kongsi Resepi