Dr's Dessert

Dr's Dessert
Follow our instagram @drsdessert. Base in Kota Bharu, Kelantan. msg/whatsapp 019-4424904 untuk order.

Sunday 2 June 2013

Kek Puding Karamel Pelangi

Assalamualaikum and salam sejahtera.

Happy holidays to everyone. Harapnya gunalah masa cuti ini untuk melakukan aktiviti yang berfaedah bersama-sama keluarga tersayang. =D

Jadi, hari ni, saya nak share 1 resipi yang baru saya cuba semalam- resepi Kek Puding Karamel Pelangi. CANTIK and SEDAP!


Tapi lapisan puding karamel saya tak menjadi sangat, puding karamel melekat pada loyang sebab maybe tak cukup air gula hangus or maybe sebab saya buat gula hangus dalam periuk lain and masa nak transfer kat loyang tu, gula hangus dah keras.

So, please take note this tip- Terus buat gula hangus dalam loyang yang kowang nak guna. =D

Resepi ni untuk loyang 8 inci/20cm. Resepi ini saya ambil kat sini. Credit to kak Ena. =D

Bahan-bahan untuk Gula Hangus:

1) 2 sudu besar gula
2) Loyang 8 inci/20cm

Cara-cara:

1) Masukkan gula di tengah loyang kek, agak-agak di kawasan api dapur supaya senang gula cair.
2) Panaskan dengan api perlahan di atas dapur.
3) Biarkan sehingga gula cair dan bewarna perang dan tidak perlu di kacau.
4) Bila semua gula sudah hancur tutup api dan ratakan air gula memenuhi dasar loyang.

Bahan-bahan untuk Puding:-

1) 400ml fresh milk / susu cair
2) 3 biji kuning telur (Putih telur masukkan terus ke dalam mangkuk pengadun untuk meringue nanti)
3) 2 biji telur
4) 140 gram gula castor (Saya guna 100gram jer)
5) 1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara:-

1) Asingkan 3 biji putih telur dan kuning telur. Masukkan 3 kuning telur di dalam mangkuk kecil dan 3 biji putih telur ke dalam mangkuk pengandun untuk bahan kek adunan 1 (meringue) nanti.
2) Masukkan 2 biji telur ke dalam mangkuk telur kuning dan kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih.
3) Kemudian satukan telur dan semua bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk besar. Kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih.
4) Bila semua sebati, tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi.
5) Tidak perlu dibakar dahulu adunan ini.Ketepikan.

Bahan-bahan untuk Kek:

Adunan 1 (Meringue)

1) 6 biji putih telur (3 biji putih telur dari bahan puding + dgn 3 biji putih telur baru)
2) 70 gram gula castor
3) 1 sudu kecil cream of tartar (Saya tak letak pun)

Cara-cara:

1) Pukul putih telur sehingga berbuih.
2) Masukkan gula castor.
3) Pukul lagi dengan speed tinggi sehingga kental dan kaku menjadi meringue. Apabila mangkuk pengadun diterbalikkan adunan tidak tumpah. Ketepikan. Guna mixer yang sama tidak perlu basuh terus buat adunan 2 untuk kek.

Adunan 2:

1) 3 biji kuning telur (kuning telur dari bahan meringue tadi)
2) 130 ml air
3) 50 ml minyak masak
4) 70 gram gula castor
5) 140 gram tepung gandum
6) 1 sudu teh baking powder

Cara-cara:

1) Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
2) Pukul kuning telur, air dan minyak masak sehingga putih dan gebu.
3) Masukkan gula castor dan pukul lagi sehingga kembang
4) Matikan mixer.
5) Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau dengan senduk kayu secara kaup balik sehingga semua bergaul sebati.
6) Masukkan separuh adunan 1 (meringue) ke dalam adunan 2. Kaup balik perlahan-lahan. Kemudian masukkan semua adunan 1 dan kacau rata secara kaup balik.
7) Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak.

Warnakan dengan warna pilihan anda.
1) Sudukan ke dalam loyang puding tadi. Adunan kek akan terapung di atas adunan puding.
2) Sudukan 4 sudu besar adunan biru, diikuti 4 sudu besar adunan orange di tengah adunan biru, 4 sudu besar adunan merah diletak tengah adunan biru dan buat 4 sudu lagi utk semua warna. (2 kali untuk 4 sudu setiap warna)
3) Kemudian 3 sudu besar adunan biru, 3 sudu besar adunan orange diikuti 3 sudu besar adunan merah sebanyak 3 kali lagi.
Diikuti dengan 2 sudu besar setiap warna sebanyak 2 kali dan akhir sekali 1 sudu besar setiap warna sehingga adunan habis.
4) Panaskan oven 170°C. (panaskan sekali dgn tray oven yang ada air untuk steam bake nanti)
5) Letakkan kek di tengah-tengah dan bakar menggunakan api BAWAH sahaja untuk 45 minit. Jika tak masak, tambah 10 minit untuk api atas dan bawah.
6) Setelah kek masak, sejukkan. Bila kek dah sejuk, terbalikkan ke atas pinggan dan kek akan turun sendiri.


Sedap dimakan selepas disejukkan di dalam peti sejuk. Memang terangkat!



Ok. Selamat mencuba! Peace be upon you.

2 comments:

  1. YUP.. KENA WAT KAT LOYANG YG KITA NAK BAKAR.. SBB KARAMEL TU AKAN MENGERAS.. TAPI DAH CUKUP CANTIK DAN NAMPAK SEDAP...

    ReplyDelete

Kongsi Resepi