Dr's Dessert

Dr's Dessert
Follow our instagram @drsdessert. Base in Kota Bharu, Kelantan. msg/whatsapp 019-4424904 untuk order.

Thursday, 26 September 2013

Resepi Muffin Pisang (Bakar or Kukus)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Hari ni saya nak share resepi muffin pisang, adunannya boleh dibakar mahupun dikukus. Saya baru je try resipi. Sangat best dan yang paling penting kurang manis. :D

Resepi ni saya ambik kat sini. Credit to Abang Mat Gebu.


Bahan-bahan (24 biji muffin):

1) 3 cawan tepung gandum*
2) 2 sudu teh baking powder*
3) 2/3 sudu teh garam halus*
4) 1 1/2 sudu teh soda bicarbonate (*disatukan dan diayak)
5) 6 biji pisang emas, dilecek halus
6) 2 sudu besar mayonnaise (saya tak letak)
7) 2 biji telur gred B
8) Beberapa titik esen pisang (saya tak letak)
9) 2/3 cawan gula perang
10) 2/3 cawan mentega cair (saya guna minyak masak)

Bakal dilenyek

Cara-cara:

1) Panaskan oven pada suhu 175°C. Dalam satu bekas, satukan telur, gula perang dan mayonnaise. Kacau rata dengan whisk hingga sebati. Masukkan pisang, minyak masak, dan esen pisang. Kacau rata.
2) Masukkan bahan-bahan yang telah diayak tadi, gaul hingga sebati dan jangan gaul lama-lama.
3) Masukkan adunan ke dalam bekas muffin sebanyak 3/4 penuh.
4) Bakar 20 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan.

sebelum dibakar

p/s: Kalau nak kukus, kukus macam biasa dengan api sederhana lebih kurang 15 minit bergantung size cup yang digunakan. Sumber here. Credit to kak ika.


Untuk saya, saya prefer yang bakar sebab ada rasa garing bakar. Tapi depends lah kat tekak masing2. Different people different taste. Muffin ni sangat sesuai dijadikan tea time, tambah2 baru masak, fresh dari oven!

Jemput makan. :D

Sekian sahaja untuk entri kali ini. Moga bersua pada lain ketika. Assalamualaikum.

Monday, 23 September 2013

Resepi Karipap Roti

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

These few days I'm feeling so lazy. Malas nak belajar, malas nak pi prostho lab buat partial denture, rasa cam nak ambik 1 month cuti from studying. Eh, boleh pulak?! Tenangkan diri, ingat balik tanggungjawab diri, berfikiran positif dan maju ke depan. Maybe these  words boleh jadi faktor penolak untuk rajin.

Enough with that, today I just nak share resipi karipap roti yang saya cuba. Resipi ni saya ambik kat sini. Credit to Puan Ros.


Bahan-bahan:-

1) 12 keping roti
2) sebiji telur

Inti:

1) 3 biji kentang dipotong dadu
2) 1/2 biji bawang besar dipotong dadu
3) 2 1/2 sudu besar rempah kari
4) 2 biji bawang putih potong halus
5) 1 keping chicken stock
6) 1 cawan air
7) Garam dan gula secukup rasa
8) 3 sudu besar minyak
9) 1 mangkuk serunding daging (saya guna isi ayam)

Cara-cara:-

1) Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan pula bawang besar dan kacau rata. Masukkan rempah kari yang telah dilarutkan dengan sedikit air. Goreng hingga sedikit garing.
2) Masukkan kentang dan kaca rata. Tuang air dan biarkan bahan mendidih. Masukkan isi ayam.
3) Masukkan bahan perasa  mengikut selera masing-masing. Masak dengan api perlahan hingga kentang empuk dan airnya kering. Angkat dan sejukkan.
4) Gelek roti hingga nipis .
5) Letak sesudu inti dan cantumkan kedua-dua bahagian tepi dan picit sekeliling tepinya. Selepas itu, gunakan garpu saiz kecil untuk menekan bahagian tepi karipap.
6) Susun karipap atas dulang dan sapu telur hingga rata.
7) Bakar karipap roti dengan oven yang dipanaskan pada suhu 170°C selama lebih kurang 15 minit atau hingga kelihatan perang.


Sekian sahaja untuk kali ini. Selamat mencuba dan assalamualaikum. =D

Kongsi Resepi