Dr's Dessert

Dr's Dessert
Follow our instagram @drsdessert. Base in Kota Bharu, Kelantan. msg/whatsapp 019-4424904 untuk order.

Friday, 22 November 2013

Resepi Donut Mudah dan Gebu

Assalamualaikum and salam sejahtera.

Sedar tak sedar blog 'Salam Dunia' telah mencapai page view melebihi 200,000. Terima kasih tak terhingga kepada yang terus menyokong blog ini. Hari ni saya nak share resepi donut yang mudah, tapi paling penting gebu dan sedap. Resepi ni saya ambik kat sini. Credit to iezamel78.


Saya just buat donut ball. Hehe. Senang sikit.

Bahan-bahan:-

1) 3 cawan tepung gandum
2) 1 cawan air suam kuku
3) 2 sudu besar mentega
4) 6 sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi yang tak suka manis)
5) 3 sudu besar susu pekat manis
6) 1 paket yis (jenama mauripan)
7) 1 biji telur
8) Secubit garam
9) Gula aising atau coklat masakan

Cara-cara:

1) Cairkan mentega dan ketepikan.
2) Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut. Masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit.
3) Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair dan secubit garam.
4) Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur dan garam tadi. Kacau.
5) Masukkan campuran yis ke dalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul sebati dengan senduk kayu. Biar adunan lagi selama 45 minit.
6) Banyakkan tepung di tangan supaya adunan tak melekat (adunan memang agak lembik). Ambil sedikit adunan dan bulatkan.


7) Sediakan minyak untuk menggoreng. Gunakan api sederhana. Alih selalu supaya dapat warna yang sekata. Setelah agak kekuningan bolehlah diangkat. Tabur gula aising atau hias dengan coklat masakan yang dicairkan.


Bagi saya penggemar coklat, saya lebih suka donut ball disalut dengan coklat daripada just gula aising. Memang S.E.D.A.P! Donut ni sesuai dihidangkan untuk sarapan, minum pagi or untuk jamuan.


Sekian sahaja untuk entri kali ini. Selamat mencuba dan assalamualaikum.

2 comments:

  1. senang dan ringkas.. boleh cube ni.. mintak resepi ye..

    lawat blog saya : http://sujanachantek.blogspot.com/

    ReplyDelete

Kongsi Resepi