Kita dah menghampiri hujung tahun 2013. Tahun 2014 bakal menjelma. Biasanya before ni, saya tak pernah ada azam, but for 2014, saya ada 3 azam yang ingin dicapai, insyaAllah.
- Lulus professional exam phase 2 12/14 dengan jayanya.
- Do well in my clinical years which will start on september 2014. Tak mau jadi malas2 dah.
- Travel to any country (preferable is either korea or hong kong) untuk melihat keindahan dunia ciptaan Allah s.w.t. (hopefully ade sale AirAsia :D)
InsyaAllah, dengan fikiran positif, doa+usaha+tawakkal, azam2 ni dapat dicapai. Wah, dah gaya motivator ni.
Ok, hari ni saya just nak reshare resepi kek coklat kukus yang biasa saya buat. Dah berkali-kali buat sebab yang ini paling SENANG dan SEDAP I would say.
Bahan-bahan:
1) 2 biji telur + 1 sudu teh esen vanilla
2) 1 cawan gula
3) 1 cawan gula perang
4) 1 cawan minyak masak
5) 1 1/2 cawan susu coklat
6) 1/2 cawan air + 1 sudu teh nescafe
7) 2 cawan tepung + 1/2 cawan serbuk koko + 1 sudu teh serbuk penaik + 2 sudu teh soda bicarbonate (diayak sekali)
Cara-cara:
1) Panaskan pengukus.
2) Putar telur, esen vanilla, gula dan gula perang.
3) Masukkan minyak masak, susu coklat dan air nescafe. Kacau hingga sebati.
4) Masukkan bahan yang diayak sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati. Jangan putar terlalu lama, stop bila semua dah sebati. Nanti kek tak naik. ;)
5) Masukkan adunan kek dalam loyang yang sesuai. Masukkan ke dalam pengukus dan kukus selama 1 jam atau sehingga kek masak.
Lagi 1 saya suka pasal resepi sebab kita just sukat bahan-bahan pakai cawan jer. So sangat praktikal.
Kali ini, saya cuba hias kek dengan parutan coklat and tak letak topping pun. Parut banyak2 sampai cover cake. :O Tapi bagi sape2 yang nak letak topping, boleh tengok resepi topping coklat bajet kat sini.
Sekian sahaja untuk kali ini. Jangan lupa setkan azam tahun 2014 supaya hidup jadi bermatlamat. Akhir kata, selamat bercoklat!
No comments:
Post a Comment