Dr's Dessert

Dr's Dessert
Follow our instagram @drsdessert. Base in Kota Bharu, Kelantan. msg/whatsapp 019-4424904 untuk order.

Tuesday, 21 January 2014

Resepi Kuih Lapis Pelangi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pejam celik pejam celik, sekarang dah minggu ke-3 bulan Januari 2014. Cepat sungguh masa berlalu.

”Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." (Surah Al-'Asr)

Gunalah masa sebaiknya. :D Hari ni saya nak share resipi Kuih Lapis. Kuih tradisional ni memang sedap dengan rasa ros serta lemak santan. Kuih ini sesuai dijadikan juadah sarapan pagi dan juga minum petang.


Resepi ni saya ambik kat sini. Credit to citarasawan.

Bahan-bahan:

1) 240g tepung beras
2) 120g tepung gandum
3) 240g gula
3) 200ml santan pekat (saya guna santan kotak jer)
4) 1 liter air
5) 1 sudu teh garam
6) 1 sudu teh esen rose
7) 1 sudu teh minyak jagung
8) perwarna biru, oren dan merah


Cara-cara:

1. Masukkan gula, santan, tepung beras, tepung gandum, minyak jagung, esen ros dan garam dan separuh air ke dalam pengisar dan kisar hingga adunan tepung tidak berketul. Tambah baki air, kacau rata dan tapis.
2. Bahagikan aduanan kepada 3 bahagian dan warnakan setiap lapisan dengan warna yang berlainan.
3. Kukus lapisan pertama selama 5 minit dan diikuti dengan warna lain ulangi proses melapis hingga habis.
4. Untuk lapisan yang terakhir, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus lagi lebih kurang 20 minit.
5. Sejukkan dahulu sebelum dipotong.


Make sure kuih lapis betul2 sejuk sebelum dipotong untuk hasil potongan yang smooth. Sekian sahaja untuk kali ini. Selamat mencuba dan assalamualaikum. :D

No comments:

Post a Comment

Kongsi Resepi