Dr's Dessert

Dr's Dessert
Follow our instagram @drsdessert. Base in Kota Bharu, Kelantan. msg/whatsapp 019-4424904 untuk order.

Monday 28 April 2014

Resepi Cream Cracker Lapis Nutella

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada hari ini, saya nak share resepi cream cracker lapis nutella. Nyum2, rasa asli chocolate nutella memang sedap tambah2 kalau dimasukkan dalam dessert. Resepi ni inspired oleh cheesekut yang sedang menjadi fenomena sekarang.



Bahan-bahan:

1) Biskut cream cracker (any brand pun boleh)
2) Susu segar
3) Nutella
4) Nestum
5) Whipping cream diputar stiff peak



Cara-cara:

1) Celup biskut dengan susu segar hingga agak lembut. Masukkan dalam bekas yang sesuai.
2) Lapisan: 1) Whipping cream+nestum 2) Whipping cream+nutella 3) Whipping cream+nestum
3) Di antara setiap lapisan, letak biskut yang telah dicelup susu segar.
4) Buat sampai habis. Sejukkan dalam peti ais sebelum dihidangkan.


Sangat sesuai dijadikan tea time. Ok sekian sahaja untuk kali ini dan assalamualaikum.

2 comments:

  1. part nutella 2 la yg x leh tahan...
    kompem sdap hingga mjilat sudu..
    hahahaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. klu letak nutella dlm dessert, mmg enhance hbs flavournya. bukan setakat sudu, bekas sekali rasa nak jilat. eh.

      Delete

Kongsi Resepi