Dr's Dessert

Dr's Dessert
Follow our instagram @drsdessert. Base in Kota Bharu, Kelantan. msg/whatsapp 019-4424904 untuk order.

Saturday, 14 April 2012

Nasi Arab

Assalamualaikum and what's up there?

It has been a long time my brother (Abe) didn't cook Nasi Arab for us. Nasi Arab known for its spice. Totally delicious! So, yesterday, Abe come to cook Nasi Arab. But, yang lainnya hari ni, dia akan guna ayam kampung.


Terung.Kubis Bunga.Ubi Kentang

Saya tak belajar lagi resipi nak buat nasi arab. Tapi, sayur kat atas tuh, sayalah yang goreng. Hehehe. Penat jugak tunggu sebab Abe kata kena betul2 garing baru sedap nasi arab tu nanti. Guna 3 jenis sayur- terung, kubis bunga dan ubi kentang.

Ayam direbus terlebih dahulu menggunakan beberapa rempah. Beras digaul dengan beberapa rempah termasuk serbuk lada hitam. Lepas tu, time nak tanak nasi, just aturkan sayur yang telah digoreng garing kat base periuk diikuti ayam yang direbus. Then baru nasi. Gunakan air rebusan ayam untuk menanak nasi arab ni. Basically, nasi arab ni guna banyak rempah-ratus dari timur tengah. Dah nama nasi arab kan, mestilah berempah! Mmmmm, sedapnya.


Dah siap!

So, buat punya buat, akhirnya siap lah nasi arab kegemaran kami sekeluarga. Rupa dah jadi macam nasi goreng sebab semua mixed together- sayur, ayam and nasi. So, nasi arab ni sangat healthy.


Acar

Nasi Arab ni lagi sedap makan dengan acar. Senang jer buat acar ni. Timun dan tomato dipotong dadu. Daun ketumbar dihiris halus. Gaul semua sekali then tambah perahan lemon or cuka. Letak gula sikit. Siap! Saya sangat suka acar ni kerana rasa daun ketumbar!


Untuk dihidang.

Menu hidangan makan tengah hari dan makan malam kami ialah Nasi Arab! Sangat tak puas makan nasi arab ni. Kalau boleh, tiap-tiap hari mahu makan nasi arab ni. Tapi, apekan daya.
=(

Itu sahaja entry pada kali. Moga bersua di lain ketika. Assalamualaikum.

"Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.- Adh-Dhuha 93:11"


8 comments:

  1. wah sedapnya adik nasi arab tu.. rajin tul adik ni memasak.. kalau versi kaum adam famili akak kat rumah tu .. kaum2 adam hanya usap perut bila lapar dan lepas makan aje... hahaha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo.. sebab mak ajar anak2 dia memasak at least tahu basic. sebab klu mak x sihat, anak2 boleh masak.

      Delete
  2. bagusnya pandai masak...mmg nampak sedap nasi arab tu :)

    ReplyDelete
  3. adess x dapat aku nak baca sampai habis , aku dah kebuluran dah ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ak pun kadang2 tgk blog sndiri jd lapar...hahaha

      Delete

Kongsi Resepi