Assalamualaikum and salam sejahtera.
So weekend ni plan buat ape? Kalau takde ape-ape yang nak buat, saya suggest keluar beli barang dapur sebagai persediaan bulan Ramadhan nanti. =D
Hari ni saya nak share resepi kek lapis kastard keladi. Actually saya buat kek untuk birthday mak saya 30hb Jun hari tu. Resepi ni saya ambik kat sini. Credit to Chef Noraini for such a great recipe. So this is my 2nd time guna resipi dari chef Noraini. Hari tu saya ambik resepi kek pandan pandan layer.
Jom tengok bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan kek sponge:-
1) 300g sponge mix
2) 5 biji telur
3) 75ml air
4) 75ml minyak masak
*Saya just guna sponge mix tapi kalau kowang tak nak guna sponge mix, boleh tengok resipi kek sponge kat sini.
Bahan-bahan kastard keladi:-
Bahan A:
1) 500ml air
2) 160g gula
3) 1 sudu besar serbuk agar-agar segera
Bahan B:
1) 400ml santan pekat dalam kotak
2) 85g tepung Hoen Kwee putih
3) 150g keladi (direbus dan dilenyek)
4) 1 sudu teh pewarna unggu (kalau takde, boleh campur warna merah dan warna biru)
5) 1/8 sudu teh garam halus
Cara-cara:-
1) Satukan semua bahan kek kecuali minyak, pukul selama 6 minit dengan kelajuan sederhana hingga kembang. Perlahankan mixer, masukkan minyak dan pukul hingga sebati.
2) Bakar pada suhu 175°C selama 40-45 minit atau sehingga masak. Setelah kek masak, biarkan sejuk. Potong kek kepada 3 bahagian.
3) Satukan semua bahan A dalam periuk, masak di atas api sederhana hingga mendidih.
4) Satukan bahan B dalam blender dan kisar hingga halus. Tuang ke dalam adunan A, kacau di atas api sederhana hingga adunan pekat, mendidih dan masak.
5) Sediakan loyang bulat 9 inch loose base (boleh ditanggalkan daripada basenya). Masukkan 1 lapisan kek sponge dan tuangkan 1/3 adunan kastard keladi di atasnya hingga memenuhi ruang di sekeliling loyang. Hentakkan sedikit loyang supaya adunan kastard rata.
6) Buat hingga habis lapisan kek dan kastard. Biarkan kek sejuk dan boleh dimasukkan ke dalam peti sejuk.
Nak buat kek ni memang leceh sikit tapi bila dah jadi, trust me ianya sangat berbaloi- kek yang lemak berkrim disukai ramai. Alhamdulillah.
Tengok! Sekejap jer dah tinggal separuh. =D Oklah, sekian sahaja entry kali. Selamat mencuba dan sekali lagi saya ucapkan selamat menyambut ketibaan bulan Ramadhan yang mulia ini. Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment