Dr's Dessert

Dr's Dessert
Follow our instagram @drsdessert. Base in Kota Bharu, Kelantan. msg/whatsapp 019-4424904 untuk order.

Friday 5 July 2013

Resepi Buttercream

Assalamualaikum and selamat sejahtera.

InsyaAllah lagi 4 hari kita akan memulakan ibadah puasa. Semoga kita menjadi lebih baik dari semalam and change towards better Muslim everyday. =D

Hari ini saya nak share resepi buttercream. Resepi buttercream ini saya ambik kat sini. Credit to Kak Siti. Buttercream ni sesuai dijadikan topping untuk semua jenis kek termasuklah kek coklat, kek carrot dan juga kek sponge biasa. Bagi saya, kali ni saya gunakan buttercream ni sebagai topping kek coklat kukus. Untuk resepi kek coklat kukus, boleh click kat sini.


Bahan-bahan:-

1) 350g creamwell
2) 150g butter
3) 100g icing sugar (ayak)
4) 1/4 cwn susu pekat

*Kuantiti boleh diubah mengikut ratio mengikut keperluan kowang.

Cara-cara:-

1) Campur semua bahan. Putar sampai kembang & gebu. Minimum putar selama 5 minit.
2) Pastikan kek betul2 sejuk sebelum disapu buttercream.



Dah siap disapu buttercream. Kali ni nak try buat roses decoration. Takdelah jadi sangat tapi saya percaya with practice, it will be better. =D


Jemput makan!

Sekian sahaja untuk entri kali ini. Akhir kata, saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua. Assalamualaikum.

1 comment:

  1. I stumbled upon your blog while looking for baking classes in Chennai Velachery, and I must say, your buttercream recipes look amazing, Mohammad! As someone who loves baking and decorating cakes, I'm always on the lookout for new techniques and recipes. It's great to know that there are classes available in Chennai, and I'm definitely going to explore them further. Thank you for sharing this informative post!



    ReplyDelete

Kongsi Resepi