Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Kali ni saya nak share resipi mudah- Popia Nestum. Kalau makan popia nestum, memang best. Sekali hadap, tak sedar yang dah habis. Buat pun senang sajo.
Bahan-bahan:
1) 100g kulit popia
2) 4 sudu besar nestum
3) 2-3 sudu besar gula kastor (kalau nak manis boleh lebihkan)
4) Minyak untuk menggoreng
*Nak buat banyak, boleh gandakan resipi ni.
Cara-cara:
1) Gulung kulit popia dengan menggunakan lidi dan lekatkan di hujung kulit dengan sedikit air.
2) Bila dah siap, potong kecik2 guna gunting. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
3) Kisar nestum dan gula kastor hingga halus. Taburkan atas popia yang digoreng dan gaul rata. SIAP! Bersedia untuk dingap.
Sekian sahaja untuk kali ini.
To those staying in Kota Bharu and nak order cake dari SALAM DUNIA, dialu-alukan untuk follow our ig >>> @drsdessert.
Assalamualaikum and have a nice day. :D
No comments:
Post a Comment