Dr's Dessert

Dr's Dessert
Follow our instagram @drsdessert. Base in Kota Bharu, Kelantan. msg/whatsapp 019-4424904 untuk order.

Saturday, 28 January 2017

Shopping di ZALORA

Assalamualaikum semua.

Sempena Chinese New Year, ZALORA ada buat sale besar-besaran. 18% discount. Semalam saya dah beli 1 Casio Watch harga RM175.90 dan 1 t-shirt brand ZALORA RM29. Total RM204.90, lepas 18% discount jadi RM168.02. Berbaloi2.

Jam brand Casio. Cantik bukan?

T-shirt brand zalora. :D

Saya memang pengguna setia ZALORA sejak dulu lagi. Banyak dah shopping kat zalora. Kasut, baju, jam dan lain2. ZALORA memang sentiasa buat offer, lagi2 musim perayaan. Biasa setiap tahun akan ada free delivery period without minimum purchase, so first time dulu saya try beli 1 t-shirt RM20 je, dapat free delivery. Tapi musim2 biasa, free delivery hanya untuk minimum purchase RM75.

Banyak t-shirt saya dari ZALORA ni. Huhuhu. Sebab suka pattern dia yang light2, colour dia dan bagi saya dari kelantan ni susah nak cari pattern t-shirt2 macam ni. So beli jelah online kat ZALORA ni. Senang. 

Oh ya untuk 18% discount tu, hanya perlu masukkan discount code FIERY masa nak checkout with minimum purchase RM170 ya. Kalau untuk new user, memang tak pernah shopping kat ZALORA dan pembelian tak sampai RM170 pun, boleh guna discount code ZBAP1an ni utk 15% discount. Selamat membeli-belah di ZALORA!

p/s: Follow @drsdessert di instagram untuk update kek2 dari saya. :D


Monday, 16 January 2017

Monday blues

Assalamualaikum.

Mesti semua rasa x best nak pi kerja hari isnin kan (kalau kat kelantan, johor, kedah etc> Sunday blues), maklumlah dah cuti 2 hari. Nak pi kerja first day, memang malas. Tapi macam tu lah. Hehehe.

So apa kata order dessert @drsdessert, baru ada semangat nak kerja. EH!

Semua dessert dari @drsdessert menggunakan bahan2 yang berkualiti tinggi dan yang kami percaya sedap. Butter yang digunakan adalah asli dan bermutu tinggi serta dijamin halal. 
Boleh follow kami @drsdessert di  instagram. Terima kasih


Dalam gambar ni ialah sebahagian daripada kek2 @drsdessert, #thaimilktea #pandangulamelaka #hohohocake #nutellaredvelvet


Sunday, 15 January 2017

Fancy cake!

Assalamualaikum.

Saya dari @drsdessert jarang mengambil tempahan fancy cake. Tapi sekali sekala, kalau ada masa lebih kami ambil. :D Kalau book awal, memang tiada masalah.

#nutellaredvelvet cake inside!

#raspberrypistachio cake inside!

#nutellaredvelvet inside!
Boleh follow @drsdessert di instagram dan whatsapp 019-4424904 untuk menempah. Based in Kota Bharu, Kelantan. Terima kasih.

Saturday, 14 January 2017

Resepi Keria Gula Melaka

Assalamualaikum.

Gigih pagi2 tadi buat kuih ni. Last time, gi melaka, tak dapat nak merasa kuih keria antarabangsa yang tengah viral tu. Beratur dia punya panjang. Memang taklah nak tunggu. Hehehe. So godek2, siap. Sedap! Ok puji diri sendiri. Resipi? Senang je.

Bahan-bahan:

1) 500g keledek
2) 3/4 hingga 1 cwn tepung gandum
3) 3/4 sudu kecil baking powder
4) Sedikit garam
5) 250g gula melaka
6) 1/2 sudu besar gula pasir
7) sedikit air

Cara:
1) Rebus keledek dengan sedikit garam sehingga empuk.
2) Panas2 tu toskan air, Lenyekkan sampai lumat.
3) Masukkan garam, baking powder, dan tepung sedikit demi sedikit. Agak2 je smpai adunan jadi doh x melekat sangat kat tangan dan senang dibentuk
4) Bentukkan jadi donut. Goreng dgn minyak panas. Angkat, ketepikan
5) Masak gula melaka, gula pasir, dan sedikit garam dengan sedikit air je. Dalam 1 sudu besar air. Agak2 je.
6) Bila semua dah larut, tutup api. Masukkan keria yang dah digoreng dan kacau dengan air gula melaka panas2 ya. (Jangan tunggu sejuk, likat nnti, susah nk rata)
7) Hidangkan panas2. Memang sedap!

Sebelum digoreng

Sedia dihidang!


Selamat mencuba!

Ho Ho Ho Cake! (horlick cake)

Assalamualaikum semua. 

Weekend ni buat apa ya? Kalau pekena dessert kek 1 slice, coffee or tea, layan. :D

Ho ho ho cake (horlick cake) merupakan antara menu @drsdessert. Horlick ni sangatlah mengimbau kenangan sekolah saya dulu. Air horlick merupakan antara air breakfast selain milo dan tea yang dihidangkan sebelum pergi sekolah. Saya memang penggemar horlick. Sekarang kalau ke kedai makan pun, air horlick antara air yang akan saya order. 

Hohoho cake merupakan inspirasi dari @canteksekali (instagram). Memang mewah dengan pure butter, horlick and to add crunchy effect, ada nestum. Siapa nak order, boleh whatsapp 019-4424904. 


Boleh follow @drsdessert di instagram. Thank you

Friday, 13 January 2017

Raspberry pistachio cake

Assalamualaikum semua.

Raspberry pistachio cake ni tengah trending sekarang. Tak putus2 order cake ni. Memang sedap, dengan lemak2 kacang pistachio and masam2 raspberry. Boleh whatsapp 019-4424904 kalau nak order.



Boleh follow @drsdessert di instagram untuk lebih update. Terima kasih

Wednesday, 11 January 2017

Dr's Dessert


Assalamualaikum semua.

Dah bersarang blog saya tinggalkan. Tapi dalam2 duk tinggalkan, ada yang masa melawat blog saya untuk mendapatkan resepi2 yang saya kongsikan sebelum ni. Alhamdulillah and thank you for the support.

Saya sekarang dah habis pun 5 tahun pengajian sebagai pelajar doktor pergigian. Sekarang tunggu posting. Sambil2 tunggu posting tu, busy uruskan bisnes Dr's Dessert.

Di sini, saya nak kongsikan beberapa kek dari Dr's Dessert.

#nutellaredvelvet #hohohocake #raspberrypistachio
Raspberry pistachio cake inside

Nutella red velvet inside
Untuk lebih update. boleh follow @drsdessert di instagram. Tempahan diterima untuk sekitar daerah kota bharu dan kawasan sekitarnya. Boleh whatsapp saya 019-4424904 untuk tempahan. terima kasih.

Kongsi Resepi