Dr's Dessert

Dr's Dessert
Follow our instagram @drsdessert. Base in Kota Bharu, Kelantan. msg/whatsapp 019-4424904 untuk order.

Monday 2 April 2012

Fluffy Cream Puff =D

Assalamualaikum and a very good day to all.

Diharapkan semua sihat2 ya. By the way, last Thursday, I already bought my own oven. Hehehe. Sebelum ni, kat rumah ni tak de oven. Sebab tulah resipi yang saya share before this tidak ada yang menggunakan oven pembakar. So, sekarang makin aktiflah mencuba resipi-resipi baru. Dalam waiting list sekarang, ada tart telur and red velvet untuk dicuba. Oven tu beli kat Tesco, jenama Pensonic. Promotion price:RM 99 jer, sebab tu mampu beli. Credit to Tesco!

Pensonic AE-19N

Jadi, bila dah beli, excited lah kan nak try resipi2 yang menggunakan oven. So, untuk merasmikan oven ini, I decided to bake Cream Puff. Bersungguh-sungguhlah bersengkang mata buat di pagi hari Jumaat yang mulia itu. Ikut betul-betul method yang diberi takut2 tak jadi. Alhamdulillah, dengan usaha yang murni ini, maka my 1st Fluffy Cream Puff menjadi! Lagi creamy dari yang dijual di kedai dengan pastrynya yang fluffy. Here you go, Fluffy Cream Puff:-

Sedap! Melimpah ruah fillingnya

Resipi ni saya ambik kat sini. Great thanks to izatul azma!

Fluffy Cream puff pastry

Bahan-bahan:-

1) 100ml air
2) 45g butter - suhu bilik
3) 60g tepung gandum - ayak
4) 2 biji telur

Cara-cara:-

1. Panaskan oven pada suhu 200C.
2. Masukkan telur ke dalam mangkuk, pukul biar telur putih dan kuning bercampur.
3. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehingga mendidih. Bila dah mendidih, tutupkan api.
4. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
5. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga terbentuk doh. Kemudian, padamkan api.
6. Masukkan telur, kacau cepat-cepat.
7. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Gunakan nozel 1 cm. (Kalau takde, boleh potong aje bucu plastik anggaran 1 cm). Pipekan ke atas dulang, tekan bahagian bertanduk supaya cream puff nampak cantik.
8. Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selamat 25 minit.
9. Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan cream custard.

Fluffy Cream puff filling

Bahan-bahan:-

1) 1 sudu besar tepung gandum
2) 1 sudu tepung jagung
3) 4 sudu besar gula
4) 200 ml susu segar
5) 1 biji telur size A
6) 1 sudu besar mentega
7) 1 sudu teh esen vanila

Cara-cara:-

1. Masukkan tepung, tepung jagung dan gula ke dalam periuk.
2. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul.
3. Masukkan telur dan kacau lagi.
4. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
5. Masak bancuhan ni atas api sederhana sehingga menjadi pekat. Adunan hendaklah sentiasa dikacau untuk mendapatkan cream custard yang licin.
6. Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata.

Disimpan di dalam bekas yang ditutup bagi memastikan kesegaran untuk minum petang. Nomnomnom!

Sekian sahaja untuk entry pada kali ini. Hope you guys can try this recipe of Fluffy Cream Puff. Serious tak menyesal and lepas ni, tak perlu perlu beli lagi. Hehehe. Assalamulaikum w.b.t.
Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan.

9 comments:

  1. OK saya rasa terharu dilinkkan dekat sini. Hehe tak sangka ada blogger lelaki try resepi yang saya share kat blog.

    Thanks !!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. sepatutnya saya patut berterima kasih.. again thanks for the wonderful recipe.. (nasib baik saya buat jadi..hehehe)

      Delete
  2. That puffs look so good and the oven is worth the investment.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya! really worth to buy it.. will try a lot recipes later.. i'm too excited.

      Delete
  3. hmmm, sedapnye.. saya follow sini... jumpa kat kongsi resepi tadi.. hehe..

    ReplyDelete
  4. cari2 resipi cream puff utk minum petang skali terjumpe blog ni..salute la coz rupenye kepunyaan seorang lelaki..:)

    http://vitaminhalal.com/

    ReplyDelete
  5. nak mintak tlong . please . kwn sy ada oven tu . tp dy punye tulisan sume dah tpadam . nak gmbar size besar sikit boleh or just gmbar utk nak setting tu je . please hntar kat email ni . iqalalala@yahoo.com . terima kasih sgt2 .

    ReplyDelete

Kongsi Resepi