Dr's Dessert

Dr's Dessert
Follow our instagram @drsdessert. Base in Kota Bharu, Kelantan. msg/whatsapp 019-4424904 untuk order.

Sunday 30 June 2013

Resepi Kek Pandan Layer

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ni dah 30hb, esok dah masuk bulan 7 dah. Lagi beberapa hari kita akan berpuasa. So, cam maner persiapan untuk menghadapi bulan Ramadhan yang mulia ini? =D

So, kali ini saya nak share resipi Kek Pandan Layer yang saya ambik kat sini. Credit to Chef Noraini. =D


Presentation kek agak out sikit tapi takpe yang penting S.E.D.A.P.

Bahan-bahan untuk kek:

1) 5 biji telur
2) 125g gula
3) 125g tepung gandum*
4) 1 camca teh baking powder* (*disatukan dan diayak)
5) 75ml minyak masak
6) 15g ovalette
7) 4oml air daun pandan + pewarna hijau

*Untuk saya, saya tak buat pun kek ni. Saya just beli kek chiffon perisa pandan. =P

Bahan-bahan untuk kastard:-

Bahan A:

1) 500ml air pandan (kisar 5 helai daun pandan)
2) 180g gula
3) 1 sudu besar serbuk agar-agar segera

Bahan B:

1) 400ml santan pekat dalam kotak
2) 85g tepung Hoen Kwee hijau
3) 1 sudu teh pewarna hijau
4) 1/8 sudu teh garam halus

Cara-cara:

1) Satukan telur, ovalette, dan gula. Pukul hingga kembang dan gebu. Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga air daun pandan dan sedikit pewarna. Gaul rata.

2) Masukkan minyak jagung dan gaul rata. Masukkan ke dalam loyang yang sesuai yang digris dengan butter. Bakar pada suhu 175°C selama 50 minit atau sehingga masak. Setelah kek masak, biarkan sejuk.

3) Satukan semua bahan A dalam periuk, masak di atas api sederhana hingga mendidih.

4) Dalam mangkuk lain, satukan bahan B, gaul hingga sebati dan tidak berketul. Masukkan adunan ini ke dalam adunan B, kacau hingga adunan pekat dan mendidih. Angkat dan sejukkan sebentar.

5) Potong kek yang telah sejuk kepada 3 bahagian. Lapiskan kek dengan kastard pandan hingga habis. SIAP! =D


Jadi, selamat mencuba kepada semua. Dan jadikan beberapa hari yang ada ini untuk menyiapkan diri menghadapi bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan. Assalamualaikum w.b.t.

Thursday 27 June 2013

Resepi Murtabak Maggi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

So apa khabar semua? Diharapkan semuanya sihat2 belaka. Hari ni, saya nak share simplest ever resipi. Semua orang boleh buat punya! Especially to those yang suka makan maggi tapi dah boring makan maggi berkuah tu. Tapi suka saya ingatkan jangan selalu makan maggi, tak elok untuk kesihatan, ok? =D

Resepi yang saya nak share ni sesuai dijadikan untuk minum petang dan juga juadah berbuka puasa. Maklumlah tak lama lagi kita nak puasa. *Excited!*


Bahan-bahan:

1) 1 paket maggi kari (any brand pun tak kisah janji kena dengan tekak kowang)
2) 1 biji telur
3) Sedikit minyak

*Ratio dia 1 paket maggi and 1 biji telur.
*Boleh juga kalau nak masukkan lauk dan sayur-sayuran macam sosej, crab roll, ayam, daging, bawang besar, carrot dan kubis ke dalam murtabak. Depends kepada kowang punya cita rasa nak letak apa. Tapi kali ini saya nak share yang plain jer.

Cara-cara:-

1) Rebus maggi sehingga masak tapi jangan overcooked ya. (Kalau ade letak extra cam sosej ke, rebus je sekali)
2) Kemudian toskan dan masukkan perasa maggi kari tu tadi. (Jangan letak semua, nanti masin ya)
3) Selepas itu, masukkan sebiji telur dan gaul hingga sebati.
4) Panaskan sedikit minyak atas pan dan masakkan martabak maggi hingga masak. S.I.A.P!


Mudah je kan nak buat martabak maggi ni. Jadi, apa tunggu lagi, masuk dapur and kalau ada bahan2 tu, cuba2lah buat. =D Assalamualaikum.

Friday 14 June 2013

Rainbow Cake

Assalamualaikum and happy Friday guys.

Sedar tak sedar, ini merupakan entri saya yang ke-50. Hehe. Bangga. :3 Untuk seorang blogger yang liat nak update blog, ini adalah satu pencapaian yang boleh dikatakan ok lah kan.

Ok enough with that. Hari ni, saya nak share resepi yang saya dah baru cuba ni- Resepi Rainbow Cake.


Resepi ni saya ambik kat sini. Credit to kak Jue.

Bahan-bahan:-

1) 200 gm butter
2) 330 gm gula castor (kurangkan kalau tak nak manis sangat)
3) 5 biji putih telur A
4) 2 sdk esen vanilla
5) 400 gm tepung gandum*
6) 4 sdk baking powder* - *satukan dan ayak
7) 290 gm susu segar
8) Beberapa pewarna yang digemari (minimum 3)

Cara-cara:-

1) Dalam mixer, pukul butter dan gula sehingga kembang.
2) Tuang putih telur dan esen vanilla, kemudian pukul lagi sehingga adunan sebati.
3) Masukkan adunan tepung bergilir2 dengan susu segar, gaul sebati dengan menggunakan spatula, jika nampak berketul2, gunakan mixer dengan kelajuan paling perlahan selama beberapa saat.
4) Bahagikan adunan kepada 3-6 bahagian, tambahkan pewarna berlainan kepada setiap bahagian adunan.
5) Tuang ke dalam 3-6 loyang saiz 8 inci yang telah digris dan dilapik kertas minyak.
6) Bakar dalam oven yang dipanaskan terdahulu 170°C selama 15-20 minit.
7) Keluarkan kek dan sejukkan atas redai.


Setelah kek benar-benar sejuk, bolehlah disapu frosting. Antara frosting yang boleh digunakan termasuklah buttercream, cream cheese ataupun non-dairy whipping cream. Bagi saya, saya pilih non-dairy whipping cream.


Nyum-nyum. Sekian sahaja untuk entri kali ini. Moga bersua di lain ketika. =D Selamat mencuba.


Assalamualaikum and have a blessed weekend.

Sunday 2 June 2013

Kek Puding Karamel Pelangi

Assalamualaikum and salam sejahtera.

Happy holidays to everyone. Harapnya gunalah masa cuti ini untuk melakukan aktiviti yang berfaedah bersama-sama keluarga tersayang. =D

Jadi, hari ni, saya nak share 1 resipi yang baru saya cuba semalam- resepi Kek Puding Karamel Pelangi. CANTIK and SEDAP!


Tapi lapisan puding karamel saya tak menjadi sangat, puding karamel melekat pada loyang sebab maybe tak cukup air gula hangus or maybe sebab saya buat gula hangus dalam periuk lain and masa nak transfer kat loyang tu, gula hangus dah keras.

So, please take note this tip- Terus buat gula hangus dalam loyang yang kowang nak guna. =D

Resepi ni untuk loyang 8 inci/20cm. Resepi ini saya ambil kat sini. Credit to kak Ena. =D

Bahan-bahan untuk Gula Hangus:

1) 2 sudu besar gula
2) Loyang 8 inci/20cm

Cara-cara:

1) Masukkan gula di tengah loyang kek, agak-agak di kawasan api dapur supaya senang gula cair.
2) Panaskan dengan api perlahan di atas dapur.
3) Biarkan sehingga gula cair dan bewarna perang dan tidak perlu di kacau.
4) Bila semua gula sudah hancur tutup api dan ratakan air gula memenuhi dasar loyang.

Bahan-bahan untuk Puding:-

1) 400ml fresh milk / susu cair
2) 3 biji kuning telur (Putih telur masukkan terus ke dalam mangkuk pengadun untuk meringue nanti)
3) 2 biji telur
4) 140 gram gula castor (Saya guna 100gram jer)
5) 1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara:-

1) Asingkan 3 biji putih telur dan kuning telur. Masukkan 3 kuning telur di dalam mangkuk kecil dan 3 biji putih telur ke dalam mangkuk pengandun untuk bahan kek adunan 1 (meringue) nanti.
2) Masukkan 2 biji telur ke dalam mangkuk telur kuning dan kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih.
3) Kemudian satukan telur dan semua bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk besar. Kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih.
4) Bila semua sebati, tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi.
5) Tidak perlu dibakar dahulu adunan ini.Ketepikan.

Bahan-bahan untuk Kek:

Adunan 1 (Meringue)

1) 6 biji putih telur (3 biji putih telur dari bahan puding + dgn 3 biji putih telur baru)
2) 70 gram gula castor
3) 1 sudu kecil cream of tartar (Saya tak letak pun)

Cara-cara:

1) Pukul putih telur sehingga berbuih.
2) Masukkan gula castor.
3) Pukul lagi dengan speed tinggi sehingga kental dan kaku menjadi meringue. Apabila mangkuk pengadun diterbalikkan adunan tidak tumpah. Ketepikan. Guna mixer yang sama tidak perlu basuh terus buat adunan 2 untuk kek.

Adunan 2:

1) 3 biji kuning telur (kuning telur dari bahan meringue tadi)
2) 130 ml air
3) 50 ml minyak masak
4) 70 gram gula castor
5) 140 gram tepung gandum
6) 1 sudu teh baking powder

Cara-cara:

1) Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
2) Pukul kuning telur, air dan minyak masak sehingga putih dan gebu.
3) Masukkan gula castor dan pukul lagi sehingga kembang
4) Matikan mixer.
5) Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau dengan senduk kayu secara kaup balik sehingga semua bergaul sebati.
6) Masukkan separuh adunan 1 (meringue) ke dalam adunan 2. Kaup balik perlahan-lahan. Kemudian masukkan semua adunan 1 dan kacau rata secara kaup balik.
7) Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak.

Warnakan dengan warna pilihan anda.
1) Sudukan ke dalam loyang puding tadi. Adunan kek akan terapung di atas adunan puding.
2) Sudukan 4 sudu besar adunan biru, diikuti 4 sudu besar adunan orange di tengah adunan biru, 4 sudu besar adunan merah diletak tengah adunan biru dan buat 4 sudu lagi utk semua warna. (2 kali untuk 4 sudu setiap warna)
3) Kemudian 3 sudu besar adunan biru, 3 sudu besar adunan orange diikuti 3 sudu besar adunan merah sebanyak 3 kali lagi.
Diikuti dengan 2 sudu besar setiap warna sebanyak 2 kali dan akhir sekali 1 sudu besar setiap warna sehingga adunan habis.
4) Panaskan oven 170°C. (panaskan sekali dgn tray oven yang ada air untuk steam bake nanti)
5) Letakkan kek di tengah-tengah dan bakar menggunakan api BAWAH sahaja untuk 45 minit. Jika tak masak, tambah 10 minit untuk api atas dan bawah.
6) Setelah kek masak, sejukkan. Bila kek dah sejuk, terbalikkan ke atas pinggan dan kek akan turun sendiri.


Sedap dimakan selepas disejukkan di dalam peti sejuk. Memang terangkat!



Ok. Selamat mencuba! Peace be upon you.

Kongsi Resepi