Dr's Dessert

Dr's Dessert
Follow our instagram @drsdessert. Base in Kota Bharu, Kelantan. msg/whatsapp 019-4424904 untuk order.

Saturday 31 August 2013

Resepi Kuih Seri Muka

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni dah 31 Ogos 2013. So hari ni dah genap 56 tahun Malaysia merdeka. Semoga tahun demi tahun Malaysia terus maju, aman dan mendapat berkat dan rahmat dari-Nya. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia dari Salam Dunia.

Untuk entri hari ni, saya nak share resipi Kuih Seri Muka. Nama Seri Muka, so kalau makan muka jadi berseri-seri? Eh! Sebenarnya saya buat kuih ni dah lama, masa bulan Ramadhan lagi, tapi baru hari ni nak share. Resepi ni saya ambik kat sini- myresipi. Credit to NanaSham.


Bahan-bahan (size loyang 22cm):

Bahan lapisan bawah:-

1) 500gm beras pulut
2) 400ml santan cair
3) 1 sudu kecil garam
4) 2 sudu besar minyak

Bahan lapisan atas:-

1) 120g tepung gandum
2) 3 sudu besar tepung jagung
3) 140g gula
4) 3 biji telur
5) 450ml santan pekat
6) 1/2 sudu kecil garam
7) 300ml air + 10 helai daun pandan dikisar utk dijadikan air pandan (bagi yang susah nak dapatkan daun pandan, boleh digantikan dengan 1 sudu kecil pandan paste)


Cara-cara:

Untuk lapisan bawah:-

A) Panaskan pengukus terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
B) Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20 minit.
C) Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh.
D) Satukan semua bahan2 di dalam loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
E) Kukus selama 20-30 minit.
F) Keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi. Siap untuk dilapis dengan lapisan atas.

Untuk lapisan atas:-

1) Pukul gula bersama telur hingga kembang.
2) Masukkan santan yang telah dilarutkan bersama garam. Diikuti dgn air pandan dan dikacau lagi.
3) Akhir sekali, ayakkan tepung gandum & tepung jagung ke dalam adunan tadi. Dikacau lagi agar tidak berketul. Kalau berketul, boleh gunakan blender. Tuang adunan ke atas lapisan pulut tadi.
4) Kukus dengan api sederhana selama 1 jam atau sehingga masak.

p/s: Kuih ini hendaklah betul2 sejuk barulah mudah dipotong and cantik dihidangkan.


Selamat mencuba ya nanti. Kuih ni sangatlah sesuai dibuat breakfast or minum petang. Assalamualaikum.

Friday 30 August 2013

Resepi Puding Trifle

Assalamualaikum and salam Jumaat semua.

So, ape plan hari ni? Hari ni saya just nak share resipi puding yang mantap and sedap- Puding Trifle. Memang best makan sejuk-sejuk as dessert. Finishing yang meninggalkan kesan kepada pemakannya. =D

Actually puding triffle ni ade 3 layer- 1) Layer kek 2) Layer kastard 3) Layer jelly + buah-buahan cocktail. Pendek kata, rasa2 layer ni blend with each other. Tapi yang saya buat ni, saya just guna lapisan kastard, lapisan jelly and buah-buahan cocktail. But i'll share with you resepi 3-layers-Puding Trifle. Resepi ini saya mintak dari Tok Wan. Credit to her.


Bahan-bahan Lapisan Kek - Kek Coklat Kukus:

1) 1 egg + 1/2 sudu kecil esen vanilla
2) 1/2 cawan gula
3) 1/2 cawan gula perang
4) 1/2 cawan minyak masak
5) 3/4 cawan susu segar
6) 1/4 cawan air + 1/2 sudu kecil nescafe
7) 1 cawan tepung gandum + 1/4 cawan serbuk koko + 1/2 sudu kecil serbuk penaik + 1 sudu kecil baking soda (semua bahan ini diayak sekali)

p/s: Kalau rasa malas nak buat kek, just beli kek gulung or any kek yang dirasakan sesuai or even buat dua layer macam saya.

Bahan-bahan Lapisan Kastard:

1) 175g gula
2) 100g tepung kastard
3) 400ml susu cair
4) 800ml air kosong

Bahan-bahan Lapisan Jelly:

1) 1 kotak jelly (Saya just guna 1 kotak kristal jeli Nona)
2) 1 tin buah-buahan cocktail

Cara-cara:

1) Panaskan pengukus. Pukul telur, gula dan gula perang. Masukkan minyak masak, susu segar dan air nescafe. Kacau hingga sebati. Masukkan bahan yang diayak sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati. Masukkan dalam loyang yang sesuai dan kukus untuk 35 minit atau sehingga masak.

2) Biarkan kek sejuk dan selepas itu bolehlah dipotong kek dan aturkan dalam bekas yang ingin digunakan untuk puding trifle ni. Boleh juga kalau nak guna loyang tadi. Gunakan sedikit air buah-buahn cocktail untuk membasahkan kek.

3) Dalam bekas lain, kacau semua bahan-bahan kastard sehingga sebati. Pastikan tidak berketul. Kalau berketul-ketul, boleh gunakan blender. Masak kastard dengan api sederhana dan apabila masak, cepat-cepat layerkan dalam bekas puding trifle tadi.

4) Masak jelly mengikut arahan pada kotak. Sementara itu, taburkan buah-buahan cocktail di atas lapisan kastard. Bila jelly dah masak, layerkan atas puding trifle tadi untuk finishing. Done!


Memang tak dinafikan nak buat puding trifle ni agak leceh tapi trust me the end product is really worth to try. Sedap yang amat!! Oklah itu saja untuk hari ni. Moga bersua lagi di lain hari. Assalamualaikum.

Sunday 18 August 2013

Steamed Carrot Cake with Cream Cheese topping

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Buat ape weekend ni? Hari ni dah 11 Syawal 1434H. Ni mesti semua pergi rumah terbuka kan. Bestnya! Kami dental 3rd year 2013/2014 of USM just finished our exam for head and neck block. Esok dah nak start block baru. Takpelah, pengorbanan kan. Semoga mendapat keberkatan dari-Nya. Doakan kami ya. =D

Hari ni, saya nak share gambar2 steamed Carrot Cake with cream cheese topping yang saya buat hari tu untuk 1 Syawal. Alhamdulillah sedap. Hehe. Untuk itu, maybe saya boleh re-share resipinya. Boleh jugak click here untuk resipi Kek Carrot Kukus or click here untuk resipi topping cream cheese.

Resepi Kek Carrot Kukus


Bahan-bahan:-

1) 250g butter
2) 130g gula kastor
3) 3 biji telur
4) 1 sudu teh esen vanilla
5) 200g carrot (diparut halus)
6) 230g tepung gandum + 1 sudu teh serbuk penaik (diayak bersama-sama)

Cara-cara:-

1) Panaskan pengukus. Pukul butter dengan gula kastor sampai creamy dan sebati.
2) Masukkan esen vanilla dan telur satu per satu dan pukul.
3) Masukkan tepung yang diayak sedikit demi sedikit dan putar pada kelajuan yang perlahan sampai sebati.
4) Akhir sekali, masukkan carrot dan gaul sehingga sebati.
5) Kukus kek untuk sejam atau sehingga masak. Setelah kek masak, biarkan kek sejuk dan bolehlah diletak topping.


Resepi topping Cream Cheese

Bahan-bahan:-

1) 250g cream cheese
2) 30g butter
3) 100g gula icing
4) 1 sudu besar jus perahan lemon
5) 1 sudu besar susu segar
6) 1 sudu teh esen vanilla

*Bagi saya, saya guna 1/2 adunan dah cukup untuk sebiji kek carrot ni.

Cara-cara:-

1) Putar cream cheese sampai creamy.
2) Masukkan bahan lain dan putar sampai sebati dan creamy.


Bukan susah pun nak buat kek carrot ni. Saya suka kek carrot yang plain, that's why tak letakkan extra bahan cam kacang walnut ke, nenas ke. Kalau nak letak jugak then I'll just go with chocolate chips. COKLAT sedap! So, kowang boleh adjust resepi ni dengan tambah maybe 80g kacang walnut untuk sape yang sukakan kekacang. Itu sahaja buat kali ni dan sekian. Assalamualaikum.

Saturday 10 August 2013

Raya Dengan Red Velvet Brownies

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Masih belum terlambat untuk Salam Dunia mengucapkan "Selamat Hari Raya- maaf zahir dan batin" kepada semua pembaca blog ini. Sokongan anda amatlah dihargai untuk blog ini.


Kali ni saya nak share resipi Red Velvet Brownies layered with cream cheese. Resepi ni sebijik cam resepi kek red velvet yang saya share sebelum ni, cuma yang bezanya butter yang digunakan hendaklah dicairkan or kowang boleh ganti dengan vegetable oil. Brownies ni saya layerkan dengan cream cheese. Resepinya saya olah dari sini. Credit to Chef Zack.

Red Velvet Brownies layered with cream cheese ni, sebenarnya saya buat untuk open house sepupu. S.E.D.A.P!

Bahan-bahan brownies:-

1) 250g tepung gandum
2) 1/2 sudu teh garam
3) 2 sudu besar (15g) serbuk koko
4) 1/2 cup (113g) unsalted butter yang dicairkan atau vegetable oil
5) 230g gula kastor
6) 2 biji telur
7) 1 sudu teh esen vanilla
8) 1 cup (240ml) buttermilk
9) 2 sudu besar pewarna merah
10) 2 sudu teh cuka
11) 1 sudu teh baking soda

kalau takde buttermilk, ambil susu segar pada suhu bilik sebanyak 240ml kemudian tambahkan 1 sudu besar cuka @ lemon juice. Biarkan selama 5-10 minit.

Bahan-bahan lapisan cheese:-

1) 125g cream cheese
2) 40g gula aising
3) 40g tepung gandum
4) 1 biji telur
5) 20ml air
6) 1/2 sudu teh esen vanilla


Cara-cara:-

1) Ayak serbuk koko, tepung, baking powder dan garam dalam satu bekas dan kacau.

2) Campurkan buttermilk dengan pewarna merah.

3) Dalam bekas lain, mix kan butter yang dicairkan dengan gula dan pukul sampai sebati. Masukkan telur satu persatu. Pukul sampai kembang. Masukkan esen vanilla, mix.

4) Kemudian masukkan bahan-bahan yang sudah diayak secara berselang seli dengan buttermilk. Masukkan tepung, mix, then masukkan buttermilk mix sampai habis kesemuanya.

5) Bila dah sebati, campurkan 1 sudu teh baking soda dan 2 sudu teh cuka sampai ada bubbles. Then cepat-cepat masukkan dalam batter yang dah dimix tadi ok! Kemudian terus masukkan dalam loyang @ springform loyang ye. Terus bake selama 25-30 minit. (Preheat oven 175°C)

6) Sementara tunggu kek masak, pukul cream cheese dengan gula sampai kembang. Masukkan telur dan pukul lagi. Masukkan pula tepung dan gaul rata. Akhir sekali masukkan air dan esen vanilla.

7) Bila adunan brownies red velvet dah siap, masukkan pula adunan cheese ke atasnya. Bakar dengan cara water bath pada suhu 160°C dengan menggunakan api bawah sahaja selama 15-20 minit atau sehingga masak.

8) Bila dah siap bakar, biarkan kek sejuk. Simpan dalam peti sejuk untuk rasa kek yang lebih sedap.

So, bolehlah try nak buat untuk open house nanti ya.


Sekian sahaja untuk kali ini. Assalamualaikum dan have a nice raya season.


Kongsi Resepi