Dr's Dessert

Dr's Dessert
Follow our instagram @drsdessert. Base in Kota Bharu, Kelantan. msg/whatsapp 019-4424904 untuk order.

Wednesday 5 February 2014

Resepi Lamb Chop dengan Sos Blackpepper

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sekali sekala kalau kita dah boring dengan makan nasi, bolehlah beralih ke menu Barat. Bagi variety sikit. Hidangan barat yang saya nak kongsikan untuk entri kali ini ialah Lamb chop with blackpepper gravy. Ni first time try buat lamb chop. Family kata sedap. Alhamdulillah. Resepi ni saya ambik dari blog kak Lina, sini. Credit to her for great recipe. :D Saya ada adjust sikit mengikut kesesuaian dan stok bahan yang ada.


Lamb Chop

Bahan-bahan:-

1) 5 keping daging kambing
2) 1/2 kiub pati ayam
3) 2 sudu besar sos tiram
4) 2 sudu besar kicap manis
5) 3 ulas bawang putih(tumbuk)
6) 1 cm halia(tumbuk)
7) Serbuk lada hitam
8) Sedikit minyak

Cara-cara:

1) Rendam daging kambing dengan air gandum selama 10 minit dan basuh dengan air secukupnya. Perah limau nipis ke atas daging kambing dan bilas selepas beberapa minit. Langkah ini bertujuan untuk menghilangkan hamis kambing.
2) Ketuk2 sikit bahagian isi daging kambing supaya daging tidak liat.
3) Lumurkan kepingan daging kambing dengan kiub ayam, diikuti dengan sedikit serbuk lada hitam. (kalau nak pedas, lebihkan)
4) Gaukan pula dengan sos tiram dan kicap manis.
5) Akhir sekali gaulkan daging dengan bahan yang ditumbuk.
6) Letakkan sedikit minyak supaya daging tak kering
7) Perap daging sekurang-kurangnya 1 jam. Digalakkan untuk perap semalaman supaya segala bahan perapan meresap ke dalam daging.
8) Bakar daging sehingga masak. Saya guna pan jer. Gunakan api kecil supaya daging masak sekata dan tidak hangus.

Daging kambing yang siap dibakar :D

Sos Blackpepper

Bahan-bahan:

1) 1 labu bawang besar holland (warna kuning) dicincang halus
2) 4 sudu besar (rata) tepung gandum
3) 1 kiub pati ayam
4) 2 sudu besar sos tiram
5) 2 sudu besar kicap manis (untuk gelapkan sos)
6) 4 sudu besar sos lada hitam (saya guna brand Life)
7) 1 sudu besar serbuk lada hitam (boleh tambah atau kurangkan mengikut citarasa)
8) 3 cawan air
9) 2 sudu besar minyak

Cara-cara:

1) Panaskan minyak dalam periuk,tumis bawang besar hingga layu dan wangi (jangan sampai garing nanti pahit lak)
2) Masukkan serbuk lada hitam dan tumis sekejap.
3) Masukkan tepung gandum (takyah bancuh ngan air) kacau selalu supaya tidak bergentel.
4) Masukkan air. Kacau sebati (guna hand whisk lagi senang nak kacau). Masukkan kiub ayam
5) Masukkan sos lada hitam, sos tiram dan kicap. Kacau sebati. :D

Sos blackpepper ni sesuai juga dimakan dengan kentang putar aka mashed potato. Memang sedap. Next entri saya akan share resipi mashed potato. :D


Lamb chop sedap kalau dimakan bersama coleslaw. Tapi malas punya pasal, saya tak buat. Hehe.


Sekian sahaja untuk kali ini. Selamat mencuba dan assalamualaikum.

1 comment:

  1. Nice blog, thanks for the Information! cold pressed oils is considered to be one of the most versatile natural oils today. you can try with this oil next time

    ReplyDelete

Kongsi Resepi