Dr's Dessert

Dr's Dessert
Follow our instagram @drsdessert. Base in Kota Bharu, Kelantan. msg/whatsapp 019-4424904 untuk order.

Friday 14 September 2012

Blueberry Cheese tart

Assalamualaikum and hi everyone.

Today, I want to share with you about blueberry cheese tart recipe. Actually I made this tart 2 weeks ago but got no time to share since I've been busy with academic and exhibition stuffs.

This recipe I took from here- Credit to Kak Ita. =D

Bahan-bahan (Crust):-

1) 170gm marjerin atau butter
2) 50gm gula aising
3) 1 biji telur Gred C
4) 290gm tepung gandum
5) 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara (Crust):-

1) Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
2) Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
3) Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
4) Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
5) Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
6) Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170°C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.

Crust

Bahan-bahan (Filling):-

1) Blueberry Filling secukupnya
2) 250gm cream cheese
3) 50gm gula kastor / gula halus
4) 1 biji telur Saiz B
5) ½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Blueberry Filling

Cara-cara (Filling):

1) Masukkan blueberry filling dalam piping bag untuk memudahkan proses kita meletakkan ia dalam shell tadi. Pipekan blueberry filling ke dalam setiap crust.


2) Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
3) Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.

Cream Cheese yang siap diputar

4) Masukkan cheese filling ke dalam crust.


5) Bakar selama 5 minit pada suhu 170°C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

Blueberry Cheese Tart =D

That's all for today. Selamat mencuba! Assalamualaikum.

"Barangsiapa yang menutupi aib seorang muslim maka Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat." (HR Muslim)

Wednesday 5 September 2012

Cheapest Chocolate Cake Topping

Assalamualaikum and hi guys.

Ada yang bertanya saya resepi topping kek coklat. So, kali ini saya nak share resepi topping kek coklat kek yang paling murah dan senang tapi yang penting SEDAP! So lepas ni dah tak payah beli cooking chocolate yang agak mahal. =D

Bahan-bahan:-

1) 1/4 cawan serbuk koko
2) 3 sudu besar tepung jagung
3) 1/2 cawan gula (boleh diadjust ikut citarasa sendiri)
4) 1 1/4 cawan susu segar (boleh juga air ditambah susu pekat manis- pun SEDAP, dah try)
5) 1 sudu besar majerin

Cara-cara:-

1) Kacau kesemua bahan 1-4 dan masak di atas api perlahan. Selalu kacau bagi mengelakkan topping berketul-ketul.
2) Bila dah likat dan masak, masukkan majerin, kacau sekejap dan SIAP! Bolehlah digunakan untuk menjadi topping kek coklat.

Meleleh tak? =P

Untuk resepi kek coklat, boleh tengok kat sini.

Sekian sahaja untuk kali ini dan Selamat Mencuba! Assalamualaikum and have a nice day. =D


p/s: Sape2 yang suka membeli-belah di ZALORA, bolehlah guna code ni, ZBAP1An semasa nak check out buat payment untuk dapatkan 15% discount. SELAMAT BERSHOPPING!

To those staying in Kota Bharu and nak order cake dari SALAM DUNIA, dialu-alukan untuk follow our ig >>>  @drsdessert.

"Orang yg memulakan salam adalah terlepas daripada sifat sombong dan takabbur" (HR Baihaqi)

Monday 3 September 2012

The Legend Of Chocolate Cake

Assalamualaikum and a very good day to all.

Hahaha. Tajuk kemain lagi! Today, I just want to share about the chocolate cake. Dulu-dulu I memang penggemar chocolate cake made by my cousins- Ma and Tie. Their chocolate cake is the best of all. Sure terangkat bila makan! Hari tu, for her open house, Ma asked me to help her make the cake using her recipe.

This time, kami steamed the cake. We made 2 whole chocolate cakes and of course with topping. Ma bought von houten cooking chocalate for the topping menjadikan kek coklat ni lagi legend. Hehe.

For the recipe, later, I'll share with you guys. For the time being, boleh refer sini untuk resepi kek coklat kukus. Pun boleh!

Menggoda tak? =P

To those staying in Kota Bharu and nak order cake dari SALAM DUNIA, dialu-alukan untuk follow our ig >>>  @dudesdessert.

Sekian sahaja untuk kali ini dan semoga bersua di lain hari. Assalamualaikum. =D

p/s: Sape2 yang suka membeli-belah di ZALORA, bolehlah guna code ni, ZBAP1An semasa nak check out buat payment untuk dapatkan 15% discount. SELAMAT BERSHOPPING!

To those staying in Kota Bharu and nak order cake dari SALAM DUNIA, dialu-alukan untuk follow our ig >>>  @drsdessert.

”Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas.” (Riwayat Bukhori dan Muslim)

Kongsi Resepi