Dr's Dessert

Dr's Dessert
Follow our instagram @drsdessert. Base in Kota Bharu, Kelantan. msg/whatsapp 019-4424904 untuk order.
Showing posts with label ayam. Show all posts
Showing posts with label ayam. Show all posts

Thursday, 24 April 2014

Resepi Ayam Hainan Kukus

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Jarang sekali dapat makan ayam yang dikukus ni. Sedap plus agak menyihatkan sebab kita tak guna minyak. Minyak yang ada bila dah masak pun adalah minyak dari ayam itu sendiri. Nak buat pun mudah, perap then kukus.



Bahan-bahan:-

1) 4-5 ketul ayam saiz sederhana
2) 1 inch halia
3) 2 ulas bawang putih
4) 1 sudu besar sos tiram
5) Garam secukup rasa

Cara-cara:

1) Potong bawang putih dan halia. Gaul ayam, sos tiram, sedikit garam, halia dan bawang putih.
2) Perap untuk sekurang-kurangnya setengah jam.
3) Kukus ayam selama 40 minit atau sehingga masak. Bolehlah dihidang bersama-sama nasi putih or nasi ayam.



Ayam hainan stim ada orang buat letak sedikit minyak bijan, tapi saya tak letak pun. Sekian sahaja untuk kali ini dan selamat mencuba. Assalamualaikum.

Sunday, 20 April 2014

Resepi Ayam Buttermilk

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Happy weekend kepada yang bercuti hari Ahad dan kepada yang bekerja or ada kelas macam saya, happy jugaklah. Apa menu nak masak tengah hari nanti? Kalau takde idea, bolehlah cuba ayam buttermilk, agak milky and creamy. Sedap gak makan dengan nasi.

So untuk ayamnya, boleh guna resepi chicken popcorn yang saya shared sebelum ni kat sini.


Bahan-bahan:

Chicken popcorn:
1) 4 ketul isi ayam bahagian dada saiz sederhana
2) 1 sudu besar tepung jagung
3) 1 sudu kecil serbuk kari daging/ayam
4) 1 sudu kecil garam
5) 1 biji telur

Buttermilk:
1) 3 sudu besar butter
2) 3 biji cili padi (depends on taste masing2, kalau nak pedas tmbah lagi, kalau x suka pedas, kurangkan)
3) 3/4 cawan susu segar
4) 2-3 tangkai daun kari
5) Garam (kalau guna unsalted butter) dan gula secukup rasa atau boleh jugak digunakan chicken stock.

Cara-cara:

1) Potong isi ayam kecil. Tabur tepung jagung, serbuk kari dan garam ke atas ayam dan gaul rata.
2) Masukkan telur dan gaul semua sehingga sebati. Perap selama 1 jam.
3) Panaskan minyak sehingga betul2 panas dan goreng chicken pop corn sehingga masak.
4) Sementara itu, panaskan butter. Tumis cili padi bersama-sama daun kari hingga naik bau.
5) Masukkan susu segar dan bahan-bahan lain dan masak sehingga pekat. Masukkan chicken popcorn dan siap. Bolehlah dihidang dengan nasi.


Manfaatkanlah cuti ini dengan melakukan aktiviti berfaedah. Sekian, selamat mencuba resipi ini dan assalamualaikum.

Saturday, 12 April 2014

Resepi Chicken Popcorn

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Jadi kali ni saya nak share resipi chicken popcorn. Chicken popcorn ni isi ayam dipotong kecik2 dan disalut tepung untuk digoreng. Memang sedap. Ngap macam tu pun boleh. Boleh jugak dimakan dengan roti tortilla buat ala2 KFC. Selain itu, chicken popcorn sesuai dijadikan lauk dimakan bersama nasi putih, nasi goreng atau makanan bergoreng lain.


Bahan-bahan:

1) 4 ketul isi ayam bahagian dada saiz sederhana
2) 1 sudu besar tepung jagung
3) 1 sudu kecil serbuk kari daging/ayam
4) 1 sudu kecil garam
5) 1 biji telur

Cara-cara:

1) Potong isi ayam kecil. Tabur tepung jagung, serbuk kari dan garam ke atas ayam dan gaul rata.
2) Masukkan telur dan gaul semua sehingga sebati. Perap selama 1 jam.
3) Panaskan minyak sehingga betul2 panas dan goreng chicken pop corn sehingga masak.


Kalau nak makan dengan roti tortilla, bolehlah dimakan bersama thousand island dressing dan salad yang sesuai. Macam KFC, sedap sangat. Boleh refer sini untuk resepi homemade roti tortilla.

Chicken popcorn ni jugak boleh dibuat ayam buttermilk. Nantikan next entri ya untuk resepi ayam buttermilk. Ok. Assalamualaikum. :D

Friday, 28 March 2014

Resepi Ayam Masak Sambal

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari Jumaat ni- hari yang mulia, eloklah kiranya memperbanyak ibadah kepada-Nya. InsyaAllah, semoga kita terus mendapat keberkatan dalam kehidupan seharian.

So, untuk entri kali ini, saya nak share resipi ayam masak sambal. SEDAP! Resepi yang saya share ni tak pedas, but it depends on cili kering yang kowang guna. Kalau guna yang pedas, maka berapilah sambal ayam ni.


Bahan-bahan:-

1) 6 ketul ayam saiz sederhana
2) 5 cili kering saiz sederhana*
3) 1 labu bawang merah besar*
4) 3 ulas bawang putih*
5) 1cm halia*
6) 1cm asam keping
7) Garam dan gula secukup rasa
8) Sedikit air
9) Minyak untuk menumis
10) 1/2 labu bawang besar dihiris

Bahan bertanda * dikisar dengan sedikit air

Cara-cara:-

1) Panaskan minyak. Tumis bahan yang dikisar sehingga garing dan pecah minyak. Kacau2 supaya bahan dikisar tak hangit.
2) Masukkan ayam, asam keping, sedikit air, gula dan garam secukup rasa. Biarkan seketika dan masukkan bawang besar yang dihiris.
3) Biarkan hingga ayam masak dan sambal menjadi pekat. Boleh dihidang.


Sapa kata susah nak buat sambal. Senang je kan. With practice, insyAllah resipi basic2 cam ni boleh master. :D Selamat mencuba dan assalamuaikum. :D

Wednesday, 26 March 2014

Resepi Ayam Goreng Kunyit

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semua orang suka ayam kan? Ayam sedap kut lagi2 yang juicy2 tu. Tapi bila kita goreng ayam, it tend to hilang kelembapan kan? Hari ni saya nak share cara bagaimana nak goreng ayam guna kunyit dan garam macam biasa tapi still juicy inside.


Sejak tengok masterchef ni, feeling dia lain sikit bila masak. Dari hari ke hari, taste kena improved. Even ayam goreng simple pun kena improved kan?

Bahan-bahan:

1) Ayam (bahagian dada)
2) Kunyit hidup (nak guna serbuk kunyit pun OK jer)
3) Garam
4) 1 labu bawang besar
5) 1/2 Lada hijau

Cara-cara:

1) Tumbuk kunyit hidup dengan garam. (agak2 ya)
2) Potong dadu ayam. (saiz sederhana)
3) Gaul ayam bersama-sama garam kunyit.
4) Panaskan minyak (sedikit ajer- tak banyak macam goreng biasa). Masukkan semua sekali ayam. Biarkan seketika, masukkan bawang besar dan lada hijau yang dipotong. Biarkan sehingga masak. Siap. :D


Sekian sahaja untuk kali ini. Assalamualaikum. :D

Tuesday, 18 December 2012

Super Simple yet Special Ayam Goreng

Assalamualaikum and hi guys.

So, what's up guys?? This week, I've been quite relax since banyak gap and tak banyak lecture. =D. By the way, busy pulak buat gigi palsu. Long way to go to become a dentist. =D

Enough with that, today, saya nak share super simple yet special ayam goreng recipe. Semua orang boleh buat and the taste is marvellous. =D

Ayam goreng ni sesuai dimakan dengan nasi lemak, nasi goreng, or even nasi putih. Untuk resipi nasi lemak, boleh click here, credit to Kak Ita.

Sedapnya!

Bahan-bahan:-

1) Seekor ayam (dipotong 12)
2) 2 biji telur (siap dipukul)
3) Tepung ayam goreng ADABI =D

Cara-cara:-

1) Gaulkan ayam dengan telur yang dipukul hingga rata.
2) Lumurkan satu demi satu ayam dengan tepung goreng ADABI sehingga habis.
3) Panaskan minyak dan pastikan minyak betul-betul panas untuk menggoreng. Gunakan api sederhana bagi mengelakkan ayam hangus dan goreng ayam sehingga masak.
4) SIAP untuk dihidang.


Sekian sahaja untuk kali ini. Selamat mencuba and peace be upon you! =D

"Sesungguhnya kejujuran itu menunjukkan pada kebaikan, dan kebaikan itu menunjukkan kepada syurga." (HR Bukhari)

Friday, 30 March 2012

Chicken Chop?

Assalamualaikum and what's up there?

Chicken Chop is one of the popular Western's food in Malaysia. There are variety of chicken chop with different style of cooks, gravy and texture. But for me, I like the most the one with black pepper gravy. For this entry, saya akan listkan beberapa chicken chop yang dah saya tried kat sekitar Kelantan ni. Nomnomnom!


@D'Klasik Kopitiam

Chicken chop D'klasik ni ok jer. Tp gravy sikit sangat, if they can put more, it'll be much better. Price dia standard kopitiam lah. Yang ni special punye, I think around rm12++. Kawan belanja, so tak ingat harga. D'Klasik Kopitiam is located in front of USM Kubang Kerian.


@Selera Cik Siti

Restoran Selera Cik Siti ni beroperasi 24 jam and memang popular dengan chicken chopnya. So, tak hairanlah rata-rata yang datang sini order chicken chop. It's served with garlic bread, coleslaw and some salads. By the way, the gravy is brown sauce. So, saya tak suka sangat tapi portion chicken chop quite besar lah. Kenyang makan. Alhamdulillah. Harga rm8.


@Cafe Harmoni

Harga chicken chopnya murah and sangat sesuai untuk student yang ingin sekali sekala menukar selera makan ke Western food. Harga rm6 without rice and rm7 with rice. Gravy black paper! So, kind of nice for me. Cafe Harmoni ni located in Usm Kubang Kerian, area between its library and Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP).


@PK Corner

I think this is my most favaourite chicken chop right now. The chicken is crispy and black paper gravy is a lot enough. The portion is big! Mahu tersadai kenyang lepas makan. Harga rm7.50. Oklah. This restaurant situated in bandar Kota Bharu at traffic light Kamdar and opposite to CIMB Bank Jalan Kebun Sultan.

That's all from me. Kalau visit Kelantan, jangan lupa try chicken chop at these four restaurants. See you next time. Assalamualaikum.

"Kami hidupkan bumi itu dan Kami keluarkan daripadanya biji-bijian, maka daripadanya mereka makan" (36:33)

Kongsi Resepi