Dr's Dessert

Dr's Dessert
Follow our instagram @drsdessert. Base in Kota Bharu, Kelantan. msg/whatsapp 019-4424904 untuk order.

Sunday 24 November 2013

Banana Smoothie

Assalamualaikum and salam sejahtera.

Breakfast sangat2 penting. The correct choice of breakfast can help you concentrate and give you strength, even help you maintain a healthy weight. Can click here to find out why breakfast is really important. Bagi mereka yang tak lalu nak makan pagi2 hari, banana smoothie boleh dijadikan pilihan. Full of energy to boost your brain for the day.


Bahan-bahan:

1) 1 biji pisang (any pisang yang kowang rasakan sedap)
2) 1 sudu besar susu pekat manis (boleh diadjust mengikut cita rasa masing)
3) Beberapa ketul ais
4) Air secukupnya (boleh digantikan dengan susu segar untuk rasa lagi umpph!)

Cara-cara:

1) Campurkan semua dalam blender. Blend sehingga semua sebati. SIAP!


Senang kan? Nampak pekat kan smoothie saya ni. Baru umpph! Smoothie ni jugak sesuai bagi mereka yang tengah nak diet. Sekian sahaja untuk kali ni dan assalamualaikum.

Friday 22 November 2013

Resepi Donut Mudah dan Gebu

Assalamualaikum and salam sejahtera.

Sedar tak sedar blog 'Salam Dunia' telah mencapai page view melebihi 200,000. Terima kasih tak terhingga kepada yang terus menyokong blog ini. Hari ni saya nak share resepi donut yang mudah, tapi paling penting gebu dan sedap. Resepi ni saya ambik kat sini. Credit to iezamel78.


Saya just buat donut ball. Hehe. Senang sikit.

Bahan-bahan:-

1) 3 cawan tepung gandum
2) 1 cawan air suam kuku
3) 2 sudu besar mentega
4) 6 sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi yang tak suka manis)
5) 3 sudu besar susu pekat manis
6) 1 paket yis (jenama mauripan)
7) 1 biji telur
8) Secubit garam
9) Gula aising atau coklat masakan

Cara-cara:

1) Cairkan mentega dan ketepikan.
2) Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut. Masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit.
3) Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair dan secubit garam.
4) Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur dan garam tadi. Kacau.
5) Masukkan campuran yis ke dalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul sebati dengan senduk kayu. Biar adunan lagi selama 45 minit.
6) Banyakkan tepung di tangan supaya adunan tak melekat (adunan memang agak lembik). Ambil sedikit adunan dan bulatkan.


7) Sediakan minyak untuk menggoreng. Gunakan api sederhana. Alih selalu supaya dapat warna yang sekata. Setelah agak kekuningan bolehlah diangkat. Tabur gula aising atau hias dengan coklat masakan yang dicairkan.


Bagi saya penggemar coklat, saya lebih suka donut ball disalut dengan coklat daripada just gula aising. Memang S.E.D.A.P! Donut ni sesuai dihidangkan untuk sarapan, minum pagi or untuk jamuan.


Sekian sahaja untuk entri kali ini. Selamat mencuba dan assalamualaikum.

Monday 4 November 2013

Resepi Puding Roti Bakar

Assalamualaikum and salam sejahtera.

Semalam, kemenangan tak menyebelahi team The Red Warriors. Huhu. Tewas 1-0 kepada team Pahang. Tahniah diucapkan kepada team Pahang and kepada TRW, jangan putus asa.

Hari ni, saya nak share satu lagi resipi yang saya baru try kelmarin. Memang sedap puding roti bakar ni. Lebih kurang sebulan yang lalu, saya ade share resipi puding roti jugak, tapi yang tu kukus punya. Nak resepinya, boleh click kat sini.

Kali ni, untuk resepi puding roti BAKAR, saya ambik resepi dari blog kak Hana. Boleh click kat sini untuk visit blognya. Credit to kak Hana. Tapi saya tak buat pun sos kastad untuk dimakan bersama-sama puding ni, masak jer terus ngap! Hehe, malas.


Bahan-bahan:-

1) 8 keping roti
2) 500 ml (2 cawan) susu segar* (saya guna susu tepung yang dibancuh)
3) 4 sudu besar gula halus* (saya just letak 3 sudu besar gula pasir)
4) 2 biji telur*
5) 1 sudu teh esen vanilla*
6) 2 sudu besar butter - cairkan
7) 3 sudu besar kismis


Cara-cara:

1) Satukan bahan-bahan yang bertanda *. Koyak2kan roti dan masukkan ke dalam mangkuk tadi. Biarkan terendam dan meresap seketika.
2) Masukkan separuh kismis dan juga butter cair. Gaul sebati. Kemudian tuang ke dalam loyang/bekas yang telah digris dengan sedikit butter. Taburkan baki kismis ke atas adunan.
3) Bakar pada suhu 175°C selama 30 minit atau sehingga masak.

Masak2 jer, terus potong and ngap! Memang sedap!

Bagi sape yang sukakan sejuk, bolehlah disimpan di dalam peti ais sebelum dihidangkan.

Jemputlah makan. ;D

Itu sahajalah untuk kali ni. Moga bersua di lain ketika. Assalamualaikum.

Sunday 3 November 2013

Semarakkan Red Warriors dengan RED VELVET BROWNIES

Assalamaualaikum and salam sejahtera.

Tajuk entri hari ni sound kenegerian sikit. Hehe. Sorrylah. "Gomo kelate gomo!", hari ni 3 Nov 13, Red Warriors akan menentang skuad negeri Pahang di perlawanan akhir Piala Malaysia 2013. Semoga berjaya kepada team Red Warriors dalam mengekalkan kejuaraan musim lalu dan diharapkan game malam ni mantap habis.

Dengan semangat merah berkobar-kobar ini, sesuai sangatlah kalau disemarakkan dengan Red Velvet Brownies layered with cheese. Resepi ni saya dah share dalam entri yang sebelum ni. Tapi takpe, saya akan reshare sekali lagi.


Bahan-bahan brownies:-

1) 250g tepung gandum
2) 1/2 sudu teh garam
3) 2 sudu besar (15g) serbuk koko
4) 1/2 cup (113g) unsalted butter yang dicairkan atau vegetable oil
5) 230g gula kastor
6) 2 biji telur
7) 1 sudu teh esen vanilla
8) 1 cup (240ml) buttermilk
9) 2 sudu besar pewarna merah
10) 2 sudu teh cuka
11) 1 sudu teh baking soda

*kalau takde buttermilk, ambil susu segar pada suhu bilik sebanyak 240ml kemudian tambahkan 1 sudu besar cuka @ lemon juice. Biarkan selama 5-10 minit.

Bahan-bahan lapisan cheese:-

1) 125g cream cheese
2) 40g gula aising
3) 40g tepung gandum
4) 1 biji telur
5) 20ml air
6) 1/2 sudu teh esen vanilla

Cara-cara:-

1) Ayak serbuk koko, tepung, baking powder dan garam dalam satu bekas dan kacau.

2) Campurkan buttermilk dengan pewarna merah.

3) Dalam bekas lain, mix kan butter yang dicairkan dengan gula dan pukul sampai sebati. Masukkan telur satu persatu. Pukul sampai kembang. Masukkan esen vanilla, mix.

4) Kemudian masukkan bahan-bahan yang sudah diayak secara berselang seli dengan buttermilk. Masukkan tepung, mix, then masukkan buttermilk mix sampai habis kesemuanya.

5) Bila dah sebati, campurkan 1 sudu teh baking soda dan 2 sudu teh cuka sampai ada bubbles. Then cepat-cepat masukkan dalam batter yang dah dimix tadi ok! Kemudian terus masukkan dalam loyang @ springform loyang ye. (Simpan dalam 3 sudu besar adunan batter jika nak buat corak macam saya buat tu) Terus bake selama 25-30 minit. (Preheat oven 175°C)

6) Sementara tunggu kek masak, pukul cream cheese dengan gula sampai kembang. Masukkan telur dan pukul lagi. Masukkan pula tepung dan gaul rata. Akhir sekali masukkan air dan esen vanilla.

7) Bila adunan brownies red velvet dah siap, masukkan pula adunan cheese ke atasnya. Untuk corak, masukkan adunan batter yang disimpan ke dalam piping bag dan pipekan secara melintang macam gambar di bawah.


8) Gunakan lidi and just lalukan ke atas adunan batter. Bakar dengan cara water bath pada suhu 160°C dengan menggunakan api bawah sahaja selama 15-20 minit atau sehingga masak.

Hasilnya tak smooth sangat, tapi bolehlah kan?

8) Bila dah siap bakar, biarkan kek sejuk. Simpan dalam peti sejuk untuk rasa kek yang lebih sedap.


Tempahan dibuka sekarang. Hehe. JK.


Sekian sahaja untuk kali ini dan selamat mencuba! GOMO KELATE GOMO. Assalamualaikum.

Kongsi Resepi