Dr's Dessert

Dr's Dessert
Follow our instagram @drsdessert. Base in Kota Bharu, Kelantan. msg/whatsapp 019-4424904 untuk order.

Thursday, 27 December 2012

Kek Span Strawberry

Assalamualaikum and a very good day.

Kek Span Strawberry or strawberry spongue cake which I'm going to share is seriously SEDAP, GEBU and most important is SIMPLE. Tak menyesal buat. Buat sekali nak lagi. =D


Resipi ini saya ambil kat My Resipi shared by sweet 4ever. Credit to her. =D

Bahan-bahan:-

1) 150 gm tepung superfine
2) 120 gm gula kastor
3) 5 biji telur
4) 1 sudu besar ovalette
5) 80 ml susu segar
6) 80 ml minyak masak
7) 1 sudu teh pes strawberry
8) 1 sudu teh serbuk penaik
9) Sedikit pewarna pink
10) Jem strawberry secukupnya untuk filling

Cara-cara:-

1) Satukan gula, ovalette, tepung, serbuk penaik dan telur dalam mangkuk adunan. Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi (depends kepada kelajuan pengadun masing-masing).
2) Perlahankan kelajuan dan masukkan susu segar, pes strawberry dan sedikit pewarna pink. Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 5 minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
3) Tuangkan minyak ke dalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
4) Bakar selama 45 minit atau hingga masak pada suhu 170°C.
5) Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek untuk lebih kurang 5 minit bagi mengelakkan kek kempis.
6) Selepas kek dibiarkan sekurang-kurangnya 2 jam untuk sejuk, potong kek kepada 2 atau 3 lapisan dan disapu jem strawberry secukupnya. SIAP!

MINE!

Tak sempat nak snap pictures from side view untuk tengok kek with filling sebab bila start potong jer, semua duk makan and sekejap jer dah habis. Alhamdulillah. =D

Selamat mencuba dan peace be upon you.

"Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan lain)," (Asy-Syarh:7)

Saturday, 22 December 2012

Fenomena Durian Crepe

Assalamualaikum and hello there.

I just want to share with you about durian crepe. We can say that durian crepe dah jadi fenomena dessert yang melanda Malaysia.

Fenomena Durian Crepe!

Ingat lagi first time nak pergi beli durian crepe dengan amsyarbakery. Diaorang buat car boot sale kat tepi nirwana kubang kerian jam 8-9 malam. Kalau tak silap, tarikhnya 21 November 2012.

Saya pergilah dengan kawan saya, aiman. We went there pukul 7.45 lagi untuk tunggu. So, plan nak beli about 7 packets. Kawan-kawan lain kirim. Time menunggu tu, we can see some people waiting here and there, seolah-olah ada something yang akan berlaku. Gigih menunggu, about 8pm, my friend can smell durian. Ape lagi tengok sini sana and there! Can see people berlari2 ke arah satu tempat. Ape lagi kitaorg pergi ikut sekali.

Sampai jer, penuh orang kat situ. Penjual sampai tak boleh nak bukak bonnet untuk ambil stok until he asked everyone to settle down. My friend and I just look and wait outside the crowd. Tak nak rebut2. Tapi in 5 MINUTES, 2 big boxes full of durian crepe SOLD OUT! In just 5 MINUTES!

Alhamdulillah, he still got another box in the car. Then, he said, "Untuk bagi adil and semua dapat rasa, setiap orang dapat beli 1 packet jer." Saya pun ape lagi cepat2 join the crowd and luckily can buy 1 packet.

That was my first time tasting durian crepe. It was absolutely amazing. The taste was really pure with durian flesh. Actually tak cukup 1 packet for both of us at that moment. 1 packet ade 6 biji. Kitaorg masing2 makan dua biji, lagi 2 biji bagi kat roomate yang lain.

SEDAP giler!

Sekarang makin banyak yang buat durian crepe ni. So, klu nak try, boleh visit blog masam manis, Cik Epal dan banyak lagi blog lain.

Last week, baru beli 1 packet durian crepe rm10/8 biji dengan Arena Durian Crepe KB. Pun SEDAP!


Sekian sahaja entry buat kali ini. Bagi yang ingin cuba membuat durian crepe, selamat bercrepe! Assalamualaikum.

"Tidak akan miskin seseorang individu itu sekiranya dia suka bersedekah tidak kira masa dan tempat."

Tuesday, 18 December 2012

Super Simple yet Special Ayam Goreng

Assalamualaikum and hi guys.

So, what's up guys?? This week, I've been quite relax since banyak gap and tak banyak lecture. =D. By the way, busy pulak buat gigi palsu. Long way to go to become a dentist. =D

Enough with that, today, saya nak share super simple yet special ayam goreng recipe. Semua orang boleh buat and the taste is marvellous. =D

Ayam goreng ni sesuai dimakan dengan nasi lemak, nasi goreng, or even nasi putih. Untuk resipi nasi lemak, boleh click here, credit to Kak Ita.

Sedapnya!

Bahan-bahan:-

1) Seekor ayam (dipotong 12)
2) 2 biji telur (siap dipukul)
3) Tepung ayam goreng ADABI =D

Cara-cara:-

1) Gaulkan ayam dengan telur yang dipukul hingga rata.
2) Lumurkan satu demi satu ayam dengan tepung goreng ADABI sehingga habis.
3) Panaskan minyak dan pastikan minyak betul-betul panas untuk menggoreng. Gunakan api sederhana bagi mengelakkan ayam hangus dan goreng ayam sehingga masak.
4) SIAP untuk dihidang.


Sekian sahaja untuk kali ini. Selamat mencuba and peace be upon you! =D

"Sesungguhnya kejujuran itu menunjukkan pada kebaikan, dan kebaikan itu menunjukkan kepada syurga." (HR Bukhari)

Friday, 14 December 2012

Special icing for cupcakes =D

Assalamualaikum and hi there!

How all of you doing? I hope all of you are fine with the blessings from Allah S.W.T. Today I'm going to share with you on how to make an icing to decorate your cupcakes.

Mine! What about yours? Feel free to share with me. =D

Ingredients:-

1) 1/2 cup shortening
2) 1/2 cup butter
3) 1 teaspoon vanila essence
4) 3 cups icing sugar (sifted at least 2 times)
5) 2 tablespoons milk
6) Any colouring for decoration =D

Methods:

1) Firstly, beat butter and shortening at high speed (maximum speed of your electric mixer) until smooth and creamy.
2) Then, add vanilla essence.
3) Add the icing sugar cup by cup and beat it.
4) Lastly, add the milk and beat it until light and fluffy for 8-10minutes.

Jemput makan.

That's all for today. Any inquires, leave the comment below. Peace be upon you. =D

"Dan untuk (memenuhi perintah) Tuhanmu, bersabarlah." (Al Muddastir:7﴿

Tuesday, 20 November 2012

Steamed Carrot Cake with Cream Cheese Topping

Assalmualaikum and hello there.

Today I just want to share on how to make cream cheese topping. It's suitable to be eaten with red velvet and carrot cake. For red velvet recipe, you can click here and for carrot cake recipe, you can click here.

Ingredients:-

1) 250gm cream cheese
2) 30gm butter
3) 100gm icing sugar
4) 1 tablespoon lemon juice
5) 1 tablespoon fresh milk
6) 1 teaspoon vanilla essence

*1/2 the mixture is enough for one whole cake but it depends, if you want super duper creamy, then just follow amounts stated above.

Method:-

1) Mix cream cheese until it looks creamy.
2) Add in other ingredients and mix them until well blended.


tadaa!!

Jemput makan!

That's all from me for today and Selamat Mencuba. Assalamualaikum.
"Sesungguhnya Allah mencintai hamba-Nya yg selalu taqwa, selalu merasa cukup, dan berusaha menyembunyikan amal." (HR.Muslim)

Friday, 9 November 2012

Chilled Blueberry Cheesecake

Assalamualaikum and hello everyone.

It had been a long time I didn't update my blog. So sorry since I've been busy for my 2nd year of dentistry. Banyak sangat things that I have to do.

Today, pada hari Jumaat yang mulia ini, saya nak share resipi Chilled Blueberry Cheesecake. Nyum, nyum!! Senang dan sedap!


Bahan-bahan (base):-

1) 180 gm biskut digestive
2) 90 gm mentega

Bahan-bahan (cake):-

1) 200ml krim putar (whipping cream)
2) 200ml blueberry yoghurt
3) 500gm krim keju (Cream cheese)
4) 240gm gula kastor
5) 2 sudu besar jus perahan lemon
6) 30gm gelatin "halal"
7) 180ml air panas

Topping:-

1) 250gm blueberry filling
2) 50ml air
3) 1 camca teh gelatin "halal"
4) 1 camca teh jus perahan lemon
5) 2 sudu besar gula (ikut rasa masing, kalau suka manis lebihkan)

Cara-cara:-

1) Sediakan loyang yang boleh bukak base dia.
2) Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk.
3) Cairkan mentega dan kacau dengan biskut yang dihancurkan dengan rata.
4) Tuangkan adunan tersebut ke dalam loyang tadi. Tekankan adunan ini agar menjadi rata. Sejukkan dalam peti ais selama lebih kurang 30 minit agar menjadi keras.
5) Putar whipping cream sehingga bertanduk. Kemudian campurkan yoghurt dan gaul sebati. Ketepikan dan simpan dalam peti ais.
6) Masukkan gelatin ke dalam air panas dan kacau hingga sebati. Untuk lebih sebati, masukkan dalam microwave. Sejukkan sebelum digunakan.
7) Putar krim keju bersama-sama gula dan jus perahan lemon sehingga sebati.
8) Masukkan larutan gelatin dan putar.
9) Kemudian tuangkan adunan ini ke dalam bekas yg berisi whipping cream + yoghurt tadi dan gaul rata dengan menggunakan whisk atau spatula.
10)Keluarkan adunan biskut dalam peti ais. Tuangkan adunan cake base biskut dan ratakan. Sejukkan semula dlm peti ais.

Cara-cara (topping):-

1) Masak blueberry filling + air + jus perahan lemon + gula untuk seketika sehingga adunan sebati. Sejukkan sebelum digunakan.
2) Setelah filling sejuk, larutkan gelatin dengan sedikit air panas.
3) Gaul larutan gelatin dengan blueberry filling yang telah dimasak hingga sebati.
4) Tuangkan topping ke atas adunan cake dan sejukkan untuk 3-4 jam sebelum dihidang.

Sebab hari tu buat blueberry cheesecake untuk anak saudara, Angah, so buatlah sedikit childish deco. Hehehe.


Jemput makan!

Kalau orang tanya cheesecake, saya prefer chilled cheesecake compared to yang bakar sebab cheesecake yang bakar cerewet cikit sebab guna teknik water bath. :P

Sekian sahaja untuk entry kali ini dan Selamat mencuba! Assalamualaikum.

"Dan kepunyaan Allah-lah apa yang di langit dan apa yang di bumi. Cukuplah Allah sebagai Pemelihara."﴾An Nisaa:132﴿

Friday, 14 September 2012

Blueberry Cheese tart

Assalamualaikum and hi everyone.

Today, I want to share with you about blueberry cheese tart recipe. Actually I made this tart 2 weeks ago but got no time to share since I've been busy with academic and exhibition stuffs.

This recipe I took from here- Credit to Kak Ita. =D

Bahan-bahan (Crust):-

1) 170gm marjerin atau butter
2) 50gm gula aising
3) 1 biji telur Gred C
4) 290gm tepung gandum
5) 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara (Crust):-

1) Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
2) Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
3) Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
4) Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
5) Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
6) Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170°C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.

Crust

Bahan-bahan (Filling):-

1) Blueberry Filling secukupnya
2) 250gm cream cheese
3) 50gm gula kastor / gula halus
4) 1 biji telur Saiz B
5) ½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Blueberry Filling

Cara-cara (Filling):

1) Masukkan blueberry filling dalam piping bag untuk memudahkan proses kita meletakkan ia dalam shell tadi. Pipekan blueberry filling ke dalam setiap crust.


2) Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
3) Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.

Cream Cheese yang siap diputar

4) Masukkan cheese filling ke dalam crust.


5) Bakar selama 5 minit pada suhu 170°C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

Blueberry Cheese Tart =D

That's all for today. Selamat mencuba! Assalamualaikum.

"Barangsiapa yang menutupi aib seorang muslim maka Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat." (HR Muslim)

Wednesday, 5 September 2012

Cheapest Chocolate Cake Topping

Assalamualaikum and hi guys.

Ada yang bertanya saya resepi topping kek coklat. So, kali ini saya nak share resepi topping kek coklat kek yang paling murah dan senang tapi yang penting SEDAP! So lepas ni dah tak payah beli cooking chocolate yang agak mahal. =D

Bahan-bahan:-

1) 1/4 cawan serbuk koko
2) 3 sudu besar tepung jagung
3) 1/2 cawan gula (boleh diadjust ikut citarasa sendiri)
4) 1 1/4 cawan susu segar (boleh juga air ditambah susu pekat manis- pun SEDAP, dah try)
5) 1 sudu besar majerin

Cara-cara:-

1) Kacau kesemua bahan 1-4 dan masak di atas api perlahan. Selalu kacau bagi mengelakkan topping berketul-ketul.
2) Bila dah likat dan masak, masukkan majerin, kacau sekejap dan SIAP! Bolehlah digunakan untuk menjadi topping kek coklat.

Meleleh tak? =P

Untuk resepi kek coklat, boleh tengok kat sini.

Sekian sahaja untuk kali ini dan Selamat Mencuba! Assalamualaikum and have a nice day. =D


p/s: Sape2 yang suka membeli-belah di ZALORA, bolehlah guna code ni, ZBAP1An semasa nak check out buat payment untuk dapatkan 15% discount. SELAMAT BERSHOPPING!

To those staying in Kota Bharu and nak order cake dari SALAM DUNIA, dialu-alukan untuk follow our ig >>>  @drsdessert.

"Orang yg memulakan salam adalah terlepas daripada sifat sombong dan takabbur" (HR Baihaqi)

Monday, 3 September 2012

The Legend Of Chocolate Cake

Assalamualaikum and a very good day to all.

Hahaha. Tajuk kemain lagi! Today, I just want to share about the chocolate cake. Dulu-dulu I memang penggemar chocolate cake made by my cousins- Ma and Tie. Their chocolate cake is the best of all. Sure terangkat bila makan! Hari tu, for her open house, Ma asked me to help her make the cake using her recipe.

This time, kami steamed the cake. We made 2 whole chocolate cakes and of course with topping. Ma bought von houten cooking chocalate for the topping menjadikan kek coklat ni lagi legend. Hehe.

For the recipe, later, I'll share with you guys. For the time being, boleh refer sini untuk resepi kek coklat kukus. Pun boleh!

Menggoda tak? =P

To those staying in Kota Bharu and nak order cake dari SALAM DUNIA, dialu-alukan untuk follow our ig >>>  @dudesdessert.

Sekian sahaja untuk kali ini dan semoga bersua di lain hari. Assalamualaikum. =D

p/s: Sape2 yang suka membeli-belah di ZALORA, bolehlah guna code ni, ZBAP1An semasa nak check out buat payment untuk dapatkan 15% discount. SELAMAT BERSHOPPING!

To those staying in Kota Bharu and nak order cake dari SALAM DUNIA, dialu-alukan untuk follow our ig >>>  @drsdessert.

”Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas.” (Riwayat Bukhori dan Muslim)

Sunday, 26 August 2012

Red Velvet Untuk Raya

Assalamualaikum and hi guys.

Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir dan batin kepada semua. 0-0 ya andai ada entri saya menyinggung perasaan. By the way, for 1st Syawal yang lalu, I made Red Velvet. Nak bagi kelainan sikit raya tahun ni. Biasa duk buat kek coklat kukus jer. Bagi happening dan ceria sikit dengan merah kek red velvet.

Mengancam tak? =P

Untuk resepi, saya guna jer resipi yang biasa saya guna. Semua cakap ok dan lulus untuk jual. Boleh bukak bisnes ni! Hehehe. Resipi credit to Dr Intan.

Bahan-bahan:-

1) 250gm tepung gandum
2) 1/2 sudu teh garam
3) 2 sudu besar (15gm) serbuk koko
4) 1/2 cup (113gm) unsalted butter
5) 230gm gula
6) 2 biji telur
7) 1 sudu teh esen vanilla
8) 1 cup ( 240ml) buttermilk
9) 2 sudu besar pewarna merah
10) 1 sudu teh cuka
11) 1 sudu teh baking soda

kalau takde buttermilk, ambil susu segar pada suhu bilik sebanyak 240ml kemudian tambahkan 1 sudu besar cuka @ lemon juice. Biarkan selama 5-10 minit.

Cara-cara:-

1) Ayak serbuk koko dan tepung dalam satu bekas dan kacau.

2) Campurkan buttermilk dengan pewarna merah.

3) Dalam bekas lain, mix kan butter sampai kembang dan creamy, kemudian tambah gula dan pukul lagi sampai kembang dan sebati. Masukkan esen vanilla, mix. Masukkan telur satu persatu. Lepas satu biji telur, mix. Kemudian masukkan satu lagi telur dan mix lagi.

4) Kemudian masukkan tepung+koko yang sudah diayak secara berselang seli dengan buttermilk. Masukkan tepung, mix, then masukkan buttermilk mix sampai habis kesemuanya.

5) Bila dah sebati, campurkan 1 sudu teh baking soda dan 1 sudu teh cuka sampai ada bubbles. Then cepat-cepat masukkan dalam batter yang dah di mix tadi ok! kemudian terus masukkan dalam loyang @ springform loyang ye. Terus bake selama 25-30 minit. (Preheat oven 175°C)

6) Bila kek dah siap bake, sejukkan dalam peti ais beberapa jam supaya senang nak dibelah nanti, sebab lepas masak ni, kek agak fragile.

Siap dibakar! Bersedia untuk frosting

Saya siap-siap bahagikan kek kepada 3 adunan sebelum bakar so that after bakar, saya tak perlu potong kepada 3 lapisan. =D

Untuk frosting kali ini, saya pilih untuk buat traditional vanilla frosting. SEDAP dan CREAMY!

Bahan-bahan frosting:-

1) 7sb tepung
2) 2 cawan susu segar
3) 2 cawan unsalted butter
4) 2 cawan gula aising (boleh kurangkan kalau tak nak manis)
5) 2sth esen vanilla

Cara-cara:-

1) Dalam periuk, masukkan tepung dan susu dan sentiasa kacau sehingga menjadi likat dan berbuih lebih kurang 10-15 minit. Kerap kacau supaya tak berketul2. Better guna whisk.

2) Dalam mangkuk lain pukul butter sehingga berkrim dan masukkan gula aising pukul sehingga fluffy (kembang). masukkan esen vanilla. Kemudian, masukkan adunan susu dan tepung yang telah sejuk tadi, pukul sehingga putih dan lembut. Walaupun kelihatan seperti adunan butter dan susu seperti berpecah, jgn risau pukul lagi.

In the Making!

Hias kek mengikut citarasa anda. Untuk saya, ini hasilnya =D:-


Nyum nyum!

To those staying in Kota Bharu and nak order cake dari SALAM DUNIA, dialu-alukan untuk follow our ig >>>  @drsdessert.

Sekian sahaja untuk entry kali ini. Semoga berjumpa lagi dan selamat mencuba. Assalamualaikum.
"Sungguh Allah wajibkan kamu berlaku ihsan (baik) dalam segala hal." (HR. Muslim)

Friday, 10 August 2012

Simplest Durian Cake

Assalamualaikum and hello there!

Today, saya nak share simplest durian cake recipe! Sedap, moist2 ckit and mantap! Hahaha. Actually dah lama nak buat kek ni tapi hajat tak kesampaian sebab susah nak cari isi yang betul2 sedap, durian mahal and bukan musimnya. However, last 2 weeks, since sekarang musim durian, ramai yang bagi durian kat rumah nenek ni. Murah rezeki. Isinya manis-manis dan sedap. So, ape lagi, saya pun decide lah nak buat kek durian ni.

Kek durian ni tak susah pun. Simple jer. Boleh buat untuk juadah berbuka dan juga ketika hari raya.


Nyum!

Sedap sangat kek ni sebab saya ni memang penggemar durian yang TEGAR! =D

Bahan-bahannya:-

1) 1 1/2 cawan tepung naik sendiri-self rising flour (kalau guna tepung biasa, ayak dgn 1 sudu teh baking powder)
2) 1/2 cawan gula pasir (Boleh tambah kalau nak manis)
3) 1 biji telur
4) 3/4 cawan bancuhan 6 ulas durian + susu segar
5) 1/3 sudu teh garam
6) 3/4 cawan minyak jagung (minyak masak pun boleh)
7) 1/2 sudu teh soda bicarbonate

Cara-caranya:-

1) Putar telur, gula, garam & bancuhan durian hingga gula hancur.
2) Masukkan minyak dan soda bicarbonate.
3) Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar sehingga sebati.
4) Griskan loyang dengan butter dan masukkan adunan kek.
5) Bakar pada suhu 165°C selama lebih kurang 35 minit atau sehingga kek masak.

Resepi ini saya ambik kat MyResipi dan saya olah sedikit mengikut citarasa saya. Credit to KakBesah yang share resipi kat situ. =D

Sekian sahaja untuk kali ini. Manfaatkanlah fasa ke3 bulan Ramadhan- pembebasan api neraka dengan memperbanyak amalan-amalan sunat sebagai topup untuk amalan wajib dan untuk mendapat manfaat lailatul qadar. Assalamualaikum.

"Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (HR. Bukhari)

Friday, 3 August 2012

Rawatan Gigi Ketika Berpuasa

Assalamualaikum and hi guys.

Cam maner dengan ibadah puasa? Diharapkan semakin hari semakin bertambah amalan sunat sahabat semua untuk topup dan cover amalan wajib seharian.

Hari ada ni yang bertanya "dental treatment tak membatalkan puasa ker?". So sebagai dentist-to-be, rasa terpanggil nak share dengan semua tentang hukum rawatan gigi ketika berpuasa.

Dari artikel yang ditulis oleh Dr Tuti Ningseh Mohd Dom dan juga Dr. Shahida Mohd Said yang telah diberi oleh persatuan doktor gigi Malaysia kepada semua doktor gigi di Malaysia dan juga dari Persidangan Akademi Fiqah Islam Antarabangsa yang berlangsung di Maghribi dan Putrajaya beberapa tahun lalu merumuskan, ada kaedah rawatan yang tidak membatalkan puasa.

Perkara-perkara yang tidak membatalkan puasa:-

1. Membuat dental check up
2. Membuat rawatan gigi (tampal, cuci, cabut, rawatan akar , membuat gigi palsu etc)
3. Mengambil x-ray mulut
4. Injection ubat kebas dalam mulut utk cabut gigi
5. Tak sengaja tertelan air semasa doktor membuat rawatan gigi
6. Memberus gigi
7. Menggunakan floss utk membersihkan celah gigi
8. Berkumur dengan ubat kumur
9. Menelan air liur

Sumbernya dari sini. Blogger ni seorang dentist. Thanks Dr Leen! =)

Harap dapat memberi panduan kepada semua yang ingin membuat rawatan pergigian ketika berpuasa tertutamanya pada bulan Ramadhan yang mulia ini.

Sekian sahaja untuk entry pada kali ini. Selamat menunaikan ibadah puasa. Assalamualaikum. =D

Wednesday, 25 July 2012

Cara Tingkatkan Traffik Blog

Assalamualaikum and salam Ramadhan everyone.

So, cam maner dengan puasa kowang? Semoga puasa dan amalannya bertambah baik dari hari ke hari dan semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan tahun lalu.

Sebenarnya, hari ini, saya nak share dengan kowang cara tingkatkan traffik blog. Dengan buat benda ni, saya boleh dapat up to 1000 unique visitors setiap hari. Bukan senang kalau blogger yang baru berjinak-jinak dalam dunia blogging macam saya dapat unique visitors sebanyak tu.

Cara yang maksudkan ialah dengan ping entri anda di KongsiResipi.com. Seriously, sangat berkesan tetapi entri kowang kenalah pasal resipi dan makanan. =P

First, kowang kena daftarkan blog kowang kat sini. Then, kowang kena letak widget kongsiresipi kat blog kowang. WAJIB ye, bukan sunat. Hehehe. Bila kongsiresipi dah sahkan blog kowang layak, then barulah kowang boleh ping entri kat situ. Serious, berbaloi memang berbaloi.


Terkezut jugak tengok mula-mula. Macam tak percaya pun ada. ('.")


Tengok list referrers my blog. Yang top2 semuanya dari KongsiResipi. Thanks KongsiResipi kerana hidupkan blog ni. =D

Sekian sahaja untuk entri kali ini. Harap-harap kowang dapat dan berjaya tingkatkan traffik dengan cara ni. Selamat mencuba dan Assalamualaikum.

"Kepunyaan Allah-lah apa yang di langit dan yang di bumi. Sesungguhnya Allah Dialah Yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji. ﴾Luqman:26﴿"

Friday, 20 July 2012

Black Forrest Cake

Assalamualaikum and hi guys.

Tomorrow we'll going to start fasting. =D. Ramadhan is full of barakah. Don't forget to increase your ibadah towards Him. Make Ramadhan as starting point to change for a better khalifah.


Actually, today I'm going to share with you the blackforrest cake that I made for my mom. Her birthday was on 30th June. But, I had been busy with final examinations as a dental student. So, no time to update my blog. Hehehe. Sorry guys. This monday will be our last paper. Pray for us. Hopefully 100% pass with the barakah of dua from everyone and of course this coming Ramadhan. =D

For this black forrest cake, nothing much to say, I just used my simplest steamed chocolate cake recipe. You can click here for the recipe.

For the filling, I just used blueberry filling and topping whipping cream. Although simple, it's nice. Fuhhh, lega. =D


Selamat Hari Lahir Mak!

Semoga mak terus sihat, dimurahkan rezeki dan diberkati oleh Allah s.w.t. Assalamualaikum, selamat mencuba dan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak.
“Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa ibu bapaku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku ketika diriku masih kecil”.

Friday, 29 June 2012

Chocolate Mille Crepe Cake

Assalamualaikum and hi everyone.

Today, I just want to share about the recipe that I tried before - Chocolate Mille Crepe Cake. Nak menyebutnya pun dah terbelit-belit lidah. Hahaha. Resepi ni ambik kat juicy cafe. Thanks kak for sharing the recipe.


Buat kek ni just like making lempeng and the cake looks like kek lapis bila dipotong. Cantiklah dengan colour hitam dan putih.

Macam kek lapis kan?

Bahan-bahan:-

Crepe
1) 3 sudu besar gula castor
2) 4 biji telur A
3) 500 gm susu segar
4) 6 sudu besar F&N aiskrim soda
6) 60 gm butter (dicairkan)
7) 1 sdk esen vanilla
8) 190 gm tepung gandum*
9) 7 sdb serbuk koko* - *satukan dan ayakkan

Buttercream
1) 250 gm krimwell
2) 100 gm shortening
3) 50 gm butter
4) 130 gm gula aising - ayakkan

Hiasan
1) Coklat masakan secukupnya untuk hiasan (dicairkan)

Cara-caranya:-

1. Masukkan gula, telur, susu segar, aiskrim soda, butter dan esen vanilla, pukul sehingga sebati.
2. Tambahkan sedikit2 adunan tepung dan terus pukul sehingga tidak berketul.
3. Tapiskan dan sedia untuk dimasak.
4. Masak menggunakan 'frying pan' seperti memasak lempeng atau pancake.
5. Pastikan adunan masak di kedua2 bahagian.
6. Angkat dan sejukkan, buat sehingga selesai.
7. Untuk buttercream, dalam mixer, pukul krimwell, shortening dan butter sehingga sebati.
8. Masukkan gula aising dan putar sehingga 10 minit.
9. Letakkan 1 lapisan 'crepe' atas papan kek dan sapu buttercream.
10. Buat mengikut kaedah yang sama untuk lapisan yang seterusnya sehingga selesai.
11. Sapu buttercream pada keseluruhan 'crepe' dan dan masukkan dalam peti sejuk supaya buttercream keras.
11. Dengan menggunakan penghujung sudu, sudukan coklat masakan yang dicairkan kemudian celoreng celorengkan di atas kek atau bolehlah di hias mengikut kreativiti masing2. Siap. =)

Adunan yang siap dibancuh

In the making

That's all for today. Hope you guys can try it later and no regret! Assalamualaikum and have a nice day.

"Di antara tanda kebaikan Islam seseorang adalah dia meninggalkan apa yang tidak berguna baginya(HR At-Tirmidzi)"

Tuesday, 19 June 2012

Steamed Carrot Cake With Chocolate Chips

Assalamualaikum and hello everyone.

Today, I'm going to share with you a simple recipe which is Steamed Carrot Cake With Chocolate Chips. The ingredients are easy to get and the method is really simple as ABCs. Actually, this cake was asked by my mom as got extra carrots in the refrigerator. She kind of like kek buah and kek carrot.

For this recipe, my Mom said it is quite sweet maybe because of the choc chips. Next time, she suggest me don't put those choc chips. But I'm die-hard-fan of chocolate. Hehehehe. =)


Ingredients:-

1) 250g butter
2) 130g fine sugar
3) 3 eggs
4) 1 teaspoon vanilla essence
5) 200g raw carrots (finely grated)
6) 80g chocolate chips
7) 230g flour + 1 teaspoon baking powder (sifted together)

Method:-

1) Heat the steamer. Beat the butter with fine sugar.
2) Add in vanilla essence and eggs one by one and continue beating.
3) Add the sifted flour a bit at a time on a low speed of beating until well combined.
4) Lastly, add in the carrots and chocolate chips.
5) Steam the cake for about one hour or until the cake is fully cooked. Done! =)






That's all for this entry. Selamat Mencuba. Assalamualaikum.
"Hidup ibarat roda, adakalanya kita di bawah, adakalanya kita di atas, bersyukurlah kerana kita masih dapat meneruskan kehidupan."

Saturday, 16 June 2012

BlueBerry Cheesecake

Assalamualaikum and happy weekend guys.

Today, I would to share with you recipe of simplest ever Baked Blueberry cheesecake or nama manjanya BB cheesecake. Senang sangat nak buat. Bahan pun tak rumit.


Bahan-bahan:-

1) 250g cream cheese
2) 270g yoghurt perisa Bluberry
3) 3 sudu besar tepung gandum
4) 2 biji telur
5) 80g gula pasir

Cara-cara:-

1) Putar telur dengan gula hingga sebati.
2) Masukkan cream cheese dan putar.
3) Masukkan yoghurt blueberry dan tepung gandum. Putar hingga sebati.
4) Masukkan adunan dalam loyang yang sesuai dan bakar pada suhu 170°C.

P/s:-

1) Pastikan cream cheese dibiarkan pada suhu bilik sebelum membuat cheese cake.
2) Bakar menggunakan teknik waterbath bagi mengelakkan cheesecake merekah. Tapi I tak buat pun. Malas. =P
3) Untuk topping BB cheesecake, I used BB filling. BB filling ni dimasak bersama gula secukup rasa and sedikit air. Bila nak letak topping, letak sedikit gelatin bagi mengeraskan topping.
4) Kalau nak buat Strawberry Cheesecake, just change to yoghurt strawberry and topping strawberry. =)


Jom makan!

Sangat best bila dimakan sejuk-sejuk. So, bila dah masak and kek dah sejuk, put it in refrigerator, so that the taste will double or even triple! Hahaha. Sekian sahaja for this entry. See you next time, gracias and Assalamualaikum.

"Jika anda menerima gaji atau bayaran perkhidmatan, jangan dilupa tanggungjawab kepada ibu atau bapa walaupun mereka tidak meminta."

Saturday, 9 June 2012

Secret Lagi

Assalamuaalaikum and hello everyone.

Hari ni, saya nak share about going to Secret Recipe LAGI. Mentang-mentang secret tu depan USM jer, so, almost every month memang pi sana dengan kawan makan kek. So, biasanya kitaorg akan pergi ramai-ramai pukul around 3-6pm sebab free air coffee or tea.

Why have to go ramai2? Banyak faedahnya. Selain dapat chat kat sane, dapat tukar-tukar makan kek. Hampir semua kek dah aku try. Kan jimat cam ni. Maklumlah student, kena always find ways to enjoy in cheaper way. =)


Chocolate Fudge, White Chocolate Macademia, Yogurt Cheese, White Dark Chocolate Cheese and Banana Baked Cheese. Rotating! Makan sikit-sikit sorang. Tapi kenyang kut! Dah tak payah makan dinner.


By the way, setelah banyak-banyak kek yang aku makan kat Secret Recipe, ak rasa yang paling aku minat ialah White Chocolate Macademia. Rasa white chocolate dengan kacang macademia yang pure memang masyuk! Nice combination!


Inilah geng-geng yang pantang ajak pi Secret Recipe. Hehehe. Thanks guys. =)

Ooo. Lupa, tadi ada tengok Oh My English. Nice sitcom to watch. Tak kering gusi tengok di samping memantapkan penggunaan bahasa English. So, kalau ada masa, jemput tengok. Tak kan menyesal punye. Assalamualaikum and have a blessed weekend. =)

"Paling kuat tali hubungan keimanan ialah cinta kerana Allah dan benci kerana Allah." (HR. Ath-Thabrani)

Thursday, 31 May 2012

Kek Batik

Assalamualaikum and hi everyone!

Today, I nak share resepi kek batik. Kek batik is the easiest cake to make. I made the first kek batik at age of 13 years old. =) So proud to make it on my own. Hehehe.

Resipi yang saya nak share ni sangat simple dan bahan dia taklah rumit pun.


Kek Batik

Bahan-bahan:-

1) 1 paket biskut marie, 300-400g (dipatah2kan)
2) 1 cwn majerin
3) 1 cwn gula
4) 3 sudu serbuk koko, 3 sudu milo, 3 sudu susu pekat (dibancuh bersama sedikit air)
5) 3 biji telur (dipukul)

P/s: Boleh kurangkan gula kalau tak nak manis sangat. Kan biskut marie dah manis. =)

Cara-cara:-

1) Masak majerin dgn gula hingga hancur.
2) Masukkan koko, milo dan susu yang telah dibancuh.
3) Bila mendidih dan agak berwap, tutup api.
4) Masukkan telur sedikit demi sedikit dan kacau berterusan supaya telur tidak berketul.
5) Bila adunan telah sebati, masukkan biskut marie yg telah dipatah-patahkan.
6) Masukkan adunan ke dalam bekas yang sesuai, tekan adunan hingga padat.
7) Sejukkan dan simpan di dalam peti ais.


Maybe sebab tu nama dia kek batik. Bila dipotong, bercorak-corak dalamnya. Lawa.


Siap untuk dihidang. =)


Kek batik with strawberry yoghurt

Try makan kek batik dengan yoghurt and the taste not bad. Boleh dijadikan dessert di restoran-restoran. Pengusaha restoran take note! Hehehe. =)

"Tidak akan rugi orang yang bersifat baik budi, dan tidak akan beruntung orang yang bersifat hasad dengki."

Kongsi Resepi