Dr's Dessert

Dr's Dessert
Follow our instagram @drsdessert. Base in Kota Bharu, Kelantan. msg/whatsapp 019-4424904 untuk order.

Saturday, 31 August 2013

Resepi Kuih Seri Muka

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni dah 31 Ogos 2013. So hari ni dah genap 56 tahun Malaysia merdeka. Semoga tahun demi tahun Malaysia terus maju, aman dan mendapat berkat dan rahmat dari-Nya. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia dari Salam Dunia.

Untuk entri hari ni, saya nak share resipi Kuih Seri Muka. Nama Seri Muka, so kalau makan muka jadi berseri-seri? Eh! Sebenarnya saya buat kuih ni dah lama, masa bulan Ramadhan lagi, tapi baru hari ni nak share. Resepi ni saya ambik kat sini- myresipi. Credit to NanaSham.


Bahan-bahan (size loyang 22cm):

Bahan lapisan bawah:-

1) 500gm beras pulut
2) 400ml santan cair
3) 1 sudu kecil garam
4) 2 sudu besar minyak

Bahan lapisan atas:-

1) 120g tepung gandum
2) 3 sudu besar tepung jagung
3) 140g gula
4) 3 biji telur
5) 450ml santan pekat
6) 1/2 sudu kecil garam
7) 300ml air + 10 helai daun pandan dikisar utk dijadikan air pandan (bagi yang susah nak dapatkan daun pandan, boleh digantikan dengan 1 sudu kecil pandan paste)


Cara-cara:

Untuk lapisan bawah:-

A) Panaskan pengukus terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
B) Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20 minit.
C) Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh.
D) Satukan semua bahan2 di dalam loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
E) Kukus selama 20-30 minit.
F) Keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi. Siap untuk dilapis dengan lapisan atas.

Untuk lapisan atas:-

1) Pukul gula bersama telur hingga kembang.
2) Masukkan santan yang telah dilarutkan bersama garam. Diikuti dgn air pandan dan dikacau lagi.
3) Akhir sekali, ayakkan tepung gandum & tepung jagung ke dalam adunan tadi. Dikacau lagi agar tidak berketul. Kalau berketul, boleh gunakan blender. Tuang adunan ke atas lapisan pulut tadi.
4) Kukus dengan api sederhana selama 1 jam atau sehingga masak.

p/s: Kuih ini hendaklah betul2 sejuk barulah mudah dipotong and cantik dihidangkan.


Selamat mencuba ya nanti. Kuih ni sangatlah sesuai dibuat breakfast or minum petang. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

Kongsi Resepi