Dr's Dessert

Dr's Dessert
Follow our instagram @drsdessert. Base in Kota Bharu, Kelantan. msg/whatsapp 019-4424904 untuk order.

Thursday, 6 February 2014

Resepi Kentang Putar atau Mashed Potato

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

As I promised previously, my next entry would be the recipe of Mashed Potato with blackpepper sauce. Kalau kat KFC, they using brown sauce if not mistaken. So ni buat kelainan sikit. Saya ambik dan olah resipi ni dari sini. Credit to Kak Lina.


Kentang putar

Bahan-bahan:

1) 3 biji kentang besar (~1kg)
2) 2 sudu besar mentega
3) 1/4 cawan susu segar
4) garam secukup rasa

Cara-cara:

1) Kupaskan kentang dan potong dadu kecil (supaya cepat empuk dan mempercepat proses melenyek)
2) Rebus kentang bersama-sama garam secukup rasa sehingga empuk.
3) Bila empuk, toskan air. Terus lenyek kentang dalam keadaan kentang masih panas.
4) Masukkan susu segar (sedikit demi sedikit) dan mentega. Gaul rata.

Sos blackpepper

Bahan-bahan:

1) 1 labu bawang besar holland (warna kuning) dicincang halus
2) 4 sudu besar (rata) tepung gandum
3) 1 kiub pati ayam
4) 2 sudu besar sos tiram
5) 2 sudu besar kicap manis (untuk gelapkan sos)
6) 4 sudu besar sos lada hitam (saya guna brand Life)
7) 1 sudu besar serbuk lada hitam (boleh tambah atau kurangkan mengikut citarasa)
8) 3 cawan air
9) 2 sudu besar minyak

Cara-cara:

1) Panaskan minyak dalam periuk, tumis bawang besar hingga layu dan wangi (jangan sampai garing nanti pahit lak)
2) Masukkan serbuk lada hitam dan tumis sekejap.
3) Masukkan tepung gandum (takyah bancuh ngan air) kacau selalu supaya tidak bergentel.
4) Masukkan air. Kacau sebati (guna hand whisk lagi senang nak kacau). Masukkan kiub pati ayam.
5) Masukkan sos lada hitam, sos tiram dan kicap. Kacau sebati. :D

Sos blackpepper ni sesuai juga dimakan bersama lamb chop. Click sini untuk tengok resepinya.


Sekian sahaja kali ini dan assalamualaikum. :D

1 comment:

  1. Selalu orang akan guna yang powder tu jer... instant.. tapi tu tak bagus... and I think takde khasiat langsung... tapi yang ni from fresh potato... good one!

    ReplyDelete

Kongsi Resepi