Dr's Dessert

Dr's Dessert
Follow our instagram @drsdessert. Base in Kota Bharu, Kelantan. msg/whatsapp 019-4424904 untuk order.

Saturday 20 July 2013

Resepi Double Chocolate Brownies

Assalamualaikum and selamat sejahtera.

Hari ni hari ke-11 kita berpuasa. Alhamdulillah. Kita dah masuk fasa pertengahan bulan Ramadhan iaitu fasa keampunan. Mohon dan berdoalah kepada Allah S.W.T supaya diampunkan dosa-dosa kita dan diberi kekuatan dan keberkatan untuk menjadi muslim yang lebih baik dari ke hari.

Lusa 22hb, saya akan menghadapi peperiksaan Selanjar 2 perubatan. Quite nervous, still a lot to cover and study. Pray for me, guys. Then habis jer exam, saya akan memulakan dental block next week. What a hectic student life for a dental student of USM. Cuti nanti time nak raya jer- seminggu++. But it's ok, ikhlaskan hati sebab saya sendiri yang pilih jalan ini. Harapnya diberikan kekuatan oleh Allah s.w.t untuk mengharungi semua ini. =D

Tapi takpe, lupakan sejenak. Hari ni saya nak share resipi double chocolate brownies. Resepi ni saya ambik kat sini. Credit to Chef Zack and to Martha Stewart Living Magazine, February 2004.


Brownies ni sangat rich dengan chocolate. Memang sesuai sangat untuk chocolate lovers. So, apa tunggu lagi, masuk dapur check bahan2 ni ade ke tak. Kalau takde, cepat2 pergi beli. Boleh buat and dijadikan dessert berbuka puasa dan juga dibuat untuk hidangan hari raya nanti. =D

Bahan-bahan:-

1) 90g butter
2) 170g coklat masakan
3) 1/4 cawan serbuk koko
4) 1/2 cawan gula
5) 2 biji telur saiz A
6) 2 sudu kecil esen vanilla
7) 3/4 cawan tepung*
8) 1/4 sudu kecil serbuk penaik (*ayak sekali)
9) 1/2 cawan coklat chips

Cara-cara:-

1) Panaskan oven 175°C. Sapukan butter pada dasar dan keliling loyang segiempat sama dengan rata.
2) Masukan butter, coklat, dan serbuk koko dalam bekas tahan panas, panaskan secara teknik double boiler. Cairkan semua bahan sampai sebati, ketepikan dan sejukkan sedikit.
3) Dalam bekas mixer, putar telur, gula dan esen vanila hingga kembang dan keputihan (agak-agak dalam 4 minit). Masukkan adunan coklat tadi, pukul hingga sebati.
4) Masukkan adunan tepung, pukul sebati.
6) Masukkan coklat chips dan gaul hingga sebati.
5) Tuangkan adunan dalam loyang, ratakan bahagian atas dengan spatula. Bakar selama 35 minit atau sehingga masak.
6) Sejukkan dan bolehlah dipotong untuk dihidang.


Resepinya senang je kan. Hehe. So, ape juadah berbuka untuk petang nanti? Kalau nak buat popia goreng yang senang dan sedap, bolehlah tengok kat sini. Sekian sahaja untuk entri kali ni. Selamat berbuka dan assalamualaikum.

3 comments:

Kongsi Resepi