Dr's Dessert

Dr's Dessert
Follow our instagram @drsdessert. Base in Kota Bharu, Kelantan. msg/whatsapp 019-4424904 untuk order.

Wednesday, 16 October 2013

Resepi Kek Coklat Kukus Lapis Cream Cheese

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni saya nak share resepi kek coklat kukus lapis cream cheese. Kek ni masih mendapat tempat dalam kalangan peminat kek pada musim perayaan. Kek coklat yang lembap digandingkan dengan rasa creamy cream cheese memang sedap.


Untuk kek coklat, saya just guna resepi yang biasa saya guna. Boleh click sini utk resepi. Untuk lapisan cheese, saya just guna resepi dari Mat Gebu.

Bahan-bahan:-

Kek Coklat
1) 2 biji telur + 1 sudu teh esen vanilla
2) 1 cawan gula
3) 1 cawan gula perang
4) 1 cawan minyak masak
5) 1 1/2 cawan susu coklat
6) 1/2 cawan air + 1 sudu teh nescafe
7) 2 cawan tepung + 1/2 cawan serbuk koko + 1 sudu teh serbuk penaik + 2 sudu teh soda bicarbonate (diayak sekali)

Lapisan cream cheese
1) 250 gram krim cheese
2) 60 gram gula halus
3) 1 biji telur
4) 1 sudu besar air
5) 1 sudu besar tepung gandum
*saya just buat separuh adunan jer.


Cara-cara:-

1) Panaskan pengukus.
2) Putar telur, esen vanilla, gula dan gula perang.
3) Masukkan minyak masak, susu coklat dan air nescafe. Kacau hingga sebati.
4) Masukkan bahan yang diayak sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati. Jangan putar terlalu lama, stop bila semua dah sebati. Nanti kek tak naik. ;)
5) Masukkan adunan kek dalam loyang yang sesuai. Masukkan ke dalam pengukus dan kukus selama 25 minit.
6) Sementara itu, putar cream cheese dengan gula. Masukkan telur, air dan tepung gandum. Putar hingga kembang. Bila dah cukup 25 minit, tuang adunan cream cheese ke atas kek coklat dan sambung kukus untuk 30 minit atau sehingga kek masak. Gunakan api sederhana untuk mengukus.


Sekian sahaja untuk entry kali ni. Untuk chocolate lovers, jangan lupa cuba ya. Sehingga berjumpa di lain ketika dan assalamualaikum.

3 comments:

Kongsi Resepi