Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Minggu ini merupakan kali terakhir dapat cuti panjang before we sit for professional exam phase II. Exam ni sangat penting kerana exam ni menentukan kita layak atau tidak untuk masuk phase III which is clinical phase. Doa-doakan kami supaya everything goes smoothly. p/s: Cuti panjang untuk dental school range 1-2weeks sahaja ok.
Tak mahu cakap banyak pasal tu. Musim perayaan Tahun Baru Cina sinonim dengan limau mandarin atau lokam. Memang manis dan menyegarkan. Jadi hari ni saya nak share resepi Blended Orange Cake. Kek ni bukan guna lokam ye tetapi guna orange sunkist, boleh dibeli di pasaraya mahupun kedai2 buah. Sangat sedap dan paling penting semudah ABC. Semua orang boleh buat. Guna blender ajer. Resepi ni saya ambik dari sini. Thanks kak fiza.
Bahan-bahan:-
1) 2 cawan tepung gandum
2) 1 sudu besar baking powder
3) 1 biji orange sunkist
4) 1 cawan minyak masak
5) secubit garam
6) 1 cawan gula pasir
7) 3 biji telur
8) 1 sudu besar orange juice Sunquick (saya tambah)
Cara-cara:
1) Ayak tepung dan baking powder, ketepikan.
2) Cuci orange, potong dan buangkan biji dan urat putih pada tengah-tengah. Potong limau kecil-kecil tapi jangan buang kulitnya.
3) Masukkan buah limau yang dipotong tadi ke dalam blender dan kisar halus bersama minyak, gula, garam, orange Sunquick dan telur.
4) Tuang bahan yang dikisar ke dalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit dan kacau hinga sebati.
5) Bakar selama dengan suhu 170°C selama 45minit atau sehingga masak (bergantung pada oven masing-masing).
Saya just hias kek dengan icing sugar. Boleh jugak kalau nak buat topping buttercream or whipping cream but i think this cake sangat sesuai makan cam tu jer. Sesuai sangat dihidang semasa minum petang.
That's all for this time. Hope to see you again and assalamualaikum. :D
No comments:
Post a Comment