Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari nak saya nak just nak reshare resipi Kek Red Velvet dengan Cream cheese frosting yang biasa saya buat. Resepi ni dari Dr Intan. Credit to her. Simple dan insyaAllah sedap. :D
Kali ni buat ala2 Red Velvet in a jar. Sebab jar mahal dan boleh letak ckit je kek, so tukar buat Red Velvet in a container. Haha. Tak grand langsung nama. Tapi ape nak kisah, janji banyak. Hehe.
Bahan-bahan:-
1) 250gm tepung gandum
2) 1/2 sudu teh garam
3) 2 sudu besar (15gm) serbuk koko
4) 1/2 cup (113gm) unsalted butter
5) 230gm gula
6) 2 biji telur
7) 1 sudu teh esen vanilla
8) 1 cup ( 240ml) buttermilk
9) 2 sudu besar pewarna merah
10) 1 sudu teh cuka
11) 1 sudu teh baking soda
kalau takde buttermilk, ambil susu segar pada suhu bilik sebanyak 240ml kemudian tambahkan 1 sudu besar cuka @ lemon juice. Biarkan selama 5-10 minit.
Cara-cara:-
1) Ayak serbuk koko dan tepung dalam satu bekas dan kacau.
2) Campurkan buttermilk dengan pewarna merah.
3) Dalam bekas lain, mix kan butter sampai kembang dan creamy, kemudian tambah gula dan pukul lagi sampai kembang dan sebati. Masukkan esen vanilla, mix. Masukkan telur satu persatu. Lepas satu biji telur, mix. Kemudian masukkan satu lagi telur dan mix lagi.
4) Kemudian masukkan tepung+koko yang sudah diayak secara berselang seli dengan buttermilk. Masukkan tepung, mix, then masukkan buttermilk mix sampai habis kesemuanya.
5) Bila dah sebati, campurkan 1 sudu teh baking soda dan 1 sudu teh cuka sampai ada bubbles. Then cepat-cepat masukkan dalam batter yang dah di mix tadi ok! kemudian terus masukkan dalam loyang @ springform loyang ye. Terus bake selama 25-30 minit. (Preheat oven 175°C)
6) Bila kek dah siap bake, sejukkan sebelum disapu frosting.
Cream cheese frosting:
Bahan-bahan:-
1) 250g cream cheese
2) 30g butter
3) 1 sudu besar perahan lemon @ lime
4) 1 sudu besar esen vanilla
5) 1 sudu besar susu segar
6) 100gm gula ising
Cara-cara:
Gunakan electric mixer, mix cream cheese sampai creamy. Masukkan bahan-bahan lain. butter + perahan limau + esen vanilla + susu segar + gula ising. Mix semua sampai betul2 berkrim disukai ramai. :D
Bila kek dah sejuk, bolehlah disapu frosting ni. Kalau nak buat dalam jar or container, potong kek kecik2 muat untuk masuk dalam bekas, hancur pun takpe, boleh buat deco. Selang-selikan dengan frosting. Frosting kalau nak senang, masukkan dalam piping bag.
Sekian sahaja untuk kali ini dan assalamualaikum.
RV...
ReplyDeletesesuai untk VD nti...
Sesuai nak bg surprise nanti..
DeleteInsyaAllah sdap. :D
ReplyDeleteHow if I dont't add vinegar?
ReplyDelete