Dr's Dessert

Dr's Dessert
Follow our instagram @drsdessert. Base in Kota Bharu, Kelantan. msg/whatsapp 019-4424904 untuk order.

Tuesday, 11 February 2014

Resepi Kek Span Kopi dengan buttercream

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua? Harap baik2 hendak-Nya. Jangan stress2 and think positif. Takde sape yang takde masalah. Anggaplah masalah yang tiba sebagai ujian yang mendekatkan kita kepada Allah s.w.t.

Hari ni saya nak share resipi kek span perasa kopi. Rasa kopi takdelah kuat pun, light2 ajer. Kek span ni boleh dijadikan kek untuk buat tiramisu. Tapi saya just sapu buttercream. Lemak berkrim.

Resepinya saya ambil dari sini. Credit to Kak Miza.

Resepi Kek Span Kopi

Bahan-bahan

1) 125g tepung self raising flour (Saya guna 125g all-purpose flour + 1 sudu teh serbuk penaik, ayakkan sekali)
2) 15g ovellate
3) 125g gula kastor
4) 5 biji telur gred B
5) 40g air
6) 7og minyak masak/jagung/butter cair (saya guna minyak masak)
7) 1 sudu teh kopipaste/ kopi oil (saya guna serbuk nescafe)

Cara-cara:

1) Panaskan oven terlebih dahulu. Suhu 170°C selama 10 minit.
2) Dalam mangkuk, satukan ovellate bersama gula sehingga sebati dan rata.
3) Masukkan telur dan tepung bersama bahan di atas tadi. Pukul sehingga gebu untuk lebih kurang selama 5 minit.
4) Perlahankan mixer, masukkan air serta serbuk kopi. Pukul lagi sehingga gebu.
5) Perlahankan mixer, masukkan minyak masak. Pukul lagi sehingga rata dan kacau pula dengan spatula/senduk kayu.
6) Tuangkan adunan ke dalam tin pembakar yang telah dialas dengan kertas minyak dan bakar pada suhu 170°C selama 35-40 minit atau sehingga masak. Setelah masak, keluarkan dari loyang. Biarkan sejuk sebelum disapu topping buttercream.


Resepi buttercream ni saya pernah share sebelum ni di entri ini. Credit to Kak Siti.

Resepi Buttercream

Bahan-bahan:-

1) 350g creamwell
2) 150g butter
3) 100g icing sugar (ayak)
4) 1/4 cwn susu pekat

*Kuantiti boleh diubah mengikut ratio mengikut keperluan kowang.

Cara-cara:-

1) Campur semua bahan. Putar sampai kembang & gebu. Minimum putar selama 5 minit.
2) Pastikan kek betul2 sejuk sebelum disapu buttercream.


Setakat itu sahajalah entri kali. Sekian dan assalamualaikum. :D
p/s: "Ke Korea Ke Kita?" tv9 pun best kalau layan petang2 sambil kek ni.

2 comments:

Kongsi Resepi