Dr's Dessert

Dr's Dessert
Follow our instagram @drsdessert. Base in Kota Bharu, Kelantan. msg/whatsapp 019-4424904 untuk order.

Saturday, 22 February 2014

Resepi TIRAMISU mudah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Seperti saya janjikan semalam, saya ingin share resepi tiramisu yang simple, mudah, dan SEDAP. This's my first time making tiramisu and I really like it. Sebab dulu pernah makan tiramisu slice kat 1 restoran yang tersohor dengan kek2 ni, rasanya biasa saje. Maybe they just use normal sponge cake and whipping cream. My recipe that I'll share use cream cheese and also whipping cream.


Tiramisu kalau nak special, gunalah ladyfingers. Tapi, mind you that ladyfingers bukan murah, about RM10+ per packet. So kalau nak jimat, buatlah sendiri. Click here to check my previous entry about how to make ladyfingers on your own. Agak leceh nak buat but worth it. By the way, kalau ada duit lebih, beli jer ladyfingers. So tinggal buat filling jer nanti. Nak buat filling and layer ladyfingers with filling took about 30 minutes. Maybe less. Jadi, sesuai sangatlah kalau nak bawak pi party tapi tak nak bake segala. :D


Bahan-bahan:-

1) 250g cream cheese or mascarpone cheese
2) 250g dairy or non dairy whipping cream
3) 80g icing sugar or castor sugar (boleh kurangkan if whip cream dah manis)
4) 1 sudu teh esen vanilla
5) 1 sudu besar serbuk nescafe dibancuh dengan 1/2 cawan air (Saya guna 1 sticks Nescafe Mild 3in1)
6) 25 batang lady fingers (lebih kurang)
7) serbuk koko secukupnya


Cara-cara:-

1) Putar whipping cream sehingga stiff peak. Ketepikan.(Tips: pastikan mixing bowl yang digunakan disejukkan terlebih dahulu. Jangan overbeat whipping cream yang dah stiff peak, nanti jadi separate and cair balik.)
2) Putar cream cheese dengan esen vanilla. Masukkan gula aising (sedikit demi sedikit) dan putar sehingga gebu.
3) Campurkan adunan cream cheese ke dalam whipping cream. Kaupbalikkan adunan dengan spatula sehingga sebati. Jangan terlebih mix nanti adunan tak kembang.
4) Ambil bekas yang sesuai untuk assemble tiramisu ni. Rendam ladyfingers ke dalam bancuhan air nescafe selama 1-2saat dan aturkan ke dalam bekas. Jangan rendam lama, nanti jadi terlalu lembik and soaked with too much nescafe.
5) Lapiskan adunan filling ke atas ladyfingers yang disusun itu. Tabur serbuk koko secukupnya.
6) Ulang langkah 4 dan 5 hingga selesai. Sejukkan dalam peti ais selama 2-3 jam sebelum dihidangkan. :D


Tak susah pun, simple ajer. Kepada coffee fans, boleh tambah nescafe kasi lagi kaw.


Sekian sahaja untuk kali ini. Assalamualaikum and have a nice weekend. :D

No comments:

Post a Comment

Kongsi Resepi