Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Setelah 2tahun++ berblog, including banyak inactive phase, Alhamdulillah first time dapat cheque dari nuffnang. Saya request untuk cash out bulan disember hari tu, so it took about 1 month++ untuk dapat cheque tu. Syukurlah, side income di samping blogging for sharing. Selain nuffnang, banyak lagi cara nak dapat side income tanpa memerlukan wang pendaftaran. Free ajer.
Antaranya ialah 8share. 8share ni cam agensi pengiklan, yang mana bila kowang join, (FREE je), kowang akan dapat share iklan2 kat laman sosial. Setiap unique click given rewards in terms of money. Boleh tengok sini untuk more info about that. Sharing is caring. :D
Enough with that. Hari ni saya nak share resepi Snow Cheese Cake. Memang sesuai untuk penggemar cheese. Toppingnya using cream cheese and sprinkled with cheddar cheese. Lemak berkrim disukai ramai. Resepinya saya ambik di sini. Credit to sherry_mz.
Bahan-bahan:
1) 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
2) 100g gula halus
3) 100g tepung hong kong (blue key superfine boleh juga)
4) 60g tepung jagung
5) 50g air sejuk (dari peti ais)
6) 1 sudu teh baking powder
7) 2 sudu besar ovallet
8) 75 gram mentega (dicairkan)
Topping
1) 250g cream cheese
2) 1/2 tin susu pekat manis (ikut cita rasa, boleh kurangkan)
3) 100g cheddar cheese (parutkan)
Cara-cara:
1) Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair. Putar.
2) Putar dgn kelajuan sederhana sehingga pekat & putih. Akhir sekali masukkan mentega cair. Putar lagi sehingga sebati & pekat.
3) Sediakan acuan yg telah dialas dgn kertas minyak atau yg telah disapu dgn sedikit butter.
4) Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah dengan suhu 160°C selama 45 minit atau sehingga masak.
5) Bila sudah masak biarkan sejuk.
6) Sementara menunggu kek sejuk, putar cream cheese dengan susu pekat. Putar sehingga sebati dan berkrim.
7) Bila kek dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
8) Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, letakkan sebahagian kek lagi di atasnya dan sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
9) Akhir sekali taburkan cheddar cheese yang telah diparut tadi ke seluruh kek.
10) Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu, bolehlah dihidang. :D
Resepinya agak mudah especially part nak buat batter cake. Sedap pun sedap.
Sekian sahaja untuk kali ini. Have a nice weekend and assalamualaikum.
memang sdp kek ni..
ReplyDeletemantap...
Hehe.. sedap2.. Alhamdulillah.
Delete