Dr's Dessert

Dr's Dessert
Follow our instagram @drsdessert. Base in Kota Bharu, Kelantan. msg/whatsapp 019-4424904 untuk order.

Monday, 10 March 2014

Resepi Aiskrim Goreng

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni saya nak share dessert yang paling senang nak buat tapi terbaik! Tak lain tak bukan aiskrim goreng. Memang sedap dengan rasa aiskrim yang sejuk dan berkrim dengan roti yang garing digoreng. Petang2 makan memang masyuk.


Bahan-bahan:

1) Roti (saya prefer Gardenia)
2) Aiskrim
3) Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:


1) Ambil 2 keping roti dan letakkan atas cutting board.


2) Letakkan lebih kurang 1 scoop aiskrim di tengah2 roti tersebut and sandwichkannya. Ambil gelas dan tekapkan di sekeliling scoop aiskrim kasi putus roti di sekeliling.


3) Jadilah macam dorayaki cam ni. Simpan dalam peti ais untuk sekurang2nya 1 jam sebelum digoreng.

4) Panaskan minyak sepanas2nya. Goreng untuk 5 saat untuk setiap side sehingga nampak garing keperang-perangan. So total masa menggoreng around 10 saat. Jangan lama2 nanti aiskrim tu jadi cair sangat. Bolehlah dihidang. :D


Layan jugak 2nd video of aiskrim goreng from Salam Dunia. :D



Aiskrim memang kena dihidang panas2. Sekian sahaja untuk entri kali ini. Selamat mencuba dan assalamualaikum.

2 comments:

  1. Boleh buat sendiri. Beli siap kat kedai mahal....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup beli kat kedai mahal plus ckit jer. tak puas. hehe. :D

      Delete

Kongsi Resepi