Dr's Dessert

Dr's Dessert
Follow our instagram @drsdessert. Base in Kota Bharu, Kelantan. msg/whatsapp 019-4424904 untuk order.

Friday, 28 March 2014

Resepi Ayam Masak Sambal

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari Jumaat ni- hari yang mulia, eloklah kiranya memperbanyak ibadah kepada-Nya. InsyaAllah, semoga kita terus mendapat keberkatan dalam kehidupan seharian.

So, untuk entri kali ini, saya nak share resipi ayam masak sambal. SEDAP! Resepi yang saya share ni tak pedas, but it depends on cili kering yang kowang guna. Kalau guna yang pedas, maka berapilah sambal ayam ni.


Bahan-bahan:-

1) 6 ketul ayam saiz sederhana
2) 5 cili kering saiz sederhana*
3) 1 labu bawang merah besar*
4) 3 ulas bawang putih*
5) 1cm halia*
6) 1cm asam keping
7) Garam dan gula secukup rasa
8) Sedikit air
9) Minyak untuk menumis
10) 1/2 labu bawang besar dihiris

Bahan bertanda * dikisar dengan sedikit air

Cara-cara:-

1) Panaskan minyak. Tumis bahan yang dikisar sehingga garing dan pecah minyak. Kacau2 supaya bahan dikisar tak hangit.
2) Masukkan ayam, asam keping, sedikit air, gula dan garam secukup rasa. Biarkan seketika dan masukkan bawang besar yang dihiris.
3) Biarkan hingga ayam masak dan sambal menjadi pekat. Boleh dihidang.


Sapa kata susah nak buat sambal. Senang je kan. With practice, insyAllah resipi basic2 cam ni boleh master. :D Selamat mencuba dan assalamuaikum. :D

No comments:

Post a Comment

Kongsi Resepi