Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ni saya nak reshare resepi kek pandan layer ataupun kek lapis kastard pandan. Kek ini memang seakan2 kuih talam tapi sedap lemak berkrim. Before ni, saya dah pernah share resipi ni kat sini.
Bahan-bahan untuk kek:
1) 5 biji telur
2) 125g gula
3) 125g tepung gandum*
4) 1 camca teh baking powder* (*disatukan dan diayak)
5) 75ml minyak masak
6) 15g ovalette
7) 4oml air daun pandan + pewarna hijau
Bahan-bahan untuk kastard:-
Bahan A:
1) 500ml air pandan (kisar 5 helai daun pandan)
2) 180g gula
3) 1 sudu besar serbuk agar-agar segera
Bahan B:
1) 400ml santan pekat
2) 85g tepung Hoen Kwee hijau
3) 1 sudu teh pewarna hijau
4) 1/8 sudu teh garam halus
Cara-cara:
1) Satukan telur, ovalette, dan gula. Pukul hingga kembang dan gebu. Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga air daun pandan dan sedikit pewarna. Gaul rata.
2) Masukkan minyak jagung dan gaul rata. Masukkan ke dalam loyang yang sesuai yang digris dengan butter. Bakar pada suhu 175°C selama 50 minit atau sehingga masak. Setelah kek masak, biarkan sejuk.
3) Satukan semua bahan A dalam periuk, masak di atas api sederhana hingga mendidih.
4) Dalam mangkuk lain, satukan bahan B, gaul hingga sebati dan tidak berketul. Masukkan adunan ini ke dalam adunan B, kacau hingga adunan pekat dan mendidih. Angkat dan sejukkan sebentar.
5) Potong kek yang telah sejuk kepada 3 bahagian. Lapiskan kek dengan kastard pandan hingga habis. SIAP! =D
Sejukkan kek sebelum dihidangkan. Kalau suka, boleh taburkan serbuk kelapa parut kering.
Sekian sahaja untuk kali ini. Assalamualaikum. :D
No comments:
Post a Comment