Kita diberi kesempatan lagi untuk bertemu lagi pada hari Jumaat yang mulia ini. Banyakkan doa dan ibadah kepada-Nya untuk terus diberkati dan mendapat keredhaan-Nya. InsyaAllah.
Hari ni saya nak share resipi makaroni bakar. Actually this's my 2nd time baking macaroni. But my 1st time was fail. Hehe, macaroni cam tak stick to each other. Tapi rasa OK jer. But this time I used different recipe which was from nennie kuzaifah. Boleh click sini untuk ke blog beliau. Resepi ni ada saya adjust sikit.
Bahan-bahan:-
1) 300g makaroni
2) 1 biji bawang besar- dicincang
3) 3 ulas bawang putih - dicincang
4) 1 tin sos bolognese - Prego
5) 1 1/2 cawan susu full cream (dalam kotak)
6) 1/2 cawan keju cheddar
7) 4 keping daging burger ayam Ramli- dicincang
8) 2 biji telur
9) 2 sudu besar mentega
10) Garam secukup rasa
11) 1 sudu besar minyak masak
12) Keju cheddar untuk ditabur atas macaroni (Kalau ada keju mozarella lagi best)
*susu dan ditelur boleh ditambah jika dilihat tak padan dengan makaroni
Cara-cara:-
1) Rebus makaroni sehingga lembut kemudian ditos dan ketepikan sekejap. Panaskan minyak dan butter kemudian tumiskan bawang putih serta bawang merah sehingga wangi. Masukkan daging burger ayam yang dicincang dan kacau sehingga daging ayam masak kemudian masukkan sos bolognese Prego serta terus kacau sampai semua bahan menjadi sekata.
2) Masukkan makaroni tadi dan gaul dengan kuah sos. Masukkan telur serta susu serta kacau dengan cepat supaya telur cepat sebati dengan bahan-bahan lain. Kemudian masukkan 1/2 cawan keju cheddar dan kacau lagi. Jika kurang masin, baru lah ditambah garam.
3) Tuang semua bahan tadi ke dalam tin pembakar yang sesuai. Tekan2 makaroni supaya padat dan melekat. Taburkan keju dan bakar dalam oven dengan suhu 175°C selama 40 minit atau sehingga masak. Masak boleh ditentukan bila keju nampak garing keperang-perangan.
Sebelum dibakar dan ditabur cheese. :D |
Setelah masak, biarlah makaroni sejuk terlebih dahulu sebelum dipotong. Kalau tak, kemungkinan untuk makaroni bercerai-berai bertalak2 adalah agak tinggi. Hehe. Makaroni sesuai jugak dijadikan dinner. Kenyang sebab semuanya ada.
Sekian sahaja untuk kali ini. Selamat mencuba dan assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment