Dr's Dessert

Dr's Dessert
Follow our instagram @drsdessert. Base in Kota Bharu, Kelantan. msg/whatsapp 019-4424904 untuk order.

Friday, 21 March 2014

Resepi Milky Blueberry Cheesecake

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini merupakan entri Salam Dunia yang ke-100. Jutaan terima kasih yang terus menyokong. :D Sempena entri jubli emas, saya akan share 1 resipi cheesecake yang creamy dan sedap.


This Milky Bluberry Cheesecake is a combination of white chocolate and fresh bluerries with cream cheese. Bila makan, this fresh and sour blueberry will burst inside your mouth. Memang compliment each other.

Bahan-bahan:

1) 200g biskut digestive/marie
2) 100g butter- dicairkan
3) 250g cream cheese
4) 200g white chocolate- dicairkan
5) 200ml whipping cream- diputar hingga stiff peak
6) 125 fresh blueberries
7) 1 sudu besar gelatin- dilarut dengan 3 sudu besar air panas
8) 1 sudu teh esen vanilla
9) 1 sudu besar perahan lemon

*Bahan yang perlu dicairkan boleh dicairkan dengan menggunakan microwave
*Perasan atau tidak, saya tidak menggunakan any sugar sebab white chocolate memang dah manis, so bagi saya dah cukup. Anyway, sape yang nak lagi manis, nanti saya akan cakap bila masa sesuai tambah gula.
*Jika fresh blueberries susah nak dapat, boleh diganti dengan blueberry filling tapi result blueberries burst dalam mulut tak dapat lah. :D


Cara-cara:

1) Cairkan butter dan white chocolate dalam microwave. Sejukkan seketika white chocolate. Hancurkan biskut sehingga menjadi halus. Bagi saya, saya biarkan kasar2 sedikit. Lagi sedap.
2) Gaul butter yang dicairkan dengan biskut yang dihancurkan. Ambik loyang cheesecake (base dia boleh bukak) and padatkan adunan ini sebagai base. Sejukkan dalam peti ais sementara adunan cheese diputar.
3) Putar cream cheese sehingga kembang. Masukkan white chocolote dan putar lagi. Rasa adunan, if kowang rasa tak manis, tambah gula mengikut citarasa kowang. Gula yang sesuai either gula aising atau gula kastor.


4) Masukkan perahan lemon, esen vanilla, larutan gelatin dan sambung putar hingga sebati.
5) Masukkan whipping cream yang sudah stiff peak. Kaup balikkan adunan dengan spatula hingga semua sebati. (Jangan putar, nanti stiff peak whipping cream jadi liquid balik)
6) Masukkan fresh blueberries. Simpan sedikit untuk hiasan topping (kalau nak). Kalau tak, masuk jer semua dan kacau. Tuang adunan ke dalam loyang tadi. Sejukkan dalam peti ais sekurang-kurangnya 4jam sebelum dihidang.


Cheesecake ini memang sedap. Memang compliment each other.


Sekian sahaja untuk kali ini. Selamat mencuba dan moga bersua di lain ketika. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

Kongsi Resepi