Dr's Dessert

Dr's Dessert
Follow our instagram @drsdessert. Base in Kota Bharu, Kelantan. msg/whatsapp 019-4424904 untuk order.

Saturday, 28 December 2013

Resepi Puding Mentega

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Weekend ni bolehlah kalau nak try buat puding mentega. Sedap dimakan sejuk2 and sesuai dijadikan dessert. :D Resepi ni saya ambik di sini. Credit to Mrs. Newton. Hehe.


Swirl tak jadi sangat tapi sedap okay! :P

Bahan-bahan:

1) 10g serbuk agar2
2) 650ml air
3) 180g gula pasir (boleh kurang atau tambah ikut kesesuaian)
4) 60g mentega
5) 1 biji telur
6) ½ tin susu cair
7) 1 sudu besar tepung kastard
8) 1 sudu besar serbuk koko
9) 1/2 sudu teh esen vanilla
10) 2 pewarna yang berlainan


Cara-cara:

1) Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan.
2) Pukul telur dan masukkan ke dalam adunan. Kemudian masukkan susu & tepung kastard dan kacau hingga rata.
3) Masukkan mentega dan esen vanilla.
4) Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Kemudian masukkan serbuk koko ke dalam salah satu adunan, 2 adunan lagi masing2 letak pewarna.
5) Tuang adunan berselang-seli untuk dapatkan corak.
6) Sejukkan di dalam peti ais dan sedia untuk dimakan.


Sekian sahaja untuk kali ini. Assalamualaikum dan selamat mencuba. :D

Tuesday, 24 December 2013

Bagaimana Mendapatkan CPUV Nuffnang?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni saya bukan nak share resipi, tapi nak kongsi bagaimana cara untuk mendapatkan CPUV dari Nuffnang. Seperti yang semua tahu, iklan dari Nuffnang ni ade dua jenis, iaitu CPUV and CPC. CPC ialah iklan berdasarkan bila orang click iklan. So kalau orang tak click, takdelah earning nya. CPUV lagi masyuk as dia based on unique visitor. So, orang tak click, earning tetap masuk mencurah2 ke ladang gandum. InsyaAllah.

Tapi gi mana nak mendapatkan CPUV ni hinggap kat blog kita especially newbie yang baru berjinak2 dengan dunia blogging ni. Actually kunci nak dapatkan CPUV ni, blog kowang hendaklah mempunyai UNIQUE VISITOR yang ramai dan stabil. Kalau ikutkan, blog Salam Dunia punya unique visitor tak ramai, range antara 100-300 sehari. Tapi Alhamdulillah bilangannya stabil.

So mesti kowang nak tahu tips tingkatkan unique visitor? Saya just ade satu tip yang mana kowang kena PINGkan  entry kowang di web2 yang popular. Bagi saya, sebab saya punya blog mainly on sharing recipe, so saya akan pingkan entri2 saya di Kongsi Resepi. I would say sangat2 membantu meningkatkan dan menstabilkan unique visitor blog Salam Dunia ni. Untuk tips lengkap tingkatkan trafik, boleh refer sini.


Alhamdulillah, semakin banyak CPUV yang hinggap di blog Salam Dunia. Terima kasih kepada advertiser yang sudi memilih blog ini. Sekian sahaja untuk perkongsian ringkas ini. Assalamualaikum dan selamat berblogging. :D

Friday, 20 December 2013

Resepi Kek Coklat Kukus Senang

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Kita dah menghampiri hujung tahun 2013. Tahun 2014 bakal menjelma. Biasanya before ni, saya tak pernah ada azam, but for 2014, saya ada 3 azam yang ingin dicapai, insyaAllah.
  1. Lulus professional exam phase 2 12/14 dengan jayanya.
  2. Do well in my clinical years which will start on september 2014. Tak mau jadi malas2 dah.
  3. Travel to any country (preferable is either korea or hong kong) untuk melihat keindahan dunia ciptaan Allah s.w.t. (hopefully ade sale AirAsia :D)
InsyaAllah, dengan fikiran positif, doa+usaha+tawakkal, azam2 ni dapat dicapai. Wah, dah gaya motivator ni.

Ok, hari ni saya just nak reshare resepi kek coklat kukus yang biasa saya buat. Dah berkali-kali buat sebab yang ini paling SENANG dan SEDAP I would say. 

Bahan-bahan:

1) 2 biji telur + 1 sudu teh esen vanilla
2) 1 cawan gula
3) 1 cawan gula perang
4) 1 cawan minyak masak
5) 1 1/2 cawan susu coklat
6) 1/2 cawan air + 1 sudu teh nescafe
7) 2 cawan tepung + 1/2 cawan serbuk koko + 1 sudu teh serbuk penaik + 2 sudu teh soda bicarbonate (diayak sekali)

Cara-cara:

1) Panaskan pengukus.
2) Putar telur, esen vanilla, gula dan gula perang.
3) Masukkan minyak masak, susu coklat dan air nescafe. Kacau hingga sebati.
4) Masukkan bahan yang diayak sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati. Jangan putar terlalu lama, stop bila semua dah sebati. Nanti kek tak naik. ;)
5) Masukkan adunan kek dalam loyang yang sesuai. Masukkan ke dalam pengukus dan kukus selama 1 jam atau sehingga kek masak.

Lagi 1 saya suka pasal resepi sebab kita just sukat bahan-bahan pakai cawan jer. So sangat praktikal.


Kali ini, saya cuba hias kek dengan parutan coklat and tak letak topping pun. Parut banyak2 sampai cover cake. :O Tapi bagi sape2 yang nak letak topping, boleh tengok resepi topping coklat bajet kat sini.

Sekian sahaja untuk kali ini. Jangan lupa setkan azam tahun 2014 supaya hidup jadi bermatlamat. Akhir kata, selamat bercoklat!

Friday, 6 December 2013

Pulut Mangga Thai

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni saya just share pasal pulut mangga thai. Selain makan dengan durian, pulut juga best dimakan bersama2 mangga or "pauh" dalam dialek kelate. Sedap wo! Basically, bahan2 basic ialah pulut, mangga yang manis2, santan, and gula melaka/perang (optional). Sesuai dijadikan juadah sarapan, minum petang or even sebagai dinner.


Kalau nak resepi lengkap pasal pulut mangga ni, boleh click kat sini. Credit to Kak Iza.


Sekian sahaja untuk kali ini. Selamat mencuba dan assalamualaikum.


Sunday, 24 November 2013

Banana Smoothie

Assalamualaikum and salam sejahtera.

Breakfast sangat2 penting. The correct choice of breakfast can help you concentrate and give you strength, even help you maintain a healthy weight. Can click here to find out why breakfast is really important. Bagi mereka yang tak lalu nak makan pagi2 hari, banana smoothie boleh dijadikan pilihan. Full of energy to boost your brain for the day.


Bahan-bahan:

1) 1 biji pisang (any pisang yang kowang rasakan sedap)
2) 1 sudu besar susu pekat manis (boleh diadjust mengikut cita rasa masing)
3) Beberapa ketul ais
4) Air secukupnya (boleh digantikan dengan susu segar untuk rasa lagi umpph!)

Cara-cara:

1) Campurkan semua dalam blender. Blend sehingga semua sebati. SIAP!


Senang kan? Nampak pekat kan smoothie saya ni. Baru umpph! Smoothie ni jugak sesuai bagi mereka yang tengah nak diet. Sekian sahaja untuk kali ni dan assalamualaikum.

Friday, 22 November 2013

Resepi Donut Mudah dan Gebu

Assalamualaikum and salam sejahtera.

Sedar tak sedar blog 'Salam Dunia' telah mencapai page view melebihi 200,000. Terima kasih tak terhingga kepada yang terus menyokong blog ini. Hari ni saya nak share resepi donut yang mudah, tapi paling penting gebu dan sedap. Resepi ni saya ambik kat sini. Credit to iezamel78.


Saya just buat donut ball. Hehe. Senang sikit.

Bahan-bahan:-

1) 3 cawan tepung gandum
2) 1 cawan air suam kuku
3) 2 sudu besar mentega
4) 6 sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi yang tak suka manis)
5) 3 sudu besar susu pekat manis
6) 1 paket yis (jenama mauripan)
7) 1 biji telur
8) Secubit garam
9) Gula aising atau coklat masakan

Cara-cara:

1) Cairkan mentega dan ketepikan.
2) Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut. Masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit.
3) Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair dan secubit garam.
4) Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur dan garam tadi. Kacau.
5) Masukkan campuran yis ke dalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul sebati dengan senduk kayu. Biar adunan lagi selama 45 minit.
6) Banyakkan tepung di tangan supaya adunan tak melekat (adunan memang agak lembik). Ambil sedikit adunan dan bulatkan.


7) Sediakan minyak untuk menggoreng. Gunakan api sederhana. Alih selalu supaya dapat warna yang sekata. Setelah agak kekuningan bolehlah diangkat. Tabur gula aising atau hias dengan coklat masakan yang dicairkan.


Bagi saya penggemar coklat, saya lebih suka donut ball disalut dengan coklat daripada just gula aising. Memang S.E.D.A.P! Donut ni sesuai dihidangkan untuk sarapan, minum pagi or untuk jamuan.


Sekian sahaja untuk entri kali ini. Selamat mencuba dan assalamualaikum.

Monday, 4 November 2013

Resepi Puding Roti Bakar

Assalamualaikum and salam sejahtera.

Semalam, kemenangan tak menyebelahi team The Red Warriors. Huhu. Tewas 1-0 kepada team Pahang. Tahniah diucapkan kepada team Pahang and kepada TRW, jangan putus asa.

Hari ni, saya nak share satu lagi resipi yang saya baru try kelmarin. Memang sedap puding roti bakar ni. Lebih kurang sebulan yang lalu, saya ade share resipi puding roti jugak, tapi yang tu kukus punya. Nak resepinya, boleh click kat sini.

Kali ni, untuk resepi puding roti BAKAR, saya ambik resepi dari blog kak Hana. Boleh click kat sini untuk visit blognya. Credit to kak Hana. Tapi saya tak buat pun sos kastad untuk dimakan bersama-sama puding ni, masak jer terus ngap! Hehe, malas.


Bahan-bahan:-

1) 8 keping roti
2) 500 ml (2 cawan) susu segar* (saya guna susu tepung yang dibancuh)
3) 4 sudu besar gula halus* (saya just letak 3 sudu besar gula pasir)
4) 2 biji telur*
5) 1 sudu teh esen vanilla*
6) 2 sudu besar butter - cairkan
7) 3 sudu besar kismis


Cara-cara:

1) Satukan bahan-bahan yang bertanda *. Koyak2kan roti dan masukkan ke dalam mangkuk tadi. Biarkan terendam dan meresap seketika.
2) Masukkan separuh kismis dan juga butter cair. Gaul sebati. Kemudian tuang ke dalam loyang/bekas yang telah digris dengan sedikit butter. Taburkan baki kismis ke atas adunan.
3) Bakar pada suhu 175°C selama 30 minit atau sehingga masak.

Masak2 jer, terus potong and ngap! Memang sedap!

Bagi sape yang sukakan sejuk, bolehlah disimpan di dalam peti ais sebelum dihidangkan.

Jemputlah makan. ;D

Itu sahajalah untuk kali ni. Moga bersua di lain ketika. Assalamualaikum.

Sunday, 3 November 2013

Semarakkan Red Warriors dengan RED VELVET BROWNIES

Assalamaualaikum and salam sejahtera.

Tajuk entri hari ni sound kenegerian sikit. Hehe. Sorrylah. "Gomo kelate gomo!", hari ni 3 Nov 13, Red Warriors akan menentang skuad negeri Pahang di perlawanan akhir Piala Malaysia 2013. Semoga berjaya kepada team Red Warriors dalam mengekalkan kejuaraan musim lalu dan diharapkan game malam ni mantap habis.

Dengan semangat merah berkobar-kobar ini, sesuai sangatlah kalau disemarakkan dengan Red Velvet Brownies layered with cheese. Resepi ni saya dah share dalam entri yang sebelum ni. Tapi takpe, saya akan reshare sekali lagi.


Bahan-bahan brownies:-

1) 250g tepung gandum
2) 1/2 sudu teh garam
3) 2 sudu besar (15g) serbuk koko
4) 1/2 cup (113g) unsalted butter yang dicairkan atau vegetable oil
5) 230g gula kastor
6) 2 biji telur
7) 1 sudu teh esen vanilla
8) 1 cup (240ml) buttermilk
9) 2 sudu besar pewarna merah
10) 2 sudu teh cuka
11) 1 sudu teh baking soda

*kalau takde buttermilk, ambil susu segar pada suhu bilik sebanyak 240ml kemudian tambahkan 1 sudu besar cuka @ lemon juice. Biarkan selama 5-10 minit.

Bahan-bahan lapisan cheese:-

1) 125g cream cheese
2) 40g gula aising
3) 40g tepung gandum
4) 1 biji telur
5) 20ml air
6) 1/2 sudu teh esen vanilla

Cara-cara:-

1) Ayak serbuk koko, tepung, baking powder dan garam dalam satu bekas dan kacau.

2) Campurkan buttermilk dengan pewarna merah.

3) Dalam bekas lain, mix kan butter yang dicairkan dengan gula dan pukul sampai sebati. Masukkan telur satu persatu. Pukul sampai kembang. Masukkan esen vanilla, mix.

4) Kemudian masukkan bahan-bahan yang sudah diayak secara berselang seli dengan buttermilk. Masukkan tepung, mix, then masukkan buttermilk mix sampai habis kesemuanya.

5) Bila dah sebati, campurkan 1 sudu teh baking soda dan 2 sudu teh cuka sampai ada bubbles. Then cepat-cepat masukkan dalam batter yang dah dimix tadi ok! Kemudian terus masukkan dalam loyang @ springform loyang ye. (Simpan dalam 3 sudu besar adunan batter jika nak buat corak macam saya buat tu) Terus bake selama 25-30 minit. (Preheat oven 175°C)

6) Sementara tunggu kek masak, pukul cream cheese dengan gula sampai kembang. Masukkan telur dan pukul lagi. Masukkan pula tepung dan gaul rata. Akhir sekali masukkan air dan esen vanilla.

7) Bila adunan brownies red velvet dah siap, masukkan pula adunan cheese ke atasnya. Untuk corak, masukkan adunan batter yang disimpan ke dalam piping bag dan pipekan secara melintang macam gambar di bawah.


8) Gunakan lidi and just lalukan ke atas adunan batter. Bakar dengan cara water bath pada suhu 160°C dengan menggunakan api bawah sahaja selama 15-20 minit atau sehingga masak.

Hasilnya tak smooth sangat, tapi bolehlah kan?

8) Bila dah siap bakar, biarkan kek sejuk. Simpan dalam peti sejuk untuk rasa kek yang lebih sedap.


Tempahan dibuka sekarang. Hehe. JK.


Sekian sahaja untuk kali ini dan selamat mencuba! GOMO KELATE GOMO. Assalamualaikum.

Wednesday, 16 October 2013

Resepi Kek Coklat Kukus Lapis Cream Cheese

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni saya nak share resepi kek coklat kukus lapis cream cheese. Kek ni masih mendapat tempat dalam kalangan peminat kek pada musim perayaan. Kek coklat yang lembap digandingkan dengan rasa creamy cream cheese memang sedap.


Untuk kek coklat, saya just guna resepi yang biasa saya guna. Boleh click sini utk resepi. Untuk lapisan cheese, saya just guna resepi dari Mat Gebu.

Bahan-bahan:-

Kek Coklat
1) 2 biji telur + 1 sudu teh esen vanilla
2) 1 cawan gula
3) 1 cawan gula perang
4) 1 cawan minyak masak
5) 1 1/2 cawan susu coklat
6) 1/2 cawan air + 1 sudu teh nescafe
7) 2 cawan tepung + 1/2 cawan serbuk koko + 1 sudu teh serbuk penaik + 2 sudu teh soda bicarbonate (diayak sekali)

Lapisan cream cheese
1) 250 gram krim cheese
2) 60 gram gula halus
3) 1 biji telur
4) 1 sudu besar air
5) 1 sudu besar tepung gandum
*saya just buat separuh adunan jer.


Cara-cara:-

1) Panaskan pengukus.
2) Putar telur, esen vanilla, gula dan gula perang.
3) Masukkan minyak masak, susu coklat dan air nescafe. Kacau hingga sebati.
4) Masukkan bahan yang diayak sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati. Jangan putar terlalu lama, stop bila semua dah sebati. Nanti kek tak naik. ;)
5) Masukkan adunan kek dalam loyang yang sesuai. Masukkan ke dalam pengukus dan kukus selama 25 minit.
6) Sementara itu, putar cream cheese dengan gula. Masukkan telur, air dan tepung gandum. Putar hingga kembang. Bila dah cukup 25 minit, tuang adunan cream cheese ke atas kek coklat dan sambung kukus untuk 30 minit atau sehingga kek masak. Gunakan api sederhana untuk mengukus.


Sekian sahaja untuk entry kali ni. Untuk chocolate lovers, jangan lupa cuba ya. Sehingga berjumpa di lain ketika dan assalamualaikum.

Sunday, 13 October 2013

Resepi Apple Crumble Cake

Assalamualaikum and salam sejahtera.

Hari ni kalau ikut kalendar Islam ialah 9 Zulhijjah. 9 Zulhijjah merupakan hari Arafah iaitu hari di mana jemaah haji berwukuf di padang Arafah. Pada hari ni, amatlah digalakkan umat Islam mengerjakan puasa sunat. So, jom puasa sunat. :D Sumber sini.


Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Salam Aidiladha kepada semua pembaca SALAM DUNIA. Teruskan sokongan anda terhadap blog ini. Selamat mengerjakan ibadah qurban juga bagi yang terlibat.


Merahnya epal mak ngah! Hahaha. So nak buat ape dengan epal ni? Tajuk entri pun "Resepi Apple Crumble Cake", of course I'm going to write my trial to bake apple cake. Apple ni banyak khasiatnya. Check it out here.

Resepi apple crumble cake ni dah lama saya cari. Tapi bila google jer, asyik jumpa resipi yang susah jer. Until one day, I found simplest Apple Crumble Cake recipe, so memang kena buat lah kan? Jumpa kat sini. Credit to Ayu. She did take the recipe from allrecipes.co.uk which is here. Memang sangat2 worth to try. Rasa kek ni memang kena dengan tekak saya. Saya ni memang penggemar dessert yang guna apple macam apple pie. This apple crumble cake really blew me away. *Over feeling lak*


Bahan-bahan:

Cake
1) 100g butter
2) 110g gula perang
3) 1 sudu teh esen vanilla
3) 150g tepung*
4) 50g tepung jagung*
5) 1 sudu serbuk penaik*
6) 3 biji telur
7) 1/2 sudu teh perahan lemon
8) 6 biji apple (dikupas dan dipotong dadu)

*bahan-bahan bertanda diayak

Crumble
1) 125g butter
2) 125g gula
3) 1 sudu kecil esen vanilla
4) 150g tepung


Cara-cara:

1) Putar butter, gula perang dan esen vanilla sehingga sebati.
2) Masukkan bahan yang diayak dan gaul lagi.
3) Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar sehingga sebati.
4) Griskan loyang dengan butter dan masukkan adunan kek ni sebagai base.
5) Taburkan apple yang didadukan ke atas adunan kek.
6) Untuk crumble, gaul butter, gula dan esen vanilla. Masukkan tepung dan kacau sehingga jadi crumbles.
7) Taburkan crumble ke atas apple dan ready to be baked!
8) Bakar dalam oven dengan suhu 170°C untuk 45 minit atau sehingga masak.


Tak susah pun kan? Sedap pulak tu. Sekali makan, nak lagi dan lagi.


See, how nice this cake from inside. Got three layers. Layer cake, apple and its crumble. Layer cake spongy2, apple yang lembut2 dan crumble yang crunchy2 ckit. Perfect combination! :D

I guess that's all for this entry. I hope you can try to make it on your own, seriously it's worth of money and effort. Till we meet next time and assalamualaikum.

Saturday, 12 October 2013

Resepi Puding Roti Coklat Senang

Assalamualaikum and salam sejahtera.

Kowang semua buat ape hujung minggu ni? Buat persiapan menjelang hari raya Aidiladha ke? Hari ni saya nak kongsikan resepi puding roti.


Bahan-bahan:

1) 1 sudu besar majerin
2) 1/2 cawan gula
3) 1 biji telur
4) 1 cawan susu segar
5) 1 sudu besar serbuk koko (kalau takde, guna milo pun boleh)
6) 2 sudu besar tepung jagung
7) 6 keping roti dipotong
8) secubit garam


Cara-cara:

1. Guna blender. Blend gula dan majerin sehinggga sebati.
2. Masukkan telur dan blend lagi.
3. Masukkan susu, serbuk milo, tepung jagung, roti yang telah dipotong dan garam. Blend sehingga sebati.
4. Kukus dengan api sederhana untuk 45 minit atau sehingga masak.

*Kalau takde blender, boleh guna senduk jer nak gaul.


Puding roti coklat ni sedap jugak kalau makan dengan sos kastard. Saya tak buat pun, malas. Huhu. Tapi kowang boleh try buat. Sekian sahaja untuk kali ni dan Assalamualaikum.

Friday, 11 October 2013

Resepi Dadih Vanilla

Assalamualaikum and salam jumaat semua.

Sekarang cuaca kalau kat Kelantan, pagi2 sampai petang panas yang amat, petang2 tu most probably hujan. Tapi takdelah setiap hari hujan. Nak masuk musim tengkujuh maybe. By the way, kalau cuaca panas terik tu, tekak pekena dadih sejuk, memang nyaman dan hilang dahaga.


Nak buat dadih tak susah pun. Saya just beli dadih segera (prefer brand Happy Tree dan perasa vanilla). Then untuk masak dadih ni, cuma perlu tambahkan 1)Air 2)Susu cair 3)Gula. Cara-cara nak buat ikut jer kat belakang paket tu. Senang kan? Semudah ABC.


Sekian sahaja untuk kali ini. Selamat mencuba dan selamat berhujung minggu. :D

Saturday, 5 October 2013

Resepi Tapai Ubi Kayu Goreng

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni saya nak share pasal tapai ubi kayu goreng. Tapai ubi kayu antara makanan tradisional yang menjadi kegemaran saya kalau dimakan goreng atau bersama-sama cendol pulut. Memang sedap kut! So untuk anak2 muda (perasan tua lak) yang tak kenal tapai, tapai ubi kayu dibuat dengan mengawet ubi kayu dengan ragi. Kalau nak buat sendiri, boleh refer sini. Credit to Kak Wan. Saya just beli jer. Tak reti nak buatnya. Sebab kalau tak kena gaya, ubi kayu yang diawet jadi tak manis. :( So beli RM2, dapat 6 pieces. Oklah untuk makan 3-4 orang.


Bagi yang tak kenal, kat atas ni, rupa tapai ubi kayu sebelum digoreng. Untuk menggoreng saya just guna tepung goreng pisang ADABI jer. Sedap and simple. Cuma tambah air dan sedikit garam semasa membancuh.


Bahan-bahan:

1) Tapai ubi kayu
2) Tepung goreng pisang ADABI
3) Air
4) Garam
5) Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

1) Bancuh tepung dengan sedikit garam dan air secukupnya.
2) Ratakan bancuhan tepung pada tapai ubi kayu.
3) Pastikan minyak cukup2 panas sebelum menggoreng.


Tapai ubi kayu goreng ni sangat sesuai dihidangkan untuk breakfast dan tea-time. Ok sekian sahaja untuk kali ini, selamat mencuba dan assalamualaikum.

Friday, 4 October 2013

Resepi Kek Lapis Cheese Persona

Assalamualaikum and salam jumaat semua.

Hari ni hari Jumaat- penghulu segala hari. So, insyaAllah sama-samalah kita tingkatkan amal ibadah kepada-Nya. Hari ni saya nak share resipi kek lapis cheese persona rekaan Ryo. Mesti bila makan kek ni akan rasa terpersona dengan kesedapannya. Hehe. Resepinya saya ambil kat sini. Credit to Ryo.


Bahan-bahan:-

1) 600g biskut marie perisa coklat (saya guna perisa kopi bagi tiramisu style sikit)
2) 500 ml susu segar,dipanaskan
3) Sedikit coklat masakan (untuk hiasan swirl)

Adunan cheese:
i) 500 g cream cheese
ii) 10 ml susu segar
iii) 1/2 cawan gula halus (saya guna gula aising)

*Saya just buat separuh adunan kek.


Cara-cara:-

1) Satukan cheese dan gula aising, pukul sebati.
2) Masukkan susu segar sedikit demi sedikit, jangan sampai adunan terlalu cair.
3) Pukul lagi hingga kembang dan sebati, ketepikan.
4) Panaskan susu segar, padamkan api.
5) Ambil sekeping2 biskut, celup selama 1 saat ke dalam susu dan terus susun dalam bekas.
6) Sapukan adunan cheese di atasnya,ratakan
7) Ulang proses melapis hingga habis, biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
8) Kemudian, cairkan sedikit coklat masakan dalam microwave. Randomly put the melted chocolate on the cheese layer and swirl them with spoon or knife.
9) Masukan dalam peti sejuk, biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.


Resipinya sangat simple as ABCs. No need to bake. Just let them set in refrigerator. So kalau nak buat cheese cake but takde masa, resipi ni antara yang boleh dicuba.



Jemput makan!

Sekian sahaja untuk kali ini. Selamat mencuba dan assalamualaikum. =D

Wednesday, 2 October 2013

Resepi Mee Goreng Udang

Assalamualaikum and happy wednesday.

Hari ni duk kat bilik boring2 buat entry baru. So today I would like to share resipi mee goreng udang ala2 bujang. Hehe. So, sekarang dah tak boleh bagi alasan tak reti masak. At least basic things cam goreng2 ni kenalah tahu. :D


Bahan-bahan (4-5orang):

1) Sebungkus mee kuning
2) 4 ulas bawang putih
3) 1 labu bawang besar
4) 10-15 ekor udang saiz sederhana
5) Kubis
6) Taugeh
7) Tomato
8) Sos cili
9) Sos tomato
10) Kicap masin
11) Garam
12) Minyak
13) Air

*Tak dapat nak bagi exact amount, but with practice, you can already estimate how much to put and the taste will get better.

Cara-cara:

1) Tumis bawang putih dan bawang besar dengan sedikit minyak sehingga kekuningan.
2) Masukkan udang dan biarkan seketika.
3) Selepas itu, boleh masukkan sos cili, sos tomato, kicap masin, garam secukup rasa, dan sedikit air.
4) Masukkan sayur kubis dan taugeh.
5) Basuh mee sebersihnya untuk membuang rasa kapur. Masukkan mee dan kacau hingga sebati.
6) Agak-agak mee nak masak, masukkan tomato. SIAP!


Sekian sahaja untuk kali ni. Bagi yang beginner, bolehlah try2 masuk dapur and masak. Selamat mencuba dan assalamualaikum.

Thursday, 26 September 2013

Resepi Muffin Pisang (Bakar or Kukus)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Hari ni saya nak share resepi muffin pisang, adunannya boleh dibakar mahupun dikukus. Saya baru je try resipi. Sangat best dan yang paling penting kurang manis. :D

Resepi ni saya ambik kat sini. Credit to Abang Mat Gebu.


Bahan-bahan (24 biji muffin):

1) 3 cawan tepung gandum*
2) 2 sudu teh baking powder*
3) 2/3 sudu teh garam halus*
4) 1 1/2 sudu teh soda bicarbonate (*disatukan dan diayak)
5) 6 biji pisang emas, dilecek halus
6) 2 sudu besar mayonnaise (saya tak letak)
7) 2 biji telur gred B
8) Beberapa titik esen pisang (saya tak letak)
9) 2/3 cawan gula perang
10) 2/3 cawan mentega cair (saya guna minyak masak)

Bakal dilenyek

Cara-cara:

1) Panaskan oven pada suhu 175°C. Dalam satu bekas, satukan telur, gula perang dan mayonnaise. Kacau rata dengan whisk hingga sebati. Masukkan pisang, minyak masak, dan esen pisang. Kacau rata.
2) Masukkan bahan-bahan yang telah diayak tadi, gaul hingga sebati dan jangan gaul lama-lama.
3) Masukkan adunan ke dalam bekas muffin sebanyak 3/4 penuh.
4) Bakar 20 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan.

sebelum dibakar

p/s: Kalau nak kukus, kukus macam biasa dengan api sederhana lebih kurang 15 minit bergantung size cup yang digunakan. Sumber here. Credit to kak ika.


Untuk saya, saya prefer yang bakar sebab ada rasa garing bakar. Tapi depends lah kat tekak masing2. Different people different taste. Muffin ni sangat sesuai dijadikan tea time, tambah2 baru masak, fresh dari oven!

Jemput makan. :D

Sekian sahaja untuk entri kali ini. Moga bersua pada lain ketika. Assalamualaikum.

Kongsi Resepi