Dr's Dessert

Dr's Dessert
Follow our instagram @drsdessert. Base in Kota Bharu, Kelantan. msg/whatsapp 019-4424904 untuk order.
Showing posts with label cookies. Show all posts
Showing posts with label cookies. Show all posts

Friday, 2 May 2014

Resepi Nutella Tart

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Masih tak terlambat untuk saya mengucapkan selamat Hari Pekerja. InsyaAllah, moga sentiasa menjadi pekerja yang lebih baik dari masa ke masa. Hari cuti ni saya nak share resepi nutella tart. Tapi saya buat bentuknya ala-ala nutella pod yang menjadi bualan sekarang tu. Anyone know sape yang jual nutella pod in kelantan? Boleh cuba beli.

Crust nutella tart/pod ini saya ambik dari blog mat gebu. Fillingnya of course nutella yang sedap itu semata-mata. Takdak bahan lain dah. So senang sangat nutella tart/pod ni.


Bahan-bahan crust

1) 150 gram tepung halus (tepung gandum pun ok)
2) 25 gram gula aising, diayak
3) 70 gram mentega sejuk dari peti sejuk, didadu kecil
4) 1 biji telur, dipukul sedikit
5) 1/2 camca teh esen vanilla
6) Nutella


Cara-cara:

1) Gaul tepung, gula aising dan mentega sejuk hingga menjadi teksture seakan2 serbuk roti, guna hujung jari saja.
1) Tuang esen vanilla dan masukkan telur sedikit demi sedikit dan digaul hingga menjadi doh. Rehatkan sekejap.
3) Untuk membuat shape seakan-akan nutella pod, kowang kena ada muffin tray preferable yang kecik jer. Ambil doh tadi tekan dalam acuan muffin dan bentukkan mengikut nutella pod dan kemaskan. Kalau takde, boleh guna acuan tart yang biasa.
4) Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. Biar sejuk sebentar dan keluarkan dari acuan. Sejukkan atas jaringan dan boleh simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian.
5) Untuk filling, kalau nak senang masukkan nutella dalam piping bag dan pipekan filling ke atas crust tart/pod yang dah sejuk. Kalau takde, guna sudu teh pun boleh.


To those staying in Kota Bharu and nak order cake dari SALAM DUNIA, dialu-alukan untuk follow our ig >>>  @drsdessert.
Sekian sahaja untuk kali ini. Selamat bertart dan assalamualaikum.

Friday, 21 February 2014

Resepi Ladyfingers

Assalamualaikum and salam sejahtera.

Tahu tak ape itu ladyfingers? Ladyfingers dikenali jugak sponge fingers, bondoiur or savoiardi. Ladyfinger ni macam kek span yang berbentuk jejari. Sebab tu kut panggil ladyfingers. Cukup sinonim dengan tiramisu. Rasanya seakan bahulu or baby rusk, ranggup di luar, lembut di dalam.

This is my first time trying to make tiramisu. Tapi bila pergi kedai bakery, ladyfingers yang dijual is around Rm10+ per packet. Mahal lah jugak, so saya decide to bake my own ladyfingers. Resepinya saya ambil dari sini. Chef Zack did take the recipe from here. Credit to Eddy Van Damme.


Bahan-bahan:

1) 135g (1 cawan) tepung gandum
2) 6 biji telur kuning
3) 1 sudu teh esen vanila
4) 6 biji putih telur
5) 115g gula kastor
6) Gula aising + penapis untuk dusting atas fingers

*Saya buat separuh adunan and dapat about 25 ladyfingers, cukup untuk 1 tiramisu. :D

Cara-cara:

1) Panaskan oven pada suhu 200°C.
2) Sediakan 2-3 helai baking sheet. Ketepikan. Sediakan satu piping bag besar bersama satu nozzle bulat bersaiz lebih kurang 1/2" (1cm). Ketepikan.
3) Ayak tepung 2 kali dan ketepikan.
4) Dalam satu bekas, putar putih telur sampai berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit. Putar hingga sangat kental (VERY stiff peak) dan ketepikan (dah kental tu jangan pukul lagi lama, nanti jadi cair balik).
5) Dalam bekas lain, pukul kuning telur bersama esen vanila hingga pucat, lebih kurang 8 minit.
6) Menggunakan spatula, gaul meringue tadi untuk membuatnya lebih smooth.
7) Tuangkan adunan kuning telur dalam meringue dan kaup balik secara perlahan-lahan hingga hampir gaul rata (akan kelihatan sedikit kuning telur).
8) Ayak tepung gandum sedikit demi sedikit dalam adunan putih-kuning telur. Pastikan jangan terlebih gaul.
9) Letakkan adunan dalam piping bag dan picitkan atas baking sheet mengikut saiz yang dikehendaki. Better ikut saiz bekas yang nak guna.
10) Taburkan ladyfingers dengan gula aising, biarkan seminit dan taburkan lagi gula aising (untuk mendapatkan permukaan yang lebih rangup).


11) Bakar selama 10-15 min atau sehingga perang keemasan (luar akan sedikit ranggup tetapi bila tekan di dalam akan lembut/spongy.
12) Gunakan pisau untuk alihkan atas redai (jangan dibiarkan sejuk terlalu lama atas baking sheet, nanti melekat) dan tabur lagi gula aising. Boleh disejukkan dan disimpan dalam beg plastik untuk disimpan dalam peti sejuk. Atau pun TERUS digunakan.

Lepas masak tu, terus saya buat cream filling untuk tiramisu. Esok I'll share recipe of tiramisu. :D
Teaser dulu, hehe:


Sekian sahaja untuk kali ini. Assalamualaikum. :D

Kongsi Resepi