Dr's Dessert

Dr's Dessert
Follow our instagram @drsdessert. Base in Kota Bharu, Kelantan. msg/whatsapp 019-4424904 untuk order.
Showing posts with label kuih. Show all posts
Showing posts with label kuih. Show all posts

Saturday, 14 January 2017

Resepi Keria Gula Melaka

Assalamualaikum.

Gigih pagi2 tadi buat kuih ni. Last time, gi melaka, tak dapat nak merasa kuih keria antarabangsa yang tengah viral tu. Beratur dia punya panjang. Memang taklah nak tunggu. Hehehe. So godek2, siap. Sedap! Ok puji diri sendiri. Resipi? Senang je.

Bahan-bahan:

1) 500g keledek
2) 3/4 hingga 1 cwn tepung gandum
3) 3/4 sudu kecil baking powder
4) Sedikit garam
5) 250g gula melaka
6) 1/2 sudu besar gula pasir
7) sedikit air

Cara:
1) Rebus keledek dengan sedikit garam sehingga empuk.
2) Panas2 tu toskan air, Lenyekkan sampai lumat.
3) Masukkan garam, baking powder, dan tepung sedikit demi sedikit. Agak2 je smpai adunan jadi doh x melekat sangat kat tangan dan senang dibentuk
4) Bentukkan jadi donut. Goreng dgn minyak panas. Angkat, ketepikan
5) Masak gula melaka, gula pasir, dan sedikit garam dengan sedikit air je. Dalam 1 sudu besar air. Agak2 je.
6) Bila semua dah larut, tutup api. Masukkan keria yang dah digoreng dan kacau dengan air gula melaka panas2 ya. (Jangan tunggu sejuk, likat nnti, susah nk rata)
7) Hidangkan panas2. Memang sedap!

Sebelum digoreng

Sedia dihidang!


Selamat mencuba!

Tuesday, 21 January 2014

Resepi Kuih Lapis Pelangi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pejam celik pejam celik, sekarang dah minggu ke-3 bulan Januari 2014. Cepat sungguh masa berlalu.

”Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." (Surah Al-'Asr)

Gunalah masa sebaiknya. :D Hari ni saya nak share resipi Kuih Lapis. Kuih tradisional ni memang sedap dengan rasa ros serta lemak santan. Kuih ini sesuai dijadikan juadah sarapan pagi dan juga minum petang.


Resepi ni saya ambik kat sini. Credit to citarasawan.

Bahan-bahan:

1) 240g tepung beras
2) 120g tepung gandum
3) 240g gula
3) 200ml santan pekat (saya guna santan kotak jer)
4) 1 liter air
5) 1 sudu teh garam
6) 1 sudu teh esen rose
7) 1 sudu teh minyak jagung
8) perwarna biru, oren dan merah


Cara-cara:

1. Masukkan gula, santan, tepung beras, tepung gandum, minyak jagung, esen ros dan garam dan separuh air ke dalam pengisar dan kisar hingga adunan tepung tidak berketul. Tambah baki air, kacau rata dan tapis.
2. Bahagikan aduanan kepada 3 bahagian dan warnakan setiap lapisan dengan warna yang berlainan.
3. Kukus lapisan pertama selama 5 minit dan diikuti dengan warna lain ulangi proses melapis hingga habis.
4. Untuk lapisan yang terakhir, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus lagi lebih kurang 20 minit.
5. Sejukkan dahulu sebelum dipotong.


Make sure kuih lapis betul2 sejuk sebelum dipotong untuk hasil potongan yang smooth. Sekian sahaja untuk kali ini. Selamat mencuba dan assalamualaikum. :D

Friday, 22 November 2013

Resepi Donut Mudah dan Gebu

Assalamualaikum and salam sejahtera.

Sedar tak sedar blog 'Salam Dunia' telah mencapai page view melebihi 200,000. Terima kasih tak terhingga kepada yang terus menyokong blog ini. Hari ni saya nak share resepi donut yang mudah, tapi paling penting gebu dan sedap. Resepi ni saya ambik kat sini. Credit to iezamel78.


Saya just buat donut ball. Hehe. Senang sikit.

Bahan-bahan:-

1) 3 cawan tepung gandum
2) 1 cawan air suam kuku
3) 2 sudu besar mentega
4) 6 sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi yang tak suka manis)
5) 3 sudu besar susu pekat manis
6) 1 paket yis (jenama mauripan)
7) 1 biji telur
8) Secubit garam
9) Gula aising atau coklat masakan

Cara-cara:

1) Cairkan mentega dan ketepikan.
2) Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut. Masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit.
3) Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair dan secubit garam.
4) Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur dan garam tadi. Kacau.
5) Masukkan campuran yis ke dalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul sebati dengan senduk kayu. Biar adunan lagi selama 45 minit.
6) Banyakkan tepung di tangan supaya adunan tak melekat (adunan memang agak lembik). Ambil sedikit adunan dan bulatkan.


7) Sediakan minyak untuk menggoreng. Gunakan api sederhana. Alih selalu supaya dapat warna yang sekata. Setelah agak kekuningan bolehlah diangkat. Tabur gula aising atau hias dengan coklat masakan yang dicairkan.


Bagi saya penggemar coklat, saya lebih suka donut ball disalut dengan coklat daripada just gula aising. Memang S.E.D.A.P! Donut ni sesuai dihidangkan untuk sarapan, minum pagi or untuk jamuan.


Sekian sahaja untuk entri kali ini. Selamat mencuba dan assalamualaikum.

Monday, 4 November 2013

Resepi Puding Roti Bakar

Assalamualaikum and salam sejahtera.

Semalam, kemenangan tak menyebelahi team The Red Warriors. Huhu. Tewas 1-0 kepada team Pahang. Tahniah diucapkan kepada team Pahang and kepada TRW, jangan putus asa.

Hari ni, saya nak share satu lagi resipi yang saya baru try kelmarin. Memang sedap puding roti bakar ni. Lebih kurang sebulan yang lalu, saya ade share resipi puding roti jugak, tapi yang tu kukus punya. Nak resepinya, boleh click kat sini.

Kali ni, untuk resepi puding roti BAKAR, saya ambik resepi dari blog kak Hana. Boleh click kat sini untuk visit blognya. Credit to kak Hana. Tapi saya tak buat pun sos kastad untuk dimakan bersama-sama puding ni, masak jer terus ngap! Hehe, malas.


Bahan-bahan:-

1) 8 keping roti
2) 500 ml (2 cawan) susu segar* (saya guna susu tepung yang dibancuh)
3) 4 sudu besar gula halus* (saya just letak 3 sudu besar gula pasir)
4) 2 biji telur*
5) 1 sudu teh esen vanilla*
6) 2 sudu besar butter - cairkan
7) 3 sudu besar kismis


Cara-cara:

1) Satukan bahan-bahan yang bertanda *. Koyak2kan roti dan masukkan ke dalam mangkuk tadi. Biarkan terendam dan meresap seketika.
2) Masukkan separuh kismis dan juga butter cair. Gaul sebati. Kemudian tuang ke dalam loyang/bekas yang telah digris dengan sedikit butter. Taburkan baki kismis ke atas adunan.
3) Bakar pada suhu 175°C selama 30 minit atau sehingga masak.

Masak2 jer, terus potong and ngap! Memang sedap!

Bagi sape yang sukakan sejuk, bolehlah disimpan di dalam peti ais sebelum dihidangkan.

Jemputlah makan. ;D

Itu sahajalah untuk kali ni. Moga bersua di lain ketika. Assalamualaikum.

Saturday, 12 October 2013

Resepi Puding Roti Coklat Senang

Assalamualaikum and salam sejahtera.

Kowang semua buat ape hujung minggu ni? Buat persiapan menjelang hari raya Aidiladha ke? Hari ni saya nak kongsikan resepi puding roti.


Bahan-bahan:

1) 1 sudu besar majerin
2) 1/2 cawan gula
3) 1 biji telur
4) 1 cawan susu segar
5) 1 sudu besar serbuk koko (kalau takde, guna milo pun boleh)
6) 2 sudu besar tepung jagung
7) 6 keping roti dipotong
8) secubit garam


Cara-cara:

1. Guna blender. Blend gula dan majerin sehinggga sebati.
2. Masukkan telur dan blend lagi.
3. Masukkan susu, serbuk milo, tepung jagung, roti yang telah dipotong dan garam. Blend sehingga sebati.
4. Kukus dengan api sederhana untuk 45 minit atau sehingga masak.

*Kalau takde blender, boleh guna senduk jer nak gaul.


Puding roti coklat ni sedap jugak kalau makan dengan sos kastard. Saya tak buat pun, malas. Huhu. Tapi kowang boleh try buat. Sekian sahaja untuk kali ni dan Assalamualaikum.

Saturday, 5 October 2013

Resepi Tapai Ubi Kayu Goreng

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni saya nak share pasal tapai ubi kayu goreng. Tapai ubi kayu antara makanan tradisional yang menjadi kegemaran saya kalau dimakan goreng atau bersama-sama cendol pulut. Memang sedap kut! So untuk anak2 muda (perasan tua lak) yang tak kenal tapai, tapai ubi kayu dibuat dengan mengawet ubi kayu dengan ragi. Kalau nak buat sendiri, boleh refer sini. Credit to Kak Wan. Saya just beli jer. Tak reti nak buatnya. Sebab kalau tak kena gaya, ubi kayu yang diawet jadi tak manis. :( So beli RM2, dapat 6 pieces. Oklah untuk makan 3-4 orang.


Bagi yang tak kenal, kat atas ni, rupa tapai ubi kayu sebelum digoreng. Untuk menggoreng saya just guna tepung goreng pisang ADABI jer. Sedap and simple. Cuma tambah air dan sedikit garam semasa membancuh.


Bahan-bahan:

1) Tapai ubi kayu
2) Tepung goreng pisang ADABI
3) Air
4) Garam
5) Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

1) Bancuh tepung dengan sedikit garam dan air secukupnya.
2) Ratakan bancuhan tepung pada tapai ubi kayu.
3) Pastikan minyak cukup2 panas sebelum menggoreng.


Tapai ubi kayu goreng ni sangat sesuai dihidangkan untuk breakfast dan tea-time. Ok sekian sahaja untuk kali ini, selamat mencuba dan assalamualaikum.

Monday, 23 September 2013

Resepi Karipap Roti

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

These few days I'm feeling so lazy. Malas nak belajar, malas nak pi prostho lab buat partial denture, rasa cam nak ambik 1 month cuti from studying. Eh, boleh pulak?! Tenangkan diri, ingat balik tanggungjawab diri, berfikiran positif dan maju ke depan. Maybe these  words boleh jadi faktor penolak untuk rajin.

Enough with that, today I just nak share resipi karipap roti yang saya cuba. Resipi ni saya ambik kat sini. Credit to Puan Ros.


Bahan-bahan:-

1) 12 keping roti
2) sebiji telur

Inti:

1) 3 biji kentang dipotong dadu
2) 1/2 biji bawang besar dipotong dadu
3) 2 1/2 sudu besar rempah kari
4) 2 biji bawang putih potong halus
5) 1 keping chicken stock
6) 1 cawan air
7) Garam dan gula secukup rasa
8) 3 sudu besar minyak
9) 1 mangkuk serunding daging (saya guna isi ayam)

Cara-cara:-

1) Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan pula bawang besar dan kacau rata. Masukkan rempah kari yang telah dilarutkan dengan sedikit air. Goreng hingga sedikit garing.
2) Masukkan kentang dan kaca rata. Tuang air dan biarkan bahan mendidih. Masukkan isi ayam.
3) Masukkan bahan perasa  mengikut selera masing-masing. Masak dengan api perlahan hingga kentang empuk dan airnya kering. Angkat dan sejukkan.
4) Gelek roti hingga nipis .
5) Letak sesudu inti dan cantumkan kedua-dua bahagian tepi dan picit sekeliling tepinya. Selepas itu, gunakan garpu saiz kecil untuk menekan bahagian tepi karipap.
6) Susun karipap atas dulang dan sapu telur hingga rata.
7) Bakar karipap roti dengan oven yang dipanaskan pada suhu 170°C selama lebih kurang 15 minit atau hingga kelihatan perang.


Sekian sahaja untuk kali ini. Selamat mencuba dan assalamualaikum. =D

Saturday, 31 August 2013

Resepi Kuih Seri Muka

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni dah 31 Ogos 2013. So hari ni dah genap 56 tahun Malaysia merdeka. Semoga tahun demi tahun Malaysia terus maju, aman dan mendapat berkat dan rahmat dari-Nya. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia dari Salam Dunia.

Untuk entri hari ni, saya nak share resipi Kuih Seri Muka. Nama Seri Muka, so kalau makan muka jadi berseri-seri? Eh! Sebenarnya saya buat kuih ni dah lama, masa bulan Ramadhan lagi, tapi baru hari ni nak share. Resepi ni saya ambik kat sini- myresipi. Credit to NanaSham.


Bahan-bahan (size loyang 22cm):

Bahan lapisan bawah:-

1) 500gm beras pulut
2) 400ml santan cair
3) 1 sudu kecil garam
4) 2 sudu besar minyak

Bahan lapisan atas:-

1) 120g tepung gandum
2) 3 sudu besar tepung jagung
3) 140g gula
4) 3 biji telur
5) 450ml santan pekat
6) 1/2 sudu kecil garam
7) 300ml air + 10 helai daun pandan dikisar utk dijadikan air pandan (bagi yang susah nak dapatkan daun pandan, boleh digantikan dengan 1 sudu kecil pandan paste)


Cara-cara:

Untuk lapisan bawah:-

A) Panaskan pengukus terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
B) Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20 minit.
C) Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh.
D) Satukan semua bahan2 di dalam loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
E) Kukus selama 20-30 minit.
F) Keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi. Siap untuk dilapis dengan lapisan atas.

Untuk lapisan atas:-

1) Pukul gula bersama telur hingga kembang.
2) Masukkan santan yang telah dilarutkan bersama garam. Diikuti dgn air pandan dan dikacau lagi.
3) Akhir sekali, ayakkan tepung gandum & tepung jagung ke dalam adunan tadi. Dikacau lagi agar tidak berketul. Kalau berketul, boleh gunakan blender. Tuang adunan ke atas lapisan pulut tadi.
4) Kukus dengan api sederhana selama 1 jam atau sehingga masak.

p/s: Kuih ini hendaklah betul2 sejuk barulah mudah dipotong and cantik dihidangkan.


Selamat mencuba ya nanti. Kuih ni sangatlah sesuai dibuat breakfast or minum petang. Assalamualaikum.

Sunday, 3 March 2013

Tea Time with POPIA

Assalamualaikum and hello there.

Hari ni, saya just nak share simple recipe of popia. Popia goreng is one of my favourite foods for tea time. Memang terangkat makan dengan tea-O panas. =D


Bahan-bahan:-

1) Kulit popia
2) 4-5 ulas bawang putih
3) 1 labu bawang besar
4) 500gm kubis
5) 1 batang lobak merah
6) 4 ketul ayam dada
7) 1 kiub ayam
8) Garam dan gula secukupnya
9) Minyak dan air secukupnya

*Bahan-bahan boleh diubah mengikut selera masing-masing.

Cara-cara:-

1) Bawang putih, bawang besar, dan ayam dipotong dadu.
2) Kubis dan lobak merah dipotong menjadi jalur-jalur halus.
3) Panaskan minyak secukupnya dan tumis bawang putih serta bawang besar sampai kekuningan.
4) Masukkan ayam. Biarkan seketika.
5) Masukkan kiub ayam, kubis, dan lobak merah. Tambah sedikit air jika perlu untuk melembutkan kubis dan lobak merah.
6) Tambah garam dan gula secukupnya. Biarkan airnya kering dan SIAP intinya.
7) Biarkan inti sejuk dan selepas itu bolehlah digulung ke dalam kulit popia. Lekatkan hujung kulit popia dengan air.
8) Siap dan boleh digoreng untuk dihidang.

Biasanya saya akan buat popia ni banyak2 dan simpan dalam peti sejuk. Bila nak makan, just goreng. =D Sangat sesuai untuk minum petang dan juga sarapan pagi. Untuk yang bekerja, bolehlah membuatnya pada hujung minggu untuk dimakan semasa weekdays.


Sekian dan selamat mencuba. Peace be upon you.

"Barangsiapa membiasakan diri untuk beristighfar, Allah akan memberikan jalan keluar baginya dari setiap kesulitan." (HR Abu Daud)

Friday, 11 May 2012

Roti Pita

Assalamualaikum and hello there!

Today, I'm going share with you guys how to make inti roti pita. It's totally nice and suitable to be eaten during tea-time. The recipe is simple yet marvellous! Lebih-lebih lagi kalau makan dengan mayonnaise and serbuk lada hitam. Terasa nikmatnya.

Bahan-bahan:-

1) Daging burger ayam atau daging- I prefer brand Ramly
2) Bawang putih
3) Bawang besar
4) Timun
5) Tomato
6) Sos cili
7) Sos tomato
8) Sedikit minyak untuk menumis
9) Sedikit garam
10) Sedikit air

1+2+3+4+5 semuanya dipotong dadu
Bahan-bahan ni, I cannot give you specific amount cause I also main letak ikut sedap rasa. Tapi InsyaAllah akan jadi! Tak yah risau.

Cara-cara:-

1) Panaskan sedikit minyak. (sikit jer sebab nanti bila dah masukkan daging burger akan keluar minyaknya)
2) Tumiskan bawang putih dan seterusnya masukkan bawang besar.
3) Masukkan daging burger.
4) Agak-agak daging dah nak masak, masukkan timun dan tomato.
5) Masukkan sedikit air, sos cili, sos tomato, dan garam secukup rasa.
6) Biar untuk seketika sehingga air kering dan siap!

Inti yang siap!

Untuk dihidang, roti pita bolehlah dibakar dengan toaster atau dipanaskan seketika dalam microwave supaya roti pita lebih lembut. Potong roti kepada half dan masukkan inti secukupnya ke dalam pocket roti pita. Untuk rasa yang lagi ummph, inti roti pita tu bolehlah digaul dengan mayonnaise and serbuk lada hitam.

Sedia dingap!

So, after this, tak yah beli roti pita ni kat luar lagi. Lagi sedap dan lagi jimat buat sendiri. =)
"The golden opportunity you are seeking is in yourself. It is not in your environment, it is not in luck or chance, or the help of others."

Saturday, 24 March 2012

Sardin Crust

Assalamualaikum and hello there!!

Hari ni, saya nak share resipi sardin crust. Sardin Crust sesuai dihidangkan sewaktu sarapan pagi dan minum petang. Dah boring kan asyik makan pisang goreng jer petang2. Resipi ni sangat simple dan yang pasti sedap!

Bahan-bahannya:

1) Roti sandwich secukupnya (1 packet besar punya)
2) Sardin (1 tin kecil)
3) 3 ulas bawang putih (dipotong dadu)
4) 1 labu Bawang besar (dipotong dadu)
5) Hirisan lada (jika gemarkan sedikit pedas)
6) Sedikit perahan limau nipis (untuk hilangkan rasa hanyir sardin)
7) Minyak untuk menumis dan menggoreng
8) 2 Biji telur
9) Serbuk roti

Cara-caranya:

1) Untuk inti, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar sehingga layu dan kuning keemasan.
2) Masukkan sardin, perahan limau nipis dan hirisan lada.
3) Lenyekkan sardin sampai hancur dan biarkan seketika.
4) Biarkan inti sardin untuk sejuk.
5) Gelek roti hingga nipis dan masukkan inti sardin secukupnya.
6) Gulung roti dan gunakan putih telur untuk gamkan roti di bahagian hujungnya.
7) Pukul telur dan celupkan roti yang siap digulung ke dalam telur tersebut.
8) Lumurkan roti dengan serbuk roti.
9) Panaskan minyak dan goreng roti sehingga masak. =D

Tips:

1) Untuk mengurangkan roti menyerap minyak ketika menggoreng, saya hanya gunakan pan dan sedikit minyak sahaja untuk memasaknya.

2) Roti yang siap digulung dan dilumurkan dengan serbuk roti boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk 2-3 hari.

3) Bagi mereka yang tidak suka rasa garing serbuk roti, bolehlah terus menggoreng roti sebaik sehaja dicelup ke dalam telur. Tapi dah tak jadi Sardin Crust lah. Jadi Sardin Roll jelah. =P

4) Boleh diganti dengan tuna sekiranya tidak suka sardin.

Ni dia Sardin Crust yang siap digoreng:

Sardin Crust!!

Sardin Crust dan Sardin Roll Yang Siap Untuk Dihidang.

Bersedia Untuk Dingap! (^.^)

Sardin Roll

Nampak sedap tak?? Hehehe.. So, ape lagi, cubalah. Sangat senang. Petang klu makan panas-panas, kena pulak dengan tea'o, memang ummphhh! Oklah, sekian sahaja untuk entri kali ni. Bersua kita di lain hari. Assalamualaikum s.w.t.
"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan." [Surah Al-Insyirah,94:5-6]

Kongsi Resepi