Dr's Dessert

Dr's Dessert
Follow our instagram @drsdessert. Base in Kota Bharu, Kelantan. msg/whatsapp 019-4424904 untuk order.
Showing posts with label puding. Show all posts
Showing posts with label puding. Show all posts

Saturday, 28 December 2013

Resepi Puding Mentega

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Weekend ni bolehlah kalau nak try buat puding mentega. Sedap dimakan sejuk2 and sesuai dijadikan dessert. :D Resepi ni saya ambik di sini. Credit to Mrs. Newton. Hehe.


Swirl tak jadi sangat tapi sedap okay! :P

Bahan-bahan:

1) 10g serbuk agar2
2) 650ml air
3) 180g gula pasir (boleh kurang atau tambah ikut kesesuaian)
4) 60g mentega
5) 1 biji telur
6) ½ tin susu cair
7) 1 sudu besar tepung kastard
8) 1 sudu besar serbuk koko
9) 1/2 sudu teh esen vanilla
10) 2 pewarna yang berlainan


Cara-cara:

1) Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan.
2) Pukul telur dan masukkan ke dalam adunan. Kemudian masukkan susu & tepung kastard dan kacau hingga rata.
3) Masukkan mentega dan esen vanilla.
4) Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Kemudian masukkan serbuk koko ke dalam salah satu adunan, 2 adunan lagi masing2 letak pewarna.
5) Tuang adunan berselang-seli untuk dapatkan corak.
6) Sejukkan di dalam peti ais dan sedia untuk dimakan.


Sekian sahaja untuk kali ini. Assalamualaikum dan selamat mencuba. :D

Monday, 4 November 2013

Resepi Puding Roti Bakar

Assalamualaikum and salam sejahtera.

Semalam, kemenangan tak menyebelahi team The Red Warriors. Huhu. Tewas 1-0 kepada team Pahang. Tahniah diucapkan kepada team Pahang and kepada TRW, jangan putus asa.

Hari ni, saya nak share satu lagi resipi yang saya baru try kelmarin. Memang sedap puding roti bakar ni. Lebih kurang sebulan yang lalu, saya ade share resipi puding roti jugak, tapi yang tu kukus punya. Nak resepinya, boleh click kat sini.

Kali ni, untuk resepi puding roti BAKAR, saya ambik resepi dari blog kak Hana. Boleh click kat sini untuk visit blognya. Credit to kak Hana. Tapi saya tak buat pun sos kastad untuk dimakan bersama-sama puding ni, masak jer terus ngap! Hehe, malas.


Bahan-bahan:-

1) 8 keping roti
2) 500 ml (2 cawan) susu segar* (saya guna susu tepung yang dibancuh)
3) 4 sudu besar gula halus* (saya just letak 3 sudu besar gula pasir)
4) 2 biji telur*
5) 1 sudu teh esen vanilla*
6) 2 sudu besar butter - cairkan
7) 3 sudu besar kismis


Cara-cara:

1) Satukan bahan-bahan yang bertanda *. Koyak2kan roti dan masukkan ke dalam mangkuk tadi. Biarkan terendam dan meresap seketika.
2) Masukkan separuh kismis dan juga butter cair. Gaul sebati. Kemudian tuang ke dalam loyang/bekas yang telah digris dengan sedikit butter. Taburkan baki kismis ke atas adunan.
3) Bakar pada suhu 175°C selama 30 minit atau sehingga masak.

Masak2 jer, terus potong and ngap! Memang sedap!

Bagi sape yang sukakan sejuk, bolehlah disimpan di dalam peti ais sebelum dihidangkan.

Jemputlah makan. ;D

Itu sahajalah untuk kali ni. Moga bersua di lain ketika. Assalamualaikum.

Saturday, 12 October 2013

Resepi Puding Roti Coklat Senang

Assalamualaikum and salam sejahtera.

Kowang semua buat ape hujung minggu ni? Buat persiapan menjelang hari raya Aidiladha ke? Hari ni saya nak kongsikan resepi puding roti.


Bahan-bahan:

1) 1 sudu besar majerin
2) 1/2 cawan gula
3) 1 biji telur
4) 1 cawan susu segar
5) 1 sudu besar serbuk koko (kalau takde, guna milo pun boleh)
6) 2 sudu besar tepung jagung
7) 6 keping roti dipotong
8) secubit garam


Cara-cara:

1. Guna blender. Blend gula dan majerin sehinggga sebati.
2. Masukkan telur dan blend lagi.
3. Masukkan susu, serbuk milo, tepung jagung, roti yang telah dipotong dan garam. Blend sehingga sebati.
4. Kukus dengan api sederhana untuk 45 minit atau sehingga masak.

*Kalau takde blender, boleh guna senduk jer nak gaul.


Puding roti coklat ni sedap jugak kalau makan dengan sos kastard. Saya tak buat pun, malas. Huhu. Tapi kowang boleh try buat. Sekian sahaja untuk kali ni dan Assalamualaikum.

Friday, 30 August 2013

Resepi Puding Trifle

Assalamualaikum and salam Jumaat semua.

So, ape plan hari ni? Hari ni saya just nak share resipi puding yang mantap and sedap- Puding Trifle. Memang best makan sejuk-sejuk as dessert. Finishing yang meninggalkan kesan kepada pemakannya. =D

Actually puding triffle ni ade 3 layer- 1) Layer kek 2) Layer kastard 3) Layer jelly + buah-buahan cocktail. Pendek kata, rasa2 layer ni blend with each other. Tapi yang saya buat ni, saya just guna lapisan kastard, lapisan jelly and buah-buahan cocktail. But i'll share with you resepi 3-layers-Puding Trifle. Resepi ini saya mintak dari Tok Wan. Credit to her.


Bahan-bahan Lapisan Kek - Kek Coklat Kukus:

1) 1 egg + 1/2 sudu kecil esen vanilla
2) 1/2 cawan gula
3) 1/2 cawan gula perang
4) 1/2 cawan minyak masak
5) 3/4 cawan susu segar
6) 1/4 cawan air + 1/2 sudu kecil nescafe
7) 1 cawan tepung gandum + 1/4 cawan serbuk koko + 1/2 sudu kecil serbuk penaik + 1 sudu kecil baking soda (semua bahan ini diayak sekali)

p/s: Kalau rasa malas nak buat kek, just beli kek gulung or any kek yang dirasakan sesuai or even buat dua layer macam saya.

Bahan-bahan Lapisan Kastard:

1) 175g gula
2) 100g tepung kastard
3) 400ml susu cair
4) 800ml air kosong

Bahan-bahan Lapisan Jelly:

1) 1 kotak jelly (Saya just guna 1 kotak kristal jeli Nona)
2) 1 tin buah-buahan cocktail

Cara-cara:

1) Panaskan pengukus. Pukul telur, gula dan gula perang. Masukkan minyak masak, susu segar dan air nescafe. Kacau hingga sebati. Masukkan bahan yang diayak sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati. Masukkan dalam loyang yang sesuai dan kukus untuk 35 minit atau sehingga masak.

2) Biarkan kek sejuk dan selepas itu bolehlah dipotong kek dan aturkan dalam bekas yang ingin digunakan untuk puding trifle ni. Boleh juga kalau nak guna loyang tadi. Gunakan sedikit air buah-buahn cocktail untuk membasahkan kek.

3) Dalam bekas lain, kacau semua bahan-bahan kastard sehingga sebati. Pastikan tidak berketul. Kalau berketul-ketul, boleh gunakan blender. Masak kastard dengan api sederhana dan apabila masak, cepat-cepat layerkan dalam bekas puding trifle tadi.

4) Masak jelly mengikut arahan pada kotak. Sementara itu, taburkan buah-buahan cocktail di atas lapisan kastard. Bila jelly dah masak, layerkan atas puding trifle tadi untuk finishing. Done!


Memang tak dinafikan nak buat puding trifle ni agak leceh tapi trust me the end product is really worth to try. Sedap yang amat!! Oklah itu saja untuk hari ni. Moga bersua lagi di lain hari. Assalamualaikum.

Sunday, 14 July 2013

Puding Cheese

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Malam ni dah masuk malam ke-6 bulan Ramadhan 1434. So cam maner?? Adakah semakin hari amalan ibadat kepada Allah S.W.T semakin bertambah? Tepuk dada tanya iman. =D

Malam ini saya nak share resipi puding cheese. Puding ni memang best, lemak berkrim disukai ramai. Hehe. Memang kenalah kalau nak buat juadah berbuka. Resepi ni saya ambik kat sini. Credit to Kak Roz. Jom tengok bahan-bahan yang diperlukan. Bolehlah cuba esok.

Bahan-bahan:-

1) 13gm serbuk agar-agar
2) 1 liter air
3) 120g gula
4) 3 biji telur
5) 120-150g biskut cheese - blend halus
6) 1 sudu besar tepung kastad
7) 400ml susu cair/susu segar
8) 200g susu pekat
9) 50g mentega

Cara-cara:-

1. Masak serbuk agar2 dgn air sehingga hancur. Kacau selalu. Masukkan gula dan kacau sehingga sebati.

2. Dalam bekas lain, pukul telur sehingga rata dan campurkan biskut cheese dan tepung kastad. Masukkan susu cair dan susu pekat manis dan kacau hingga sebati.

3. Tuangkan ke dalam adunan agar2 tadi dan tutup api apabila mendidih. Masukkan mentega dan kacau sehingga sebati.

4. Tuang ke dlm acuan dan biarkan sejuk di suhu bilik. Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.


Senang kan nak buat puding ni? So ape lagi, tengok bahan-bahan kat dapur, kalau semuanya dah ada, boleh lah buat malam ni terus. Boleh makan time sahur esok.

Assalamualaikum dan selamat bersahur.

Kongsi Resepi