Dr's Dessert

Dr's Dessert
Follow our instagram @drsdessert. Base in Kota Bharu, Kelantan. msg/whatsapp 019-4424904 untuk order.
Showing posts with label Chocolate. Show all posts
Showing posts with label Chocolate. Show all posts

Friday, 2 May 2014

Resepi Nutella Tart

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Masih tak terlambat untuk saya mengucapkan selamat Hari Pekerja. InsyaAllah, moga sentiasa menjadi pekerja yang lebih baik dari masa ke masa. Hari cuti ni saya nak share resepi nutella tart. Tapi saya buat bentuknya ala-ala nutella pod yang menjadi bualan sekarang tu. Anyone know sape yang jual nutella pod in kelantan? Boleh cuba beli.

Crust nutella tart/pod ini saya ambik dari blog mat gebu. Fillingnya of course nutella yang sedap itu semata-mata. Takdak bahan lain dah. So senang sangat nutella tart/pod ni.


Bahan-bahan crust

1) 150 gram tepung halus (tepung gandum pun ok)
2) 25 gram gula aising, diayak
3) 70 gram mentega sejuk dari peti sejuk, didadu kecil
4) 1 biji telur, dipukul sedikit
5) 1/2 camca teh esen vanilla
6) Nutella


Cara-cara:

1) Gaul tepung, gula aising dan mentega sejuk hingga menjadi teksture seakan2 serbuk roti, guna hujung jari saja.
1) Tuang esen vanilla dan masukkan telur sedikit demi sedikit dan digaul hingga menjadi doh. Rehatkan sekejap.
3) Untuk membuat shape seakan-akan nutella pod, kowang kena ada muffin tray preferable yang kecik jer. Ambil doh tadi tekan dalam acuan muffin dan bentukkan mengikut nutella pod dan kemaskan. Kalau takde, boleh guna acuan tart yang biasa.
4) Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. Biar sejuk sebentar dan keluarkan dari acuan. Sejukkan atas jaringan dan boleh simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian.
5) Untuk filling, kalau nak senang masukkan nutella dalam piping bag dan pipekan filling ke atas crust tart/pod yang dah sejuk. Kalau takde, guna sudu teh pun boleh.


To those staying in Kota Bharu and nak order cake dari SALAM DUNIA, dialu-alukan untuk follow our ig >>>  @drsdessert.
Sekian sahaja untuk kali ini. Selamat bertart dan assalamualaikum.

Wednesday, 1 January 2014

Tahun baru dengan Kek Coklat Moist Buttermilk

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat tahun baru semua, 01/01/2014. Selamat bercuti bagi yang bercuti dan pada negeri yang tak bercuti, mulakan tahun baru ini dengan fikiran yang positif. InsyaAllah. Jangan lupa tingkatkan amal dan ibadah kepada Allah S.W.T. Ikhlaskan hati dan semoga amalan kita sentiasa diterima-Nya.

Untuk yang bercadang mengadakan jamuan tahun baru, bolehlah kalau nak try buat kek coklat using buttermilk. Bagi kelainan sikit. Sebelum ni, saya duk asyik guna buttermilk nak buat red velvet cake. Actually, this is my 1st time baking chocolate cake using buttermilk. Alhamdulillah, rasanya moist dan lemak berkrim disukai ramai. Hehe. Resepinya saya ambik di sini. Credit to Kak Wan.


Bahan-bahan:-

1) 300g tepung gandum
2) 400g gula perang
3) 50g gula kastor
4) 100g serbuk koko
5) 1 sudu teh serbuk penaik
6) 2 biji telur
7) 1 sudu teh garam
8) 240ml buttermilk
9) 240ml minyak masak
10) 1 1/2 sudu teh esen vanilla
11) 240ml air panas


Cara-cara:-

1) Panaskan oven pada suhu 150°C.
2) Masukkan semua bahan di atas ke dalam mangkuk pengadun kecuali air panas.
3) Putar pada kelajuan sederhana selama lebih kurang 1 minit. Kemudian masukkan air mendidih dan teruskan memutar hingga sebati.
4) Tuangkan ke dalam loyang yang sudah digris dengan mentega. Bakar selama 1 jam atau sehingga masak.

Friday, 20 December 2013

Resepi Kek Coklat Kukus Senang

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Kita dah menghampiri hujung tahun 2013. Tahun 2014 bakal menjelma. Biasanya before ni, saya tak pernah ada azam, but for 2014, saya ada 3 azam yang ingin dicapai, insyaAllah.
  1. Lulus professional exam phase 2 12/14 dengan jayanya.
  2. Do well in my clinical years which will start on september 2014. Tak mau jadi malas2 dah.
  3. Travel to any country (preferable is either korea or hong kong) untuk melihat keindahan dunia ciptaan Allah s.w.t. (hopefully ade sale AirAsia :D)
InsyaAllah, dengan fikiran positif, doa+usaha+tawakkal, azam2 ni dapat dicapai. Wah, dah gaya motivator ni.

Ok, hari ni saya just nak reshare resepi kek coklat kukus yang biasa saya buat. Dah berkali-kali buat sebab yang ini paling SENANG dan SEDAP I would say. 

Bahan-bahan:

1) 2 biji telur + 1 sudu teh esen vanilla
2) 1 cawan gula
3) 1 cawan gula perang
4) 1 cawan minyak masak
5) 1 1/2 cawan susu coklat
6) 1/2 cawan air + 1 sudu teh nescafe
7) 2 cawan tepung + 1/2 cawan serbuk koko + 1 sudu teh serbuk penaik + 2 sudu teh soda bicarbonate (diayak sekali)

Cara-cara:

1) Panaskan pengukus.
2) Putar telur, esen vanilla, gula dan gula perang.
3) Masukkan minyak masak, susu coklat dan air nescafe. Kacau hingga sebati.
4) Masukkan bahan yang diayak sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati. Jangan putar terlalu lama, stop bila semua dah sebati. Nanti kek tak naik. ;)
5) Masukkan adunan kek dalam loyang yang sesuai. Masukkan ke dalam pengukus dan kukus selama 1 jam atau sehingga kek masak.

Lagi 1 saya suka pasal resepi sebab kita just sukat bahan-bahan pakai cawan jer. So sangat praktikal.


Kali ini, saya cuba hias kek dengan parutan coklat and tak letak topping pun. Parut banyak2 sampai cover cake. :O Tapi bagi sape2 yang nak letak topping, boleh tengok resepi topping coklat bajet kat sini.

Sekian sahaja untuk kali ini. Jangan lupa setkan azam tahun 2014 supaya hidup jadi bermatlamat. Akhir kata, selamat bercoklat!

Wednesday, 16 October 2013

Resepi Kek Coklat Kukus Lapis Cream Cheese

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni saya nak share resepi kek coklat kukus lapis cream cheese. Kek ni masih mendapat tempat dalam kalangan peminat kek pada musim perayaan. Kek coklat yang lembap digandingkan dengan rasa creamy cream cheese memang sedap.


Untuk kek coklat, saya just guna resepi yang biasa saya guna. Boleh click sini utk resepi. Untuk lapisan cheese, saya just guna resepi dari Mat Gebu.

Bahan-bahan:-

Kek Coklat
1) 2 biji telur + 1 sudu teh esen vanilla
2) 1 cawan gula
3) 1 cawan gula perang
4) 1 cawan minyak masak
5) 1 1/2 cawan susu coklat
6) 1/2 cawan air + 1 sudu teh nescafe
7) 2 cawan tepung + 1/2 cawan serbuk koko + 1 sudu teh serbuk penaik + 2 sudu teh soda bicarbonate (diayak sekali)

Lapisan cream cheese
1) 250 gram krim cheese
2) 60 gram gula halus
3) 1 biji telur
4) 1 sudu besar air
5) 1 sudu besar tepung gandum
*saya just buat separuh adunan jer.


Cara-cara:-

1) Panaskan pengukus.
2) Putar telur, esen vanilla, gula dan gula perang.
3) Masukkan minyak masak, susu coklat dan air nescafe. Kacau hingga sebati.
4) Masukkan bahan yang diayak sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati. Jangan putar terlalu lama, stop bila semua dah sebati. Nanti kek tak naik. ;)
5) Masukkan adunan kek dalam loyang yang sesuai. Masukkan ke dalam pengukus dan kukus selama 25 minit.
6) Sementara itu, putar cream cheese dengan gula. Masukkan telur, air dan tepung gandum. Putar hingga kembang. Bila dah cukup 25 minit, tuang adunan cream cheese ke atas kek coklat dan sambung kukus untuk 30 minit atau sehingga kek masak. Gunakan api sederhana untuk mengukus.


Sekian sahaja untuk entry kali ni. Untuk chocolate lovers, jangan lupa cuba ya. Sehingga berjumpa di lain ketika dan assalamualaikum.

Friday, 17 May 2013

Chocolate Mousse Brownies

Assalamualaikum and happy weekend to everyone.

Dah lama tak update my blog. Hehe. Sebab busy with study and projects. Too much things to handle. Alhamdulillah, I still can cope with that. Still a long way to go.

Forget about that. Today, saya nak share a very fantastic recipe of chocolate mousse brownies. Dah lama nak buat tapi ni baru ada kesempatan. Resipi ni saya dapat dari myresipi.com. Credit to Kak Yani.


Bahan-bahan:-

Brownies

1) 45g butter/minyak
2) 65g gula halus
3) 1 biji telur
4) 50g tepung gandum
5) 1/2 sudu kecil baking powder
6) 1 sudu besar serbuk koko

Chocolate Mousse

1) 140g coklat masakan
2) 1 sudu besar gelatin
3) 100ml air
4) 2 biji telur putih
5) 200g whipping cream
6) 40g gula halus (boleh kurangkan gula kalau whipping cream dah manis)


Cara-cara:-

1) Penyediaan Brownies. Pukul butter dengan gula sehingga kembang/putih.
2) Kemudian masukkan telur. Pukul lagi dalam 3-4 minit.
3) Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko ke dalam no.2 tadi. Kacau rata.
4) Masukkan adunan ke dalam loyang. Kemudian bakar dengan suhu 190 degree selama 12-15 minit.
5) Bila dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.
6) Penyediaan Mousse. Masukkan gelatin ke dalam bekas yang mengandungi 100ml air. Biarkan dalam 5 minit. AWAS!!. Jangan masukkan gelatin dulu kemudian air. Ini akan menyebabkan gelatin berketul2 dan tidak larut sepenuhnya.
7) Cairkan coklat masakan dengan kaedah 'double bowl' (Guna 2 periuk, 1 periuk letak air dan 1 periuk letak coklat. Periuk yang ada coklat ni, letak pulak ke dalam periuk yg ada air. Kemudian panaskan sehingga coklat cair).
8) Bila coklat dah cair, padamkan api dan keluarkan periuk coklat dari periuk yg ada air tadi. Masukkan campuran gelatin tadi ke dalam coklat cair. Kacau sehingga gelatin sebati dengan coklat tadi. Biarkan sehingga sejukkan.
9) Pukul putih telur sehingga kembang atau sehingga bertanduk.( Kalau diterbalikkan bowl, telur x jatuh). Sambil pukul telur tu, masukkan gula sikit demi sedikit.
10) Dalam mangkuk lain pula, pukul whipping cream sehingga jadi btk krim.
11) Masukkan no.10 dan no.7 ke dalam no.9. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati. Tuangkan adunan ini ke dalam loyang brownies. 12) Simpan dalam peti sejuk sehingga mousse keras dan bolehlah dihidangkan.
13) Sebelum dihidangkan tu, boleh dihias dengan serbuk koko dipermukaan mousse.
14) TIPS: Kalau guna loyang 23cm, buat 1 1/2 resipi ni untuk mengelakkan terlalu nipis.

Jemput makan!

Sekian sahaja untuk entri pada kali ini. Assalamualaikum and selamat mencuba. =D

Sunday, 14 April 2013

Banana Chocolate Cake

Assalamualaikum and happy sunday guys.

Today, I want to share with you recipe of banana chocolate cake. Memang sedap tambah2 dimakan sejuk dari peti ais. Terangkat wa cakap lu. Hehe. Resepi credit to DrIntan.

Bahan-bahan:-

1) 2 cawan gula (400gm)
2) 1 3/4 cawan tepung (245gm)
3) 3/4 cawan serbuk koko (75gm)
4) 1 1/2 sudu teh serbuk penaik
5) 1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
6) 1/2 sudu teh garam
7) 2 biji telur
8) 2 biji pisang besar (1 cawan pisang yang sudah dilenyek)
9) 1 cawan air suam/panas (240ml)
10) 1 sudu teh esen vanilla
11) 1/2 cawan susu segar (120ml)
12) 1/2 cawan minyak (120ml)

Cara-cara:-

1) Ayak tepung, serbuk koko, serbuk penaik, soda bikarbonat dan garam.

2) Lenyek pisang dalam satu mangkuk, kemudian campurkan gula dan kacau sampai sebati.

3) Dalam satu bekas lain, pukul 2 biji telur sampai kembang. Kemudian campurkan pisang yang dah dilenyek, minyak, susu segar, esen vanilla dan air suam/panas. Kacau sampai sebati menggunakan senduk.

4) Dalam satu bekas lain, kacau bahan-bahan yang diayak sampai sebati.

5) Buat lubang di tengah-tengah bahan kering, tuangkan bahan-bahan basah tadi ke dalam bekas berisi bahan kering. Kacau bahan-bahan tadi menggunakan senduk supaya sebati dan tak berketul-ketul.

6) Sapukan minyak/butter pada permukaan loyang dan tuangkan bahan-bahan tadi. Masukkan ke dalam oven pada suhu 175°C selama 35-40 minit.

Done! Kek belum pakai baju. O.O
Untuk topping, saya guna resepi ini.





Jemput makan!
Sekian sahaja untuk kali ini. Selamat mencuba and assalamualaikum.

Saturday, 9 March 2013

Chocolate Cake

Assalamualaikum and hi there.

How are you guys doing? Today, I just want to share some pictures of chocolate cake that I made before.

You can always refer here for simplest ever steamed chocolate cake.


As for the topping, just refer here.


Jemputlah makan. =D

That's all for today. Enjoy your weekend and peace be upon you.

Wednesday, 5 September 2012

Cheapest Chocolate Cake Topping

Assalamualaikum and hi guys.

Ada yang bertanya saya resepi topping kek coklat. So, kali ini saya nak share resepi topping kek coklat kek yang paling murah dan senang tapi yang penting SEDAP! So lepas ni dah tak payah beli cooking chocolate yang agak mahal. =D

Bahan-bahan:-

1) 1/4 cawan serbuk koko
2) 3 sudu besar tepung jagung
3) 1/2 cawan gula (boleh diadjust ikut citarasa sendiri)
4) 1 1/4 cawan susu segar (boleh juga air ditambah susu pekat manis- pun SEDAP, dah try)
5) 1 sudu besar majerin

Cara-cara:-

1) Kacau kesemua bahan 1-4 dan masak di atas api perlahan. Selalu kacau bagi mengelakkan topping berketul-ketul.
2) Bila dah likat dan masak, masukkan majerin, kacau sekejap dan SIAP! Bolehlah digunakan untuk menjadi topping kek coklat.

Meleleh tak? =P

Untuk resepi kek coklat, boleh tengok kat sini.

Sekian sahaja untuk kali ini dan Selamat Mencuba! Assalamualaikum and have a nice day. =D


p/s: Sape2 yang suka membeli-belah di ZALORA, bolehlah guna code ni, ZBAP1An semasa nak check out buat payment untuk dapatkan 15% discount. SELAMAT BERSHOPPING!

To those staying in Kota Bharu and nak order cake dari SALAM DUNIA, dialu-alukan untuk follow our ig >>>  @drsdessert.

"Orang yg memulakan salam adalah terlepas daripada sifat sombong dan takabbur" (HR Baihaqi)

Tuesday, 19 June 2012

Steamed Carrot Cake With Chocolate Chips

Assalamualaikum and hello everyone.

Today, I'm going to share with you a simple recipe which is Steamed Carrot Cake With Chocolate Chips. The ingredients are easy to get and the method is really simple as ABCs. Actually, this cake was asked by my mom as got extra carrots in the refrigerator. She kind of like kek buah and kek carrot.

For this recipe, my Mom said it is quite sweet maybe because of the choc chips. Next time, she suggest me don't put those choc chips. But I'm die-hard-fan of chocolate. Hehehehe. =)


Ingredients:-

1) 250g butter
2) 130g fine sugar
3) 3 eggs
4) 1 teaspoon vanilla essence
5) 200g raw carrots (finely grated)
6) 80g chocolate chips
7) 230g flour + 1 teaspoon baking powder (sifted together)

Method:-

1) Heat the steamer. Beat the butter with fine sugar.
2) Add in vanilla essence and eggs one by one and continue beating.
3) Add the sifted flour a bit at a time on a low speed of beating until well combined.
4) Lastly, add in the carrots and chocolate chips.
5) Steam the cake for about one hour or until the cake is fully cooked. Done! =)






That's all for this entry. Selamat Mencuba. Assalamualaikum.
"Hidup ibarat roda, adakalanya kita di bawah, adakalanya kita di atas, bersyukurlah kerana kita masih dapat meneruskan kehidupan."

Thursday, 31 May 2012

Kek Batik

Assalamualaikum and hi everyone!

Today, I nak share resepi kek batik. Kek batik is the easiest cake to make. I made the first kek batik at age of 13 years old. =) So proud to make it on my own. Hehehe.

Resipi yang saya nak share ni sangat simple dan bahan dia taklah rumit pun.


Kek Batik

Bahan-bahan:-

1) 1 paket biskut marie, 300-400g (dipatah2kan)
2) 1 cwn majerin
3) 1 cwn gula
4) 3 sudu serbuk koko, 3 sudu milo, 3 sudu susu pekat (dibancuh bersama sedikit air)
5) 3 biji telur (dipukul)

P/s: Boleh kurangkan gula kalau tak nak manis sangat. Kan biskut marie dah manis. =)

Cara-cara:-

1) Masak majerin dgn gula hingga hancur.
2) Masukkan koko, milo dan susu yang telah dibancuh.
3) Bila mendidih dan agak berwap, tutup api.
4) Masukkan telur sedikit demi sedikit dan kacau berterusan supaya telur tidak berketul.
5) Bila adunan telah sebati, masukkan biskut marie yg telah dipatah-patahkan.
6) Masukkan adunan ke dalam bekas yang sesuai, tekan adunan hingga padat.
7) Sejukkan dan simpan di dalam peti ais.


Maybe sebab tu nama dia kek batik. Bila dipotong, bercorak-corak dalamnya. Lawa.


Siap untuk dihidang. =)


Kek batik with strawberry yoghurt

Try makan kek batik dengan yoghurt and the taste not bad. Boleh dijadikan dessert di restoran-restoran. Pengusaha restoran take note! Hehehe. =)

"Tidak akan rugi orang yang bersifat baik budi, dan tidak akan beruntung orang yang bersifat hasad dengki."

Tuesday, 22 May 2012

Kek coklat kukus!

Assalamulaikum and hello there.

Last time, rumah nenek ade buat jamuan sikit. Jamuan kesyukuran. Jemput saudara mara datang. So agak busylah time tuh. Tempah 60 kg laksa and 20kg laksam. Kak chik buat kuah laksa penang. Dan rata-rata puji kuah dia sedap! Memang dia pandai masak pun. Kalau ada duit, dah lama ak bukak restoran and suruh dia jadi chef. Tapi I'm still dental student.. hehehe.

By the way, alang-alang tuh, I decided buat kek coklat kukus. Buat sebijik jer sebab mak cik dah tempah 3 jenis kuih and kak chik buat puding marble and agar-agar sirap ros. Takut tak habis. Resipi boleh ambik kat sini.

Tak pakai baju lagi(> <')

Didandan dengan mutiara import!Hehe

Ingatkan dah tak habis sebab dah banyak kuih lain. Tapi bila letak kat luar, tengok-tengok dah habis! Cepat jer dingap. Alhamdulillah. That's all for my entry. See you next time. Assalamualaikum and have a great day! =)
"Tangan yang di atas (pemberi) lebih baik daripada tangan yang di bawah (penerima)"-HR. Bukhari

Friday, 18 May 2012

Ordered Oreo CheeseCake

Assalamualaikum and hello everyone.

My friend had asked me to make oreo cheesecake. Since I'm free, so I decided to accept it. They paid for the ingredients' cost. On the way home, so I singgah at bakery shop and Tesco to buy the ingredients needed. Jadi, balik tu, rest a while and start making the cake. Less than one hour, finished making it. Alhamdulillah, tired but was hoping they would like it.

Siap!

Alang-alang buat cake ni kat diaorang, saya pun buat sikit kat my family and some I gave to my roomates. Senang makan dalam bekas kecik-kecik macam tuh. Yummy!

Macam dadih lak.

Coming back to hostel, saya cepat-cepat bagi kat diaorg. Next day, I asked them how was the taste. Alhamdulillah, all of them said ok. Macam aiskrim kata mereka. But, since they tak makan terus, the cake a bit melt. Happy to hear that since that was my 2nd time accepting order. =) For the recipe, can click here. That's all and thanks!
"You are never too young or too old for any good deeds"

Sunday, 4 March 2012

Simplest Steamed Chocolate Cake

Assalamualaikum n salam sejahtera.
Today is a rainy day in Kubang Kerian. I'm here in my room during this weekend to cover medical lecture notes that i had left them since having dental selanjar 1.

What about you?? what you guys doing during this weekend?? Sleeping?? Oh no!! Please wake up and do some beneficial things, life is short, man...

Today, i'm going to share the simplest ever chocolate cake yet delicious!

These are the ingredients needed:

1) 2 eggs + 1 teaspoon vanilla essence
2) 1 cup of sugar
3) 1 cup of brown sugar
4) 1 cup of cooking oil (i prefer nut one)
5) 1 1/2 cup chocolate milk (any brand can)
6) 1/2 cup of water + 1 teaspoon of nescafe
7) 2 cups of flour + 1/2 cup of cocoa powder + 1 teaspoon baking powder + 2 teaspoons baking soda ( all these four ingredients are sifted together)

method:

1) using blender ( this is what i meant simplest) blend one by one the ingredient following the order of ingredient that i put above.. Remember to follow the order above!

2) after that, your cake is ready to be steamed. Steamed for about 1 hour or until the cake is fully cooked.

For the cheapest and easiest topping, you can always refer HERE!

there it is, simplest ever!


p/s: Sape2 yang suka membeli-belah di ZALORA, bolehlah guna code ni, ZBAP1An semasa nak check out buat payment untuk dapatkan 15% discount. SELAMAT BERSHOPPING!

To those staying in Kota Bharu and nak order cake dari SALAM DUNIA, dialu-alukan untuk follow our ig >>>  @drsdessert.

"Today don't complain, don't explain. These are two allies of excuses."

Kongsi Resepi