Dr's Dessert

Dr's Dessert
Follow our instagram @drsdessert. Base in Kota Bharu, Kelantan. msg/whatsapp 019-4424904 untuk order.
Showing posts with label durian. Show all posts
Showing posts with label durian. Show all posts

Saturday, 16 March 2013

Pulut Durian

Assalamualaikum and hello there.

Durian, Raja Buah sememangnya buah kegemaran saya. Tak sah kalau musim durian, tak beli durian and makan dengan pulut. MANTAP seyh!!

Tapi ada je individu yang tak boleh makan durian ni. Maybe sebab bau dia yang kuat kut. But nevermind, it's their choice. Yang boleh makan ni jangan pulak pi makan depan2 individu ni. Tak baik tau.

As for me, pulut durian is one of greatest food ever! =D No hard feeling for durian haters. Just kidding!


Untuk menyedapkan lagi pulut durian, makan dengan santan dan gula melaka. =D

That's all for today and peace be upon you.

Saturday, 22 December 2012

Fenomena Durian Crepe

Assalamualaikum and hello there.

I just want to share with you about durian crepe. We can say that durian crepe dah jadi fenomena dessert yang melanda Malaysia.

Fenomena Durian Crepe!

Ingat lagi first time nak pergi beli durian crepe dengan amsyarbakery. Diaorang buat car boot sale kat tepi nirwana kubang kerian jam 8-9 malam. Kalau tak silap, tarikhnya 21 November 2012.

Saya pergilah dengan kawan saya, aiman. We went there pukul 7.45 lagi untuk tunggu. So, plan nak beli about 7 packets. Kawan-kawan lain kirim. Time menunggu tu, we can see some people waiting here and there, seolah-olah ada something yang akan berlaku. Gigih menunggu, about 8pm, my friend can smell durian. Ape lagi tengok sini sana and there! Can see people berlari2 ke arah satu tempat. Ape lagi kitaorg pergi ikut sekali.

Sampai jer, penuh orang kat situ. Penjual sampai tak boleh nak bukak bonnet untuk ambil stok until he asked everyone to settle down. My friend and I just look and wait outside the crowd. Tak nak rebut2. Tapi in 5 MINUTES, 2 big boxes full of durian crepe SOLD OUT! In just 5 MINUTES!

Alhamdulillah, he still got another box in the car. Then, he said, "Untuk bagi adil and semua dapat rasa, setiap orang dapat beli 1 packet jer." Saya pun ape lagi cepat2 join the crowd and luckily can buy 1 packet.

That was my first time tasting durian crepe. It was absolutely amazing. The taste was really pure with durian flesh. Actually tak cukup 1 packet for both of us at that moment. 1 packet ade 6 biji. Kitaorg masing2 makan dua biji, lagi 2 biji bagi kat roomate yang lain.

SEDAP giler!

Sekarang makin banyak yang buat durian crepe ni. So, klu nak try, boleh visit blog masam manis, Cik Epal dan banyak lagi blog lain.

Last week, baru beli 1 packet durian crepe rm10/8 biji dengan Arena Durian Crepe KB. Pun SEDAP!


Sekian sahaja entry buat kali ini. Bagi yang ingin cuba membuat durian crepe, selamat bercrepe! Assalamualaikum.

"Tidak akan miskin seseorang individu itu sekiranya dia suka bersedekah tidak kira masa dan tempat."

Friday, 10 August 2012

Simplest Durian Cake

Assalamualaikum and hello there!

Today, saya nak share simplest durian cake recipe! Sedap, moist2 ckit and mantap! Hahaha. Actually dah lama nak buat kek ni tapi hajat tak kesampaian sebab susah nak cari isi yang betul2 sedap, durian mahal and bukan musimnya. However, last 2 weeks, since sekarang musim durian, ramai yang bagi durian kat rumah nenek ni. Murah rezeki. Isinya manis-manis dan sedap. So, ape lagi, saya pun decide lah nak buat kek durian ni.

Kek durian ni tak susah pun. Simple jer. Boleh buat untuk juadah berbuka dan juga ketika hari raya.


Nyum!

Sedap sangat kek ni sebab saya ni memang penggemar durian yang TEGAR! =D

Bahan-bahannya:-

1) 1 1/2 cawan tepung naik sendiri-self rising flour (kalau guna tepung biasa, ayak dgn 1 sudu teh baking powder)
2) 1/2 cawan gula pasir (Boleh tambah kalau nak manis)
3) 1 biji telur
4) 3/4 cawan bancuhan 6 ulas durian + susu segar
5) 1/3 sudu teh garam
6) 3/4 cawan minyak jagung (minyak masak pun boleh)
7) 1/2 sudu teh soda bicarbonate

Cara-caranya:-

1) Putar telur, gula, garam & bancuhan durian hingga gula hancur.
2) Masukkan minyak dan soda bicarbonate.
3) Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar sehingga sebati.
4) Griskan loyang dengan butter dan masukkan adunan kek.
5) Bakar pada suhu 165°C selama lebih kurang 35 minit atau sehingga kek masak.

Resepi ini saya ambik kat MyResipi dan saya olah sedikit mengikut citarasa saya. Credit to KakBesah yang share resipi kat situ. =D

Sekian sahaja untuk kali ini. Manfaatkanlah fasa ke3 bulan Ramadhan- pembebasan api neraka dengan memperbanyak amalan-amalan sunat sebagai topup untuk amalan wajib dan untuk mendapat manfaat lailatul qadar. Assalamualaikum.

"Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (HR. Bukhari)

Kongsi Resepi