Dr's Dessert

Dr's Dessert
Follow our instagram @drsdessert. Base in Kota Bharu, Kelantan. msg/whatsapp 019-4424904 untuk order.
Showing posts with label goreng. Show all posts
Showing posts with label goreng. Show all posts

Tuesday, 22 April 2014

Resepi Telur Bistik

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni saya nak share menu simple: Telur bistik.


Bahan-bahan:

Telur:-
1) 3 biji telur
2) 2 sudu besar mayonis
3) Garam secukup rasa

Bistik
1) 2 keping daging burger ayam (saya prefer brand Ramli, boleh jugak diganti dengan daging kisar ataupun ayam fresh)
2) 1 biji bawang besar
3) 2-3 ulas bawang putih
4) 1/2 lada hijau
5) 1 cm halia
6) 1 sudu besar sos tomato
7) 1 sudu besar sos cili
8) 1 sudu besar sos tiram
9) Garam (saya tak letak pun since daging burger dan sos tiram dah cukup masin)

*Saya punya bistik tak letak sayur campur, tapi kalau kowang suka, boleh jugak kalau nak letak. Masukkan sedikit air untuk melembutkan sayur campur tu.

Cara-cara:

1) Kacau telur, mayonis dan sedikit garam guna whisk hingga gebu. Goreng telur dalam pan supaya outlinenya nice. Gunakan sedikit sahaja minyak dan tudung pan ketika memasak telur untuk bagi telur cepat masak.



2) Sementara itu, potong dadu daging burger, bawang besar, bawang putih, lada hijau dan halia.
3) Panaskan sedikit sahaja minyak cukup untuk menumis bawang. (Sebab nanti minyak dari burger akan keluar, so kurangkan minyak)
4) Tumis bawang putih, bawang besar dan lada hijau hingga wangi.
5) Masukkan halia dan daging burger.
6) Masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram. Kalau perlu, masukkan sedikit garam. Biarkan seketika hingga daging masak.
7) Boleh toskan untuk membuang minyak yang over itu. Hehe.
8) Bolehlah dicurahkan bistik ini ke atas telur yang dah siap pan-fried tadi.



Sekian sahaja untuk kali ini. Assalamualaikum. :D

Sunday, 20 April 2014

Resepi Ayam Buttermilk

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Happy weekend kepada yang bercuti hari Ahad dan kepada yang bekerja or ada kelas macam saya, happy jugaklah. Apa menu nak masak tengah hari nanti? Kalau takde idea, bolehlah cuba ayam buttermilk, agak milky and creamy. Sedap gak makan dengan nasi.

So untuk ayamnya, boleh guna resepi chicken popcorn yang saya shared sebelum ni kat sini.


Bahan-bahan:

Chicken popcorn:
1) 4 ketul isi ayam bahagian dada saiz sederhana
2) 1 sudu besar tepung jagung
3) 1 sudu kecil serbuk kari daging/ayam
4) 1 sudu kecil garam
5) 1 biji telur

Buttermilk:
1) 3 sudu besar butter
2) 3 biji cili padi (depends on taste masing2, kalau nak pedas tmbah lagi, kalau x suka pedas, kurangkan)
3) 3/4 cawan susu segar
4) 2-3 tangkai daun kari
5) Garam (kalau guna unsalted butter) dan gula secukup rasa atau boleh jugak digunakan chicken stock.

Cara-cara:

1) Potong isi ayam kecil. Tabur tepung jagung, serbuk kari dan garam ke atas ayam dan gaul rata.
2) Masukkan telur dan gaul semua sehingga sebati. Perap selama 1 jam.
3) Panaskan minyak sehingga betul2 panas dan goreng chicken pop corn sehingga masak.
4) Sementara itu, panaskan butter. Tumis cili padi bersama-sama daun kari hingga naik bau.
5) Masukkan susu segar dan bahan-bahan lain dan masak sehingga pekat. Masukkan chicken popcorn dan siap. Bolehlah dihidang dengan nasi.


Manfaatkanlah cuti ini dengan melakukan aktiviti berfaedah. Sekian, selamat mencuba resipi ini dan assalamualaikum.

Saturday, 12 April 2014

Resepi Chicken Popcorn

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Jadi kali ni saya nak share resipi chicken popcorn. Chicken popcorn ni isi ayam dipotong kecik2 dan disalut tepung untuk digoreng. Memang sedap. Ngap macam tu pun boleh. Boleh jugak dimakan dengan roti tortilla buat ala2 KFC. Selain itu, chicken popcorn sesuai dijadikan lauk dimakan bersama nasi putih, nasi goreng atau makanan bergoreng lain.


Bahan-bahan:

1) 4 ketul isi ayam bahagian dada saiz sederhana
2) 1 sudu besar tepung jagung
3) 1 sudu kecil serbuk kari daging/ayam
4) 1 sudu kecil garam
5) 1 biji telur

Cara-cara:

1) Potong isi ayam kecil. Tabur tepung jagung, serbuk kari dan garam ke atas ayam dan gaul rata.
2) Masukkan telur dan gaul semua sehingga sebati. Perap selama 1 jam.
3) Panaskan minyak sehingga betul2 panas dan goreng chicken pop corn sehingga masak.


Kalau nak makan dengan roti tortilla, bolehlah dimakan bersama thousand island dressing dan salad yang sesuai. Macam KFC, sedap sangat. Boleh refer sini untuk resepi homemade roti tortilla.

Chicken popcorn ni jugak boleh dibuat ayam buttermilk. Nantikan next entri ya untuk resepi ayam buttermilk. Ok. Assalamualaikum. :D

Wednesday, 26 March 2014

Resepi Ayam Goreng Kunyit

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semua orang suka ayam kan? Ayam sedap kut lagi2 yang juicy2 tu. Tapi bila kita goreng ayam, it tend to hilang kelembapan kan? Hari ni saya nak share cara bagaimana nak goreng ayam guna kunyit dan garam macam biasa tapi still juicy inside.


Sejak tengok masterchef ni, feeling dia lain sikit bila masak. Dari hari ke hari, taste kena improved. Even ayam goreng simple pun kena improved kan?

Bahan-bahan:

1) Ayam (bahagian dada)
2) Kunyit hidup (nak guna serbuk kunyit pun OK jer)
3) Garam
4) 1 labu bawang besar
5) 1/2 Lada hijau

Cara-cara:

1) Tumbuk kunyit hidup dengan garam. (agak2 ya)
2) Potong dadu ayam. (saiz sederhana)
3) Gaul ayam bersama-sama garam kunyit.
4) Panaskan minyak (sedikit ajer- tak banyak macam goreng biasa). Masukkan semua sekali ayam. Biarkan seketika, masukkan bawang besar dan lada hijau yang dipotong. Biarkan sehingga masak. Siap. :D


Sekian sahaja untuk kali ini. Assalamualaikum. :D

Sunday, 16 March 2014

Resepi Sambal Sotong yang Simple

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Happy weekend semua but not for us in Kelate and some other states. Hari ni working days. 1st day hari kerja, mesti rasa malas yang amat. :(

Ok enough with malas2. To those yang takde idea nak masak ape tengah hari nanti, apa kata buat sambal sotong. Kali ni, saya nak share resepi sambal sotong yang SIMPLE tapi SEDAP. Resepi orang2 bujang lah katakan.


Bahan-bahan:-

1) 8-10 ekor sotong saiz sederhana
2) 5 cili kering saiz sederhana*
3) 1 labu bawang merah besar*
4) 3 ulas bawang putih*
5) 1cm belacan*
6) 1cm asam keping
7) Garam dan gula secukup rasa
8) Sedikit air
9) Minyak untuk menumis
10) 1/2 labu bawang besar dihiris

Bahan bertanda * dikisar dengan sedikit air

Cara-cara:-

1) Panaskan minyak. Tumis bahan yang dikisar sehingga garing dan pecah minyak. Kacau2 supaya bahan dikisar tak hangit.
2) Masukkan sotong, asam keping, sedikit air, gula dan garam secukup rasa. Biarkan seketika dan masukkan bawang besar yang dihiris.
3) Biarkan hingga sotong masak dan sambal menjadi pekat. Boleh dihidang.


Moga memberi ilham bagi sesiapa yang dah tak tahu nak masak ape. Sekian sahaja untuk kali ini dan Assalamualaikum.

Saturday, 8 March 2014

Resepi Nasi Goreng Kacang Botol

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Jadi hujung minggu ni buat ape? Kat kelate ada 3 restoran franchais yang baru dibuka sekitar KB mall which are Seoul Garden, Sushi King dan Domino's pizza. Belum pi lagi, InsyaAllah weekdays nanti nak pi seoul garden. My favourite- makan sampai tak ingat dunia! Haha.

Hari ni saya nak share resepi nasi goreng kacang botol. Sedap gua cakap lu. Rasa crunchy kacang botol di dalam nasi goreng, memang sedap. Tapi, ada yang tak kenal kacang botol ker?

Pic credit to here
Tulah kacang botol. Bila dipotong2, rupanya macam bintang gaya2 honey star. Hehe. Ulam ni sangat berkhasiat kata orang. Tapi, kalau nak tahu khasiatnya, sila google. Tak larat saya nak explain. :P

Bahan-bahan:

1) Nasi
2) 4-5 batang kacang botol- dipotong bintang2
3) 2 ketul ayam (bahagian isi dada)- dipotong dadu
4) 4-5 ulas bawang putih- dipotong dadu
5) 1/2 cili hijau- dihiris
6) Garam secukup rasa
7) Minyak untuk menumis


Cara-cara:

1) Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan cili hijau sehingga wangi dan sedikit garing.
2) Masukkan ayam dan kacang botol dan biarkan seketika sehingga ayam masak.
3) Masukkan garam secukup rasa.
4) Masukkan nasi dan kacau hingga sebati. Biarkan seketika di atas kuali. Barulah diangkat dan dihidang. :D

Kali ini, saya baru nak try2 buat video resipi. So layan lah 1st ever video resepi from Salam Dunia. :D


Sekian sahaja untuk kali ini dan assalamualaikum.

Saturday, 5 October 2013

Resepi Tapai Ubi Kayu Goreng

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni saya nak share pasal tapai ubi kayu goreng. Tapai ubi kayu antara makanan tradisional yang menjadi kegemaran saya kalau dimakan goreng atau bersama-sama cendol pulut. Memang sedap kut! So untuk anak2 muda (perasan tua lak) yang tak kenal tapai, tapai ubi kayu dibuat dengan mengawet ubi kayu dengan ragi. Kalau nak buat sendiri, boleh refer sini. Credit to Kak Wan. Saya just beli jer. Tak reti nak buatnya. Sebab kalau tak kena gaya, ubi kayu yang diawet jadi tak manis. :( So beli RM2, dapat 6 pieces. Oklah untuk makan 3-4 orang.


Bagi yang tak kenal, kat atas ni, rupa tapai ubi kayu sebelum digoreng. Untuk menggoreng saya just guna tepung goreng pisang ADABI jer. Sedap and simple. Cuma tambah air dan sedikit garam semasa membancuh.


Bahan-bahan:

1) Tapai ubi kayu
2) Tepung goreng pisang ADABI
3) Air
4) Garam
5) Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

1) Bancuh tepung dengan sedikit garam dan air secukupnya.
2) Ratakan bancuhan tepung pada tapai ubi kayu.
3) Pastikan minyak cukup2 panas sebelum menggoreng.


Tapai ubi kayu goreng ni sangat sesuai dihidangkan untuk breakfast dan tea-time. Ok sekian sahaja untuk kali ini, selamat mencuba dan assalamualaikum.

Wednesday, 2 October 2013

Resepi Mee Goreng Udang

Assalamualaikum and happy wednesday.

Hari ni duk kat bilik boring2 buat entry baru. So today I would like to share resipi mee goreng udang ala2 bujang. Hehe. So, sekarang dah tak boleh bagi alasan tak reti masak. At least basic things cam goreng2 ni kenalah tahu. :D


Bahan-bahan (4-5orang):

1) Sebungkus mee kuning
2) 4 ulas bawang putih
3) 1 labu bawang besar
4) 10-15 ekor udang saiz sederhana
5) Kubis
6) Taugeh
7) Tomato
8) Sos cili
9) Sos tomato
10) Kicap masin
11) Garam
12) Minyak
13) Air

*Tak dapat nak bagi exact amount, but with practice, you can already estimate how much to put and the taste will get better.

Cara-cara:

1) Tumis bawang putih dan bawang besar dengan sedikit minyak sehingga kekuningan.
2) Masukkan udang dan biarkan seketika.
3) Selepas itu, boleh masukkan sos cili, sos tomato, kicap masin, garam secukup rasa, dan sedikit air.
4) Masukkan sayur kubis dan taugeh.
5) Basuh mee sebersihnya untuk membuang rasa kapur. Masukkan mee dan kacau hingga sebati.
6) Agak-agak mee nak masak, masukkan tomato. SIAP!


Sekian sahaja untuk kali ni. Bagi yang beginner, bolehlah try2 masuk dapur and masak. Selamat mencuba dan assalamualaikum.

Tuesday, 16 July 2013

Spaghetti Goreng

Assalamualaikum and salam sejahtera semua.

Apa khabar semua? Bulan Ramadhan kerap lak saya buat entri baru. Hehe. Sekarang, untuk pengetahuan semua, kitaorang tengah study week. Exam 22hb ni. C.U.A.K. Tapi in between study tu, untuk hilangkan boring, updatelah blog ni selain dapat share resipi dengan semua.

Hari ni berbuka nak makan ape? Hehe. Soalan common orang pikir and tanya pada siang bulan Ramadhan. Hari ni dah masuk hari ke-7 kita berpuasa. Mesti dah boring kalau duk asyik makan nasi, mee goreng, bihun goreng kan? Hari ni, saya nak share makanan western yang dimelayukan. Hehe. S.E.D.A.P!


Resipi yang saya nak share tak lain dan tak bukan Spaghetti Goreng. Basically, bahan yang diperlukan sebijik sama cam nak masak mee goreng. Saya tak boleh nak bagi tahu amount setiap bahan since saya main campak2 jer secukup rasa. But, I'll just list them for your check list. =D

Bahan-bahan:-

1) Spaghetti (direbus terlebih dahulu dengan sedikit garam dan minyak serta ditoskan)
2) Beberapa ulas bawang putih
3) Selabu bawang besar
4) Sos cili
5) Sos tomato
6) Kicap masin
7) Ayam/Daging/Seafood (tapi saya just gunakan nugget goreng sebagai lauk)
8) Sedikit minyak dan air
9) Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

1) Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar hingga kekuningan.
2) Masukkan nugget, sos cili, sos tomato, dan kicap masin.
3) Masukkan sedikit air, garam dan gula secukup rasa. Biarkan seketika.
4) Masukkan spaghetti dan kacau serta balik-balikkan spaghetti. SIAP! (Rasa dulu and kalau dah cukup rasa, bolehlah dihidangkan. Kalau kurang rasa, pandai2lah kowang adjust tambah kicap masin. =D )


Sekian sahaja untuk entri kali ini. Jangan lupa tingkatkan ibadah kepada Allah S.W.T dan insyaAllah malam ni, kita pi terawih ramai-ramai ya. Assalamualaikum and peace be upon you. =D

Kongsi Resepi